Hadith ini diriwayatkan dari
beberapa sahabat Nabi –radhiyallahu anhum- secara marfu’ (dari Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam) dan mauquuf (hanya perkataan sahabat), di
antaranya:
A. Hadith Ibnu Umar (mauquf)
Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim
(w.430H) dalam kitab Ath-Thibbun Nabawiy 1/361 no. 298:
عن أبي يحيى الوقار، حَدَّثَنا محمد بن إسماعيل المرادي، عَن أبيه، عَن
نافع مولى ابن عُمَر: أن عبد الله بن عُمَر أرسل رسولا فقال: ادع لي حجاما، ولا
تدعه شيخا ولا صبيا وقال: احتجموا بسم الله على الريق فإنه يزيد الحافظ حفظا، ولا
تحتجموا يوم السبت فإنه يوم يدخل الداء ويخرج الشفاء، واحتجموا يوم الأحد فإنه يخرج الداء ويدخل
الشفاء، ولا تحتجموا يوم الاثنين فإنه يوم فجعتم فيه نبيكم صَلَّى الله عَليْهِ
وَسلَّم، واحتجموا يوم الثلاثاء فإنه يوم دم، وفيه قتل ابن آدم أخاه، ولا تحتجموا
يوم الأربعاء فإنه يوم بخس، وفيه سالت عيون الصبر، وفيه أنزلت سورة الحديد،
واحتجموا يوم الخميس فإنه يوم أنيس، وفيه رفع إدريس، وفيه لعن إبليس، وفيه رد الله
على يعقوب بصره، ورد عليه يوسف، ولا تحتجموا يوم الجمعة فإن فيه ساعة لو وافت أمة
محمد لماتوا جميعا.
Dari Abu Yahya Al-Waqqaar, ia
berkata: Telah menceritakan kepada kami, Muhammad bin Isma’il Al-Muradiy, dari
bapaknya, dari Nafi’ maula Ibnu Umar; Bahawasanya Ibnu Umar mengirim seorang
utusan dan berkata: Panggilkan aku seorang tukang bekam, dan jangan panggil
yang sudah tua dan jangan pula yang masih anak-anak. Dan ia berkata: ... dan
berbekamlah kalian pada hari Selasa kerana seseungguhnya hari itu adalah hari
darah (mengalir kuat dalam tubuh), dan pada hari itu anak Adam dibunuh oleh
saudaranya, ...
Abu Hatim Ar-Razi (w.277H)
mengatakan: Hadith ini bathil, Muhammad dalam sanad ini tidak diketahui (majhul),
dan bapanya juga majhul. [Ilal Al-Hadith karya Ibnu Abi Hatim 6/76 no. 2330]
Hadith ini sangat lemah kerana
beberapa cacat:
1. Abu Yahya Al-Waqqar, namanya
Zakariya bin Yahya (w.254H); Ia adalah seorang pembohong. Ibnu ‘Adiy (w.365H)
berkata: Ia memalsukan hadith. Dan Shalih Jazarah (w.293H) berkata: Ia adalah
salah seorang pembohong besar.
2. Muhammad bin Isma’il
Al-Muradiy; Az-Zahabi (w.748H) mengatakan: Tidak diketahui siapa dia.
3. Ismail Al-Muradiy; Tidak
diketahui (majhul).
Lihat: Silsilah Hadith Dhaif
karya Syeikh al-Albani 14/627 no.6780.
B. Hadith Ibnu Abbas (mauquf)
Diriwayatkan oleh Abu Ya’la
(w.307H) dalam musnadnya 4/479 no. 2612:
قال: حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ حُصَيْنٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ
الْعَلَاءِ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي
صَالِحٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: يَوْمُ الْأَحَدِ يَوْمُ غَرْسٍ وَبِنَاءٍ،
وَيَوْمُ الِاثْنَيْنِ يَوْمُ السَّفَرِ، وَيَوْمُ الثُّلَاثَاءِ يَوْمُ الدَّمِ،
وَيَوْمُ الْأَرْبِعَاءِ يَوْمُ أَخْذٍ وَلَا عَطَاءَ فِيهِ، وَيَوْمُ الْخَمِيسِ
يَوْمُ دُخُولٍ عَلَى السُّلْطَانِ، وَيَوْمُ الْجُمُعَةِ يَوْمُ تَزْوِيجٍ
وَبَاءَةٍ
Abu Ya’la berkata: Telah
menceritakan kepada kami, ‘Amr bin Hushain. Ia berkata: Telah menceritakan
kepada kami, Yahya bin Al-‘Alaa’. Ia berkata: Telah menceritakan kepada kami,
Abdullah bin Abdirrahman, dari Abu Shalih, dari Ibnu Abbas; Ia berkata: Hari
Ahad adalah hari yang tepat untuk menanam dan memulai membangun, dan hari Isnin
adalah hari bepergian jauh, dan hari Selasa adalah hari darah, dan hari Rabu
adalah hari mengambil dan tidak memberi di dalamnya, dan hari Khamis adalah
hari mendatangi pemerintah, dan hari Jumaat adalah hari perkawinan dan
menggauli isteri.
Hadith ini palsu, dengan dua
cacat:
1) Yahya bin Al-‘Ala Ar-Razi (w.
Sekitar 160H); Imam An-Nasaie, Ad-Daraquthni, dan Al-Azdi mengatakan: Hadithnya
ditolak (matruuk). Imam Ahmad mengatakan: Ia seorang pembohong dan pemalsu hadith..
2) ‘Amr bin Al-Hushain Al-‘Uqaili
(w. setelah 230H); Ad-Daraquthni dan Ibnu Hajar mengatakan: Hadithnya ditolak
(matruk).
Lihat: Majma’ Az-Zawaid karya
Al-Haitsami 4/285 no.7509.
Dari jalur yang lain:
Diriwayatkan oleh Abu Al-Qasim
Al-Hinnaiy (w.459H) dalam kitabnya Al-Hinnaiyah atau Fawaid Al-Hinnaiy 2/1310
no. 264:
عن أَبي يُوسُفَ يَعْقُوب بن أَحْمَدَ بْنِ عَبْدِ الرحمن الجصاص الدعاء
قال: ثنا أيوب يعني ابن الوليد قال: ثنا كثير قال: ثنا عيسى بن إبراهيم، عن عبد
الله بن عبد الرحمن، عن أبي صالح، عن ابن عباس قال: يوم الأحد يوم غرس وبناء، ويوم
الاثنين يوم السفر، ويوم الثلاثاء يوم الدم، ويوم الأربعاء يوم لا أخذ ولا عطاء،
ويوم الخميس يوم ركوب في الحاجات، ويوم الجمعة يوم الباءة، ويوم السبت يوم مكر
وخديعة.
Dari Abu Yusuf Ya’qub bin Ahmad
bin Abdirrahman Al-Jashash Ad-Da’aa’, ia berkata: Telah menceritakan kepada
kami, Ayyub yaitu Ibnu Al-Waliid, ia berkata: Telah menceritakan kepada kami,
Katsir; Ia berkata: Telah menceritakan kepada kami, ‘Isa bin Ibrahiim, dari
Abdullah bin Abdirrahman, dari Abi Shalih, dari Ibnu Abbas, ia berkata: Hari
Ahad adalah hari untuk menanam dan memulai membangun, dan hari Isnin adalah
hari bepergian jauh, dan hari Selasa adalah hari darah mengalir, dan hari Rabu
adalah hari tidak mengambil dan tidak memberi di dalamnya, dan hari Khamis
adalah hari memenuhi keperluan (hajat), dan hari Jumaat adalah hari menggauli
isteri, dan hari Sabtu adalah terjadi penipuan dan pengkhianatan.
Abu Muhammad An-Nakhsyabi
(w.456H) mengatakan: Hadith ini ghariib (aneh).
Sanad ini sangat lemah kerana
beberapa cacat:
a. Abu Yusuf Ya’qub bin
Abdirrahman bin Ahmad Al-Jashash (w.331H); Al-Khathiib mengatakan: Dalam hadithnya
banyak kekeliruan.
b. Ayyub bin Al-Waliid; Tidak
diketahui.
c. Katsir; Tidak diketahui.
d. Abdullah bin Abdurrahman;
An-Nakhsyabi mengatakan: Ia majhuul.
e. Abu Shalih; An-Nakhsyabi
mengatakan:
أظنه باذان مولى ابن عباس، أو ماهان الحنفي، فقد رويا جميعا عن ابن عباس
“Aku rasa ia adalah Badzan maula
Ibnu Abbas, atau Maahaan Al-Hanafi. Kerana keduanya pernah meriwayatkan dari
Ibnu Abbas”.
C. Hadith Abi Sa’id Al-Khudriy (marfuu’)
Diriwayatkan oleh Tammam (w.414H)
dalam Fawaidnya 1/265 no. 647, dan Ibnu ‘Asaakir (w.571H) dalam Tarikh Dimasyq
7/254:
عن سلام بن سليمان أبي العباس، ثنا فضيل بن مرزوق، عن عطية العوفي، عن أبي
سعيد الخدري، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «يوم السبت يوم مكر وخديعة،
ويوم الأحد يوم غرس وبناء، ويوم الاثنين يوم سفر وطلب رزق، ويوم الثلاثاء حديد
وبأس [ودم] [7]، ويوم الأربعاء لا أخذ ولا عطاء، ويوم الخميس يوم طلب حوائج ودخول
على السلطان، ويوم الجمعة يوم خطبة ونكاح»
Dari Salam bin Sulaiman Abu
Al-‘Abbas, ia berkata: Telah menceritakan kepada kami, Fudhail bin Marzuq, dari
‘Athiyah Al-‘Aufi, dari Abi Sa’id Al-Khudri, ia berkata: Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda: “Hari Sabtu adalah terjadi penipuan dan
penghianatan, dan hari Ahad adalah hari untuk menanam dan memulai membangun,
dan hari Isnin adalah hari bepergian jauh dan mencari rezki, dan hari Selasa
adalah hari yang keras dan banyak musibah dan darah, dan hari Rabu adalah hari
tidak mengambil dan tidak memberi, dan hari Khamis adalah hari memenuhi
keperluan (hajat) dan menemui pemerintah, dan hari Jumaat adalah hari
peminangan dan menikah”
Hadith ini sangat lemah kerana
beberapa cacat:
1. Salam bin Sulaiman, Abu
Al-‘Abbas (w.210H); Abu Hatim mengatakan: Ia tidak kuat. Ibnu ‘Adi berkata: Hadithnya
mungkar (sangat lemah). Az-Zahabi mengatakan: Ia meriwayatkan beberapa hadith
mungkar. Ibnu Hajar berkata: Periwayatan hadithnya lemah.
2. ‘Athiyah bin Sa’ad Al-‘Aufi
(w.111H); Periwayatan hadithnya dilemahkan oleh Ats-Tsauri, Husyaim, Imam Ahmad,
Abu Hatim, dan An-Nasaie.
Hadith Abu Hurairah (marfuu’)
Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Jauzi
(w.597H) dalam kitab Al-Maudhu’aat 2/71:
قال: أَنبأَنَا إِسْمَاعِيل بن أَحْمد السَّمرقَنْدِي، أَنْبَأَنَا أَبُو
الْفَضْلِ عُمَرُ بْنُ عبيد الله الْبَقَّالُ، حَدَّثَنَا أَبُو الْحُسَيْنِ
عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ بِشْرَانَ، أَنْبَأَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَحْمَدَ
الدَّقَّاقُ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُؤَمَّلِ الصُّورِيُّ،
حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ مِهْرَانَ الْمُفَسِّرُ، حَدَّثَنِي أَبُو عَبْدِ
اللَّهِ عبد الرحمن بْنُ خَالِدٍ الزَّاهِدُ السَّمَرْقَنْدِيُّ، حَدَّثَنِي يحيى
بن عبد الله، عَنْ أَبِي مُعَاوِيَةَ الْمَوْصِلِيِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِن يَوْم
السبت يَوْم مكر ومكيدة. قَالُوا: وَلِمَ ذَاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: إِنَّ
قُرَيْشًا أَرَادُوا أَنْ يَمْكُرُوا فِيهِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى: {وَإِذْ
يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا}
وَقَالَ: يَوْمُ الأَحَدِ يَوْمُ بِنَاءٍ وَغَرْسٍ، قَالُوا: وَلِمَ ذَاكَ
يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: لأَنَّ الْجَنَّةَ نبتت وغرست فِيهِ.
قَالَ: وَيَوْمُ الاثْنَيْنِ يَوْمُ سَفَرٍ وَتِجَارَةٍ. [وَيَوْم
الثُّلَاثَاء يَوْم دم][10] قَالُوا: وَلِمَ ذَاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ:
لأَنَّ ابْنَ آدَمَ قَتلَ أَخَاهُ فِيهِ.
وَيَوْمَ الأَرْبِعَاءِ يَوْمُ نَحْسٌ، قَرِيبُ الْخَطَأِ، يَشِيبُ فِيهِ
الْوِلْدَانُ. وَفِيهِ أْرَسَلَ اللَّهُ الرِّيحَ عَلَى قَوْمِ عَادٍ، وَفِيهِ ولد
فِرْعَوْن، وَفِيه ادّعى الرُّبُوبِيَّةَ، وَفِيهِ أَهْلَكَهُ اللَّهُ.
قَالَ: وَيَوْمُ الْخَمِيسِ يَوْمُ دُخُولٍ عَلَى السُّلْطَانِ وَقَضَاءِ
الْحَوَائِجِ. قَالُوا: وَلِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: لأَنَّ إِبْرَاهِيمَ
خَلِيلَ الرَّحْمَنِ دَخَلَ عَلَى مَلِكِ مِصْرَ فَرَدَّ عَلَيْهِ امْرَأَتَهُ
وَقَضَى حَوَائِجَهُ.
وَقَالَ: يَوْم الْجُمُعَةِ يَوْمُ خُطْبَةٍ وَنِكَاحٌ، قَالُوا: وَلِمَ
يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: لأَنَّ الأَنْبِيَاءَ يَنْكِحُونَ وَيَخْطِبُونَ
فِيهِ لِبَرَكَةِ يَوْم الْجُمُعَةِ ".
Ibnu Al-Jauzi berkata: Telah
menyampaikan kepada kami, Isma'il bin Ahmad As-Samarqandi, ia mengatakan: Telah
menyampaikan kepada kami, Abu Al-Fadhl Umar bin Ubaidillah Al-Baqqal, ia
berkata: Telah menceritakan kepada kami, Abu Al-Husain Ali bin Muhammad bin
Bisyran, ia berkata: Telah menyampaikan kepada kami, Utsman bin Ahmad Ad-Daqaaq,
ia berkata: Telah menceritakan kepada kami, Ahmad bin Muhammad bin Al-Muammal
Ash-Shuriy, ia berkata: Telah menceritakan kepada kami, Al-Husain bin Mihraan
Al-Mufassir, ia berkata: Telah menceritakan kepadaku, Abu Abdillah Abdurrahman
bin Khalid Az-Zahid As-Samarqandi, ia berkata: Telah menceritakan kepadaku,
Yahya bin Abdillah, dari Abi Mu'awiyah Al-Maushili, dari Abu Hurairah, ia
berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Sesungguhnya hari Sabtu
adalah hari penipuan dan kecurangan”.
Mereka bertanya: Dan kenapa
demikian, wahai Rasulullah?
Beliau menjawab: “Sesungguhnya
kaum Quraisy ingin melakukan penipuan pada hari itu, maka Allah ta'aalaa
menurunkan ayat {Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan
tipu daya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau
mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu.
Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya}”.
Kemudian beliau bersabda: “Hari
Ahad adalah hari memulai membangun dan menanam”.
Mereka bertanya: Dan kenapa
demikian, wahai Rasulullah?
Beliau menjawab: “Kerana
sesungguhnya surga tumbuh dan ditanami pada hari Ahad”.
Beliau bersabda: “Dan hari Isnin
adalah hari bepergian jauh dan berdagang, dan hari Selasa adalah hari darah”.
Mereka bertanya: Dan kenapa
demikian, wahai Rasulullah?
Maka beliau menjawab: “Kerana
sesungguhnya anak Adam membunuh saudaranya pada hari Selasa.
Dan hari Rabu adalah hari petaka,
dekat dengan kesalahan, pada hari itu anak-anak menjadi beruban. Dan pada hari
itu Allah mengirim angin taufan untuk membinasakan kaum 'Aad, dan pada hari itu
Fir'aun dilahirkan, dan pada hari itu ia mengaku sebagai Tuhan, dan pada hari
itu Allah membinasakannya”.
Beliau bersabda: “Dan hari Khamis
adalah hari mendatangi pemerintah dan memenuhi keperluan”.
Mereka bertanya: Dan kenapa
demikian, wahai Rasulullah?
Beliau menjawab: “Kerana
sesungguhnya Ibrahim kekasih Allah datang kepada raja Mesir, maka sang raja
mengembalikan isteri Ibrahim dan memenuhi kebutuhannya (pada hari itu)”.
Kemudian beliau bersabda: “Hari
Jumaat adalah hari pelamaran dan pernikahan”.
Mereka bertanya: Dan kenapa
demikian, wahai Rasulullah?
Beliau mnejawab: “Kerana
sesungguhnya para Nabi menikah dan meminang pada hari itu untuk mendapatkan
berkah hari Jumaat”.
Ibnu Al-Jauzi mengatakan: Ini
adalah hadith palsu terhadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dalam
sanadnya ada beberapa perawi yang lemah dan tidak diketahui.
Yahya bin Abdullah; Ibnu Ma’in
mengatakan: Ia tidak ada apa-apanya.
Dan As-Samarqandi Az-Zahid: Hadithnya
tidak ada apa-apanya (sangat lemah).
Az-Zahabi mengatakan: Ini adalah
kedustaan dari orang-orang yang tidak diketahui (majahiil). [Talkhish kitab
Al-Maudhu’at no. 366]
Lihat: Al-Laali’ Al-Mashnu’ah
karya As-Suyuthi 1/439, dan Tanziih Asy-Syari’ah karya Ibnu Iraq Al-Kinani 2/53
no. 19, dan Al-Fawaid Al-Majmu’ah karya Asy-Syaukani no. 22.
D. Hadith Abu Bakrah (marfu’)
Diriwayatkan oleh Abu Daud
(w.275H) dalam kitab sunannya 4/5 no. 3862, Al-‘Uqaili (w.323H) dalam
Adh-Dhu’afa’ Al-Kabiir 1/152, dan Al-Baihaqi (w.458H) dalam As-Sunan Al-Kubra
9/572 no.19539:
عن مُوسَى بن إِسْمَاعِيلَ، أَخْبَرَنِي أَبُو بَكْرَةَ بَكَّارُ بْنُ
عَبْدِ الْعَزِيزِ، أَخْبَرَتْنِي عَمَّتِي كَبْشَةُ بِنْتُ أَبِي بَكْرَةَ، -
وَقَالَ غَيْرُ مُوسَى: كَيِّسَةُ بِنْتُ أَبِي بَكْرَةَ - أَنَّ أَبَاهَا كَانَ
يَنْهَى أَهْلَهُ عَنِ الحِجَامَةِ يَوْمَ الثُّلَاثَاءِ، وَيَزْعُمُ عَنْ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَنَّ يَوْمَ الثُّلَاثَاءِ يَوْمُ
الدَّمِ، وَفِيهِ سَاعَةٌ لَا يَرْقَأُ»
Dari Musa bin Isma’il, ia
berkata: Telah memberitakan kepadaku, Abu Bakrah Bakkaar bin Abdil Aziz; Ia
bekata: Telah memberitakan kepadaku, Bibiku Kabsyah binti Abi Bakrah – selain
Musa mengatakan: Kaisah binti Abi Bakrah -; Bahawasanya papaknya melarang
keluarganya untuk berbekam pada hari Selasa, dan ia mengira dari Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya hari Selasa adalah hari
darah (mengalir kuat dalam tubuh), dan pada hari itu ada waktu darah tidak
berhenti mengalir setelah terluka”.
Al-‘Uqaili mengatakan: Hadith ini
tidak ada pendukungnya, dan tidak ada dalam masalah ini tentang pilihan suatu
hari untuk berbekam satu hadithpun yang sahih (tsabit).
Al-Baihaqi mengatakan: Sanadnya
tidak kuat.
Abu Zur’ah Ar-Razi tidak
mensahihkan hadith-hadith tentang larangan berbekam pada hari tertentu dan
tidak pula anjuran berbekam pada hari tertentu, ketika ditanya tentang hadith
Abu Bakrah, ia menjawab: Hadithnya tidak kuat. [Adh-Dhu’afaa karya Abu Zur’ah
Ar-Razi dan jawapannya atas pertanyaan Al-Bardza’i 2/577]
Hadith ini sangat lemah kerana
beberapa cacat:
1) Abu Bakrah, Bakkar bin Abdil
Aziz; Ibnu Main mengatakan: Periwayatan hadithnya tidak ada apa-apanya (ليس بشيء). Az-Zahabi mengatakan: Ia lemah. Dan Ibnu Hajar mengatakan: Ia
shaduq, terkadang keliru.
2) Kayyisah binti Abi Bakrah;
Majhul, tidak diketahui darjat hadithnya dan tidak ada yang meriwayatkan
darinya kecuali Bakkar.
Lihat: Silsilah Adh-Dha’ifah
5/278 no.2251.
E. Hadith Abu Ad-Darda’ (marfu’)
Disebutkan oleh As-Sakhawi
(w.902H) dalam Al-Maqashid Al-Hasanah halaman 745, dan Al-‘Ajluni (w.1162H)
dalam Kasyful Khafa 2/491 tanpa sanad dan menisbatkannya kepada Abu Daud dan
Ath-Thabarani secara marfu’ (dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam):
يوم الثلاثاء يوم دم، وفيه ساعة من احتجم فيها لم يرقأ، يعني دمه.
“Hari Sesala adalah hari darah
mengalir, dan pada hari itu ada waktu yang barangsiapa yang berbekam pada waktu
itu maka darahnya tidak akan berhenti mengalir”
Saya tidak mendapatkannya dalam
beberapa buku karangan Abi Daud dan Ath-Thabaraniy, dan tidak pula dalam buku hadith
lainnya. Wallahu a’lam!
Kesimpulan:
Semua hadith tentang hari Selasa
adalah hari darah, darjatnya sangat lemah bahkan ada yang palsu. Wallahu a'lam!
Marwan adalah yang pertama
menamai hari Selasa sebagai hari darah mengalir
Diriwayatkan oleh Ath-Thabari
(w.310H) dalam Tahdzib Al-Atsar, musnad Ibnu Abbas 1/535 no. 845:
قال: حَدَّثَنِي ابْنُ عَبْدِ الرَّحِيمِ الْبَرْقِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا
عَمْرٌو، عَنْ زُهَيْرٍ، عَنْ هِشَامِ بْنِ إِسْمَاعِيلَ «أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ
فِيَ يَوْمِ الثُّلَاثَاءِ سَاعَةٌ لَا يَحْتَجِمُ فِيهَا أَحَدٌ يُوَافِقُ تِلْكَ
السَّاعَةِ إِلَّا مَاتَ» قَالَ زُهَيْرٌ: قَدْ مَاتَ عِنْدَنَا ثَلَاثَةٌ مِمَّنِ
احْتَجَمَ يَوْمَ الثُّلَاثَاءِ، ثُمَّ قَالَ زُهَيْرٌ: مَنْ أَوَّلُ مَنْ
سَمَّاهُ يَوْمَ الدَّمِ؟ إِنَّمَا مَرْوَانُ أَوَّلُ مَنْ سَمَّاهُ يَوْمَ
الدَّمِ. وَقَالَ ابْنُ الْبَرْقِيِّ، قَالَ أَبُو حَفْصٍ: فَحَدَّثْتُ أَبَا
مُعَيْدِ حَدِيثَ زُهَيْرٍ فِي الثُّلَاثَاءِ، فَقَالَ: بَلَغَنَا أَنَّ تِلْكَ
السَّاعَةِ فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ
Ath-Thabari berkata: Telah
menceritakan kepadaku, Ibnu Abdirrahim Al-Barqiy (w.270H); Ia berkata: Telah
menceritakan kepadaku ‘Amr (Abu Hafsh bin Abi Salamah w.213H)), dari Zuhair
(Ibnu Muhammad w.162H)), dari Hisyam bin Isma’il; Bahawasanya telah sampai
kepadanya sesungguhnya pada hari Selasa ada suatu waktu seseorang tidak
berbekam pada tepat saat itu kecuali ia akan mati.
Zuhair berkata: Telah mati dari
kami tiga orang yang berbekam pada hari Selasa.
Kemudian Zuhair berkata: Siapakah
yang pertama kali menamainya hari darah mengalir? Sesungguhnya Marwan adalah
yang pertama menamainya hari darah mengalir.
Dan Ibnu Al-Barqi berkata: Abu
Hafs berkata: Maka Aku menceritakan kepada Abu Mu’aid (Hafsh bin Gailan) hadith
Zuhair tentang hari Selasa.
Maka ia menjawab: Telah sampai
kepada kami bahawa waktu tersebut adalah pada hari Jumaat.
Sanad atsar ini hasan. Hisyam bin
Isma’il, sepertinya ia adalah Ibnu Al-Waliid bin Al-Mugirah Al-Makhzumi
(w.88H). Wallahu a’lam!
Keburukan diciptakan pada hari
selasa
Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu
berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memegang tanganku dan
bersabda:
«خَلَقَ اللهُ
عَزَّ وَجَلَّ التُّرْبَةَ يَوْمَ السَّبْتِ، وَخَلَقَ فِيهَا الْجِبَالَ يَوْمَ الْأَحَدِ،
وَخَلَقَ الشَّجَرَ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ، وَخَلَقَ الْمَكْرُوهَ يَوْمَ
الثُّلَاثَاءِ، وَخَلَقَ النُّورَ يَوْمَ الْأَرْبِعَاءِ، وَبَثَّ فِيهَا
الدَّوَابَّ يَوْمَ الْخَمِيسِ، وَخَلَقَ آدَمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ بَعْدَ
الْعَصْرِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ، فِي آخِرِ الْخَلْقِ، فِي آخِرِ سَاعَةٍ مِنْ
سَاعَاتِ الْجُمُعَةِ، فِيمَا بَيْنَ الْعَصْرِ إِلَى اللَّيْلِ»
"Allah 'azza wa jalla
menciptakan tanah pada hari Sabtu, menciptakan gunung-gunung pada hari Ahad,
menciptakan pepohonan (tumbuhan) pada hari Isnin, menciptakan yang dibenci
(keburukan) pada hari Selasa, menciptakan cahaya pada hari Rabu,
memperkembang-biakkan haiwan-haiwan pada hari Khamis, menciptakan Adam
'alaihissalam setelah Asar hari Jumaat, pada akhir ciptaan, di saat akhir hari
Jumaat, antara Asar sampai malam". [Sahih Muslim no. 2789]
Wallahu a’lam!
Sumber
https://umar-arrahimy.blogspot.com/2016/05/takhriij-hadits-hari-selasa-hari-darah.html
No comments:
Post a Comment