Matan atsar
إذا طهرت الحائض بعد العصر صلت الظهر والعضر، وإذا ظهرت بعد العشاء صلت
المغرب والعشاء
Terjemahan
Ibnu Abbas ra mengatakan, Apabila
seorang wanita suci dari haidnya setelah Asarmaka ia mengerjakan solat zuhur
dan asar. Jika suci setelah isyak maka ia mengerjakan solat maghrib dan isyak
Takhrij
AR. Ibnu Abi Syaibah 3/663 no.
7277, Ad-Darimi no. 894, Ibnu Mundzir dalam al-Awsath 2/243, al-Baihaqi dll.
Atsar riwayat dari Ibnu Abbas
radhiallahu anhuma ini dinukilkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannafnya (no.
7206) dan selainnya.
Namun, sanad riwayat ini dinilai
lemah oleh Ibnu at-Turkumani dalam al-Jauhar an-Naqi. Sebabnya ialah kelemahan
seorang perawi yang bernama Yazid bin Abi Ziyad, sebagaimana disebutkan dalam
at-Taqrib. Di samping itu, Yazid adalah seorang yang mudhtharib (sering
keliru/ragu) ketika membawakan riwayat ini; terkadang ia meriwayatkan dari
Miqsam, dan terkadang dari Thawus.
Yazid diikuti (dikuatkan) oleh
Laits bin Abi Sulaim dari Thawus, dan Atha’ dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu,
dalam riwayat al-Baihaqi, dalam as-Sunan al-Kubra 1/378. Akan tetapi, Laits
adalah seorang perawi yang mukhtalith (hafalannya tercampur). Ibnu at-Turkumani
juga melemahkan sanadnya.
Riwayat yang kedua dari
Abdurrahman bin Auf radhiallahu anhu, diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam
al-Mushannaf no. 7204 dan selainnya. Riwayat ini dibawakan dari maula (bekas
budak) Abdurrahman bin Auf, dari Abdurrahman; sama dengan riwayat milik Ibnu Abbas.
Ibnu at-Turkumani mengatakan
bahawa maula Abdurrahman ini majhul (tidak dikenal). Abdurrazzaq juga
meriwayatkannya dari Ibnu Juraij, ia berkata, “Seseorang telah menyampaikan
dari Abdurrahman bin Auf ….”
Dalam sanadnya kita lihat ada
jahalah (hanya dikatakan oleh “seseorang”, tanpa dijelaskan siapa orang
tersebut) sehingga sanadnya juga lemah. Wallahu a’lam. (Catatan kaki
asy-Syarhul Mumti’ hal. 133—134)
Bagaimana kalau seorang wanita
suci setelah Waktu Asar atau Isyak?
Kata Imam al-Nawawi رحم الله: “Yang sahih di sisi kami (Mazhab Asy-Syafi’iy) bahawa mereka
yang uzur, wajib untuk melaksanakan solat Zuhur jika dia sempat melaksanakan apa
yang wajib dengannya dalam solat Asar (apabila hilang uzurnya). Inilah pendapat
Abdurrahman bin Auf, Ibn Abbas, ahli fiqh Madinah yang tujuh, Ahmad, dan selain
mereka (jumhur). Manakala kata al-Hasan, Qatadah, Hammad, al-Thauri, Abu
Hanifah dan Malik, tidak wajib ke atas orang itu.” (al-Majmu’ Syarah
al-Muhazzab 3/66).
Maksudnya, kalau seorang wanita
telah perasan yang dia telah suci dari haidh pada waktu Asar, maka wanita itu
wajib solat Asar dan qadha’ Zuhur sekali. Dan kalau dia suci pada waktu Isyak,
maka dia wajib solat Isyak dan qadha’ solat Maghrib sekali.
Ini adalah kerana waktu Zuhur
dipasangkan dengan waktu Asar dalam jama’, begitu juga waktu Maghrib
dipasangkan dengan waktu Isyak dalam jama’. Pendapat ini lemah.
Yang dikuatkan oleh Ibnu Taimiyah
dan Ibnu Utsaimin, tidak perlu ganti solat yang telah luput waktu, solat bagi
yang masih ada waktu sahaja. Tetapi pendapat lebih berhati-hati adalah
menggantikan solat yang bersamaan dengannya dalam jamak.
Rujukan
Fatwa Soalajawab Islam no. 117671,
82106, 103083
Fatwa Syabakah Islamiyah no.
120367, 2647
https://fiqh.islamonline.net/%D8%A5%D8%AF%D8%B1%D8%A7%D9%83-%D8%A7%D9%84%D8%AD%D8%A7%D8%A6%D8%B6-%D8%A2%D8%AE%D8%B1-%D9%88%D9%82%D8%AA-%D8%A7%D9%84%D8%B5%D9%84%D8%A7%D8%A9/
https://asysyariah.com/haid-dan-solat/
No comments:
Post a Comment