Sanad dan Matan hadith
حفص بن سليمان ,عن كثير بن زاذان , عن عاصم بن ضمرة عن علي بن أبي طالب
قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وعلى آله وسلّم
مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ وَاسْتَظْهَرَهُ [أي: عَنْ ظَهْرِ قَلْبِيٍ]
فَأَحَلَّ حَلاَلَهُ وَحَرَّمَ حَرَامَهُ أَدْخَلَهُ اللّهُ بِهِ الْجَنَّةَ
وَشَفَّعَهُ فِي عَشْرَةٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ كُلُّهُمْ قَدْ وَجَبَتْ لَهُ
النَّارُ
Terjemahan
Barang siapa yang membaca dan
menghafal Al-Quran lalu menghalalkan yang halal di dalamnya dan mengharamkan
yang haram di dalamnya nescaya Allah akan memasukkannya dengan sebab itu ke
dalam jannah, dan menerima syafa’atnya untuk 10 orang daripada keluarganya yang
kesemuanya mesti masuk ke dalam neraka.
Takhrij
HR. Tirmidzi no. 2905, Musnad
Ahmad 1/148-149, al-Ajurri dalam Kitab
al-Syariah no. 350, Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan 1/255, dan al-Khatib dalam
kitab Muwadhih al-Jama' wa al-Tafriq 2/331, daripada Ali bin Abi Thalib ra.
Imam al-Tirmidzi menilai hadith
ini sebagai gharib dan tidak diketahui (jalurnya) melainkan daripada jalur ini.
Tambahan pula, ia tidak mempunyai sanad yang sahih dan padanya Hafs bin
Sulaiman didhaifkan dalam meriwayatkan hadith.
Imam al-Baihaqi mengatakan Hafs
bin Sulaiman bersendiri (tafarrud) dalam meriwayatkan hadith ini dan dia
seorang yang dhaif dalam meriwayatkan hadith (Syuabul Iman 2/804).
Al-Mubarakfuri mengatakan Hafs
bin Sulaiman seorang matruk (ditinggalkan) dalam meriwayatkan hadith (Tuhfah
al-Ahwadzi 7/323).
Kecacatan perawi:
i. Kathir bin Zazan:
- Beliau merupakan perawi yang
tidak dikenali sepertimana yang disebut oleh Abu Hatim, Abu Zur'ah dan Ibn
Ma'in . (Mizan al-I'tidal 3/403)
- al-Zahabi menyatakan beliau
meriwayatkan hadith munkar (terlalu lemah) dari Asim bin Dhamrah. (al-Mizan
al-I'tidal 3/403).
Perlu diingat hadith ini adalah
riwayat beliau dari Asim, maka hadith ini munkar (terlalu lemah).
ii. Hafs bin Sulaiman:
- Beliau adalah perawi yang
matruk (ditinggalkan oleh ulama hadith kerana terlalu dhaif) walaupun beliau
adalah imam dalam bidang qiraat. (Taqrib al-Tahzib 1/172).
Hadith ini terlalu lemah dan
tidak boleh dijadikan dalil dalam bab akidah (syafaat). Oleh itu Imam
al-Tirmidzi sendiri mendaifkan hadith ini dengan berkata:
هذا حديث غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه وليس إسناده بصحيح و حفص بن
سليمان يضعف في الحديث
Hadith ini gharib, kami tidak ia
diriwayatkan melainkan dengan sanad ini sahaja. Sanadnya tidak sahih kerana
Hafs bin Sulaiman didaifkan dalam periwayatan hadith.
Riwayat Aisyah ra:
من تعلم القرآن أدخله الله الجنة وشفعه في عشرة من أهل بيته كل قد استوجب
النار.
Sesiapa yang mempelajari
al-Qur'an maka Allah akan masukkannya ke dalam syurga dan memberi syafaat
kepada 10 orang ahli keluarganya yang sepatutnya ke neraka.
Takhrij
HN. al-Khatib dalam Tarikh
Baghdad 11/395 dan Ibn Jauzi dalam al-Ilal al-Mutanahiyah 1/114.
al-Zahabi menaqalkan pandangan
bahawa Ahmad bin Muhammad al-Saqatiy ini adalah pemalsu hadith dan menyandarkan
hadith ini kepada ibn Ma'in. (Mizan al-I'tidal 1/135-136).
Malah dalam Talkhis al-Ilal
al-Mutanahiyah no. 41 al-Zahabi menilai hadith ini palsu.
Hadith ini terlalu lemah kerana
perawinya (Ahmad bin Muhammad al-Saqatiy) dituduh memalsukan hadith.
No comments:
Post a Comment