Thursday 27 May 2021

Amalan Hari Raya/Malam Raya

 

1. Bacaan tahlil khas dan ganjarannya

 

Matan Hadith

 

 

وقال الزهري : قال أنس ‍[رضي الله عنه] : قال النبي صلى الله عليه وسلم : ﴿من قال في كل واحد من العيدين : لا اله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير ، أربعمائة مرة قبل صلاة العيد ، زوجه الله تعالي أربعمائة حوراء ، وكأنما أعتق أربعمائة رقبة ، ووكل الله تعالي به الملائكة يبنون له المدائن ، ويغرسون له الأشجار الي يوم القيامة﴾ . قال الزهري : ما تركتها منذ سمعتها من أنس . وقال أنس رضي الله عنه ما تركتها منذ سمعتها من النبي صلى الله عليه وسلم .

 

Terjemahan

 

Lebih kurang begini:-

 

Az-Zuhriy berkata : Telah berkata [Sahabat] Anas : Nabi [Muhammad] bersabda , semoga rahmat Allah sentiasa tercurah untuk beliau : "Barang siapa membaca di setiap ied dari dua hari ied [iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha] :

 

لا اله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير

 

400 x sebelum solat ied , maka Allah Ta'ala memberi isteri untuk dirinya 400 bidadari , dan seakan-akan dia telah memerdekakan 400 budak , dan Allah mewakilkan baginya para malaikat untuk membangun kota-kota baginya dan menanamkan untuknya pohon-pohon [di surga] sampai hari kiamat [datang]" . Az-Zuhriy berkata : "Tidaklah aku tinggalkan bacaan itu semenjak aku mendengarnya dari Anas" . Anas berkata , semoga Allah senantiasa meredhai beliau : "Tidaklah aku tinggalkan bacaan itu semenjak aku mendengarnya dari Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, semoga rahmat Allah sentiasa tercurah untuk beliau.

 

Takhrij

 

HN. Kanzul Najah hal. 114. Dari Anas bin Malik ra.

 

 

2.  Bacaan tasbih khas dan ganjarannya

 

 

Matan Hadith

 

من قال سبحان الله وبحمده يوم العيد ثلثمائة مرة وأهداها لأموات المسلمين دخل في كل قبر ألف نور ويجعل الله في قبره إذا مات ألف نور

 

Terjemah

 

Barangsiapa yang membaca subhanallah wa bihamdihi pada malam hari raya dan ia menghadiahkan bacaan tersebut untuk kaum musliminin yang sudah wafat, maka seribu cahaya akan masuk di setiap kuburan, dan Allah akan memasukkan seribu cahaya ke kuburnya jika ia meninggal.

 

 

 

Takhrij

 

HN. Kanzul Najah hal. 113. Tanpa sanad dan status.

 

Kedua dua "hadith" ini juga di jumpai di dalam kitab

 

Jami' al-Fawaid wa Jauhar Al-Qala’id karangan Asy-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani hal. 117

 

Mukasyiaftul Quluub karangan Imam Ghazali hal. 260-261.

 

Tuhfat al-Ikhwan hal. 161-162 karangan Syihabudin al-Fasyini

 

Nuhzat al-Majalis wa Muntakhab al-Nafais 1/162 karangan al-Sufuri, sebuah kitab yang diperingatkan ulama untuk ditingggalkan.

 

Hadith-hadith ini dinilai tidak tsabit (tidak ditemui asal) dalam Fatwa Jabatan Hal Agama Islam dan Zakat Dubai no. 68759.

 

 

Manakala hadith....

 

Matan Hadith

 

زَيِّنُوا الْعِيْدَيْنِ بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّكْبِيْرِ وَالتَّحْمِيْدِ وَالتَّقْدِيْسِ

 

Terjemahan

 

Hiasilah kedua-dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan tahlil,  takbir,  tahmid dan taqdis.

 

Takhrij

 

HR. Abu Nuaim di dalam Hilyatul Auliya' 2/288 dan Dailami di dalam Musnad Firdaus no. 3332, Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu di dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3673

 

Dan hadith...

 

Matan Hadith

 

زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ

 

Terjemahan

 

Hiasilah hari-hari raya kamu dengan takbir

 

 

Takhrij

 

HR. Thabarani di dalam Mu'jam as-Saghir no. 599. Syeikh al-Albani menilai hadith ini di dalam Dhaif Targhib no. 669 sebagai munkar.

 

Menurut Syeikh Saleh Munajid, ini bukanlah bermakna menghidupkan malam hari raya itu tidak dianjurkan. Bahkan disunnahkan menghidupkan setiap malam yang ada menurut kesepakatan ulama (Al-Adzkar hal. 145).

 

Cuma yang dibahas di sini adalah seputar keutamaan menghidupkan malam dan mengikat malam-malam tersebut dengan ibadah-ibadah tertentu secara khusus.

 

Terdapat dalil sahih untuk melakukan takbir dan tahmid  PADA hari raya seperti:-

 

Firman Allah Taala:

 

.. وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ.

 

" .. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur (QS al-Baqarah: 185)

 

Menurut Ibn Kathir rahimahullah, (bahagian akhir) ayat ini menjadi dalil syar'i mengenai takbir hari raya Aidil Fitri.  (Tafsir Ibn Kathir, 1/218).

 

Wallahu Taala 'Alam

 

Rujukan

 

Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah 2/235

 

Fatwa Soal Jawab Islam no. 12504 dan 127851

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...