Thursday 27 May 2021

Hadith mengislamkan orang islam lebih baik dari orang kafir?

 

Matan hadith

 

من أسلم على يديه رجل وجبت له الجنة

 

Terjemahan

 

Barangsiapa yang tangannya mengislamkan seseorang maka wajib baginya untuk mendapat syurga

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 17/285 no. 786, Mu’jam al-Awsath 4/332 no. 3570, Al-Qadhai’ie dalam Musnad Syihab no. 472 dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 3/271

 

Imam al-Zahabi menghukum riwayat ini sebagai terlalu munkar disebabkan salah seorang perawi iaitu Ibn Mu’awiyyah bertafarrud (bersendiri) dalam meriwayatkan hadith ini. (Mizan al-‘Itidal  4/45).

 

Imam Ibn al-Jauzi mengatakan hadith ini adalah palsu. (al-Maudhu’at 1/203).

 

Imam al-Suyuthi menilai hadith ini sebagai palsu. (al-La’ali al-Masnu’ah 1/45).

 

Syeikh Mulla Ali al-Qari menghukum hadith ini sebagai palsu dan begitu juga Imam al-Saghani. (al-Asrar al-Marfu’ah 1/327 no. 315 dan juga di dalam al-Masnu’ fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’ 1/177).

 

Imam al-Syaukani menilai hadith ini sebagai maudhu’. (al-Fawaid al-Majmu’ah 1/455).

 

Syeikh Ibn ‘Arraq juga menghukum hadith ini sebagai palsu. (Kasyf al-Khafa’ 2/226).

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...