Jelas di dalam manhaj para Fuqaha
dan Usuliyyin, tatkala mereka menyebutkan syarat-syarat kelayakan bergelar
mufti, antaranya :
أنه يكفي فيه لمعرفة السنة وتمييز صحيحها من ضعيفها، أن يقلد في ذلك أئمة
الحديث (كالبخاري ومسلم)
Cukup bagi seorang mufti di dalam
menilai status sahih atau dhaif sesuatu riwayat sunnah, dengan bertaqlid kepada
para jaguh di dalam ilmu Hadith (semisal al-Bukhari dan Muslim).
Tambah al-Syaikh Dr al-Sharif
Hatim al-'Awni :
والرضا بتقليد المحدثين يتضمن الرضا الكامل والقناعة التامة بمنهجهم. فماذا
تريد بعد هذا التقليد دليلا على التسليم الكامل لمنهج المحدثين، وهو تسليم كامل من
جلة الفقهاء والأصوليين.
Meletakkan taqlid para Ulama
Hadith (sebagai syarat kelayakan mufti) menunjukkan pengiktirafan yang penuh
terhadap manhaj ahli Hadith. Apa lagi hujjah yang kalian mahu, untuk
membuktikan pengiktirafan penuh terhadap manhaj ahli Hadith, setelah taqlid
para mufti tersebut. Lebih-lebih lagi pengiktirafan tersebut dilakukan oleh
tokoh besar para Fuqaha dan Usuliyyin.
Bahkan sebelum itu, teladan dan
pengiktirafan ini telah ditunjukkan oleh al-Imam al-Syafie (204H), tatkala
beliau berbicara dengan penuh rendah diri kepada para Ulama Hadith, katanya :
أنتم أعلم بالحديث والرجال مني، فإذا كان الحديث صحيحا فأعلموني، إن شاء
يكون كوفيا أو بصريا أو شاميا، حتى أذهب إليه، إذا كان صحيحا
Kamu semua lebih 'alim tentang
hadith dan sekalian perawinya berbanding aku. Sekiranya sesuatu hadith itu
sahih, maka khabarkan kepadaku, samada hadith tersebut daripada 'alim di
Kuffah, Basrah mahupun Syam, aku akan pergi kepadanya jua.
Menurut al-Imam al-Sakhawi (902H)
pula, beliau merumuskan bahawa budaya pengiktirafan tersebut menunjukkan satu
teladan besar agar para sarjana ilmu saling sentiasa merujuk kepada ahlinya di
dalam bidang tersebut.
- Ringkasan daripada kitab
Ikhtilaf al-Muftiin, wa al-Mauqif al-Matlub Tijahahu Min 'Umum al-Muslimin.
No comments:
Post a Comment