عَنْ أَبِي قِلَابَةَ أَنَّ أَبَا الْمَلِيحِ حَدَّثَهُ قَالَ كُنَّا مَعَ
بُرَيْدَةَ فِي يَوْمٍ ذِي غَيْمٍ فَقَالَ بَكِّرُوا بِالصَّلَاةِ فَإِنَّ
النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ صَلَاةَ
الْعَصْرِ حَبِطَ عَمَلُه
Dari Abu Qilabah bahwa Abu Al
Malih menceritakan kepadanya, ia berkata, “Kami pernah bersama Buraidah pada
suatu hari yang mendung, ia lalu berkata, “Segeralah laksanakan solat, kerana
Nabi SAW pernah bersabda: “Barangsiapa meninggalkan solat Asar, sungguh telah
hapuslah amalnya.” (HR.Bukhari no. 594).
Kata al-Muhallab, maknanya adalah
meninggalkan dengan menyia-nyiakannya dan menganggap remeh keutamaan waktunya
padahal mampu untuk menunaikannya. (Syarah Sahih Bukhari Ibnu Batthal, 3/221).
Ibnul Qayyim berkata – meninggalkan
amalan itu ada dua keadaan:-
a) Pertama, meninggalkan secara
total dengan tidak pernah mengerjakan solat sama sekali, maka ini menjadikan
amalnya batal seluruhnya.
b) Kedua, meninggalkan solat asar
pada hari tertentu, maka ini menjadikan amalnya batal pada hari tersebut.
Jadi kerana meninggalkan secara
umum, maka amalnya batal secara umum. Lalu meninggalkan shalat tertentu, maka
amalnya batal pada hari tertentu (Ash-Shalah hal. 59).
No comments:
Post a Comment