Sunday, 11 July 2021

Hadith-hadith seputar sunnah dan ghuraba

 

Rasulullah saw. bersabda:

 

من أحيا سنتي فقد أحبني، ومن أحبني كان معي في الجنة

 

Siapa saja yang menghidupkan Sunnahku, sungguh ia telah mencintaiku. Siapa saja yang mencintaiku, ia bersamaku menjadi penghuni syurga (HR. Tirmidzi no. 2678 dan at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath, hasan gharib al-Tirmidzi).

 

 

Sabda Rasulullah:

 

بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيباً، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيباً، فَطُوبى لِلْغُرَبَاءِ

 

“Islam bermula sebagai asing (sesuatu yang dianggap asing dan ganjil). Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (HR Muslim no. 145, sahih ijma').

 

dan dalam riwayat yang lain :

 

قيل يا رسول الله ومن الغرباء؟ فقال: الذين يصلحون إذا فسد الناس

 

Rasulullah- Shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya “wahai rasulullah siapa yang asing itu (al-Ghuraba)?” Rasulullah- Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ”Iaitu orang-orang yang mengadakan perbaikan di tengah manusia yang berbuat kerosakan”.(HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 3/250, sahih al-Albanj)

 

Dan dalam lafaz yang lain:

 

هم الذين يصلحون ما أفسد الناس من سنتي

 

”mereka adalah orang-orang yang memperbaiki sunnahku yang dirosak manusia” (HR. Tirmidzi no. 2630, hasan sahih al-Tirmidzi).

 

Nabi saw bersabda:

 

يحمل هذا العلم من كل خَلَف عدوله ؛ ينفون عنه تحريفَ الغالين ، وانتحال المبطلين ، وتأويل الجاهلين

 

Ilmu agama ini akan terus dibawa oleh orang-orang adil (terpercaya) dari tiap-tiap generasi, yang selalu berjuang membersihkan agama ini dari: Tahriful Ghalin (pemutarbalikan pengertian agama yang dilakukan oleh para ekstrimis), Intihalul Mubthilin (Kedustaan orang-orang sesat yang mengatasnamakan agama), Tawilul Jahilin (Penawilan agama yang salah yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil) (HR. Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq 7/39, daripada Ibrahim bin Abdul Rahman al-‘Azri, sahih Imam Ahmad).

 

 

Rasulullah saw. bersabda:

 

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ

 

Kelak akan datang suatu masa kepada manusia. Saat itu orang-orang yang bersabar (berpegang teguh) dengan agamanya di tengah-tengah mereka bagaikan orang yang menggenggam bara api  (HR. Tirmidzi no. 2260, sahih al-Albani).

 

Rasulullah saw. bersabda:

 

عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ

 

Hendaklah kalian berdiri di atas Sunnahku dan sunnah para khalifah ar-râsyidîn al-mahdiyyîn (para khalifah yang mendapatkan petunjuk). Gigitlah oleh kalian hal tersebut dengan geraham yang kuat (HR.  Abu Daud nom 4607, Tirmidzi no. 2676, Ahmad no. 17145, Ibn Majah no. 42, sahih).

 

لَا يَزَالُ مِنْ أُمَّتِي أُمَّةٌ قَائِمَةٌ بِأَمْرِ اللَّهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ وَلَا مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ عَلَى ذَلِكَ

 

Akan selalu ada segolongan dari umatku yang sentiasa taat menjalankan perintah Allah. Tidak akan membahayakan mereka orang yang menghina atau menyelisihi mereka sehingga datang keputusan Allah dan mereka tetap dalam keadaan seperti itu. (HR. Bukhari no. 3641 dan Muslim no. 1037).

 

لا تَزالُ طائِفَةٌ مِن أُمَّتي ظاهِرِينَ على الحَقِّ، لا يَضُرُّهُمْ مَن خَذَلَهُمْ، حتّى يَأْتِيَ أمْرُ اللهِ وهُمْ كَذلكَ. وَليسَ في حَديثِ قُتَيْبَةَ: وهُمْ كَذلكَ

 

Ada satu golongan dari umatku yang akan selalu berada di atas kebenaran. Tidak akan membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka sehingga datang keputusan Allah sedangkan mereka tetap dalam keadaan seperti itu. (HR. Muslim no. 1920).*

 

 من ورائكم أيام الصبر الصبر فيه مثل قبض على الجمر للعامل فيهم مثل أجر خمسين رجلا يعملون مثل عمله وزادني غيره قال يا رسول الله أجر خمسين منهم قال أجر خمسين منكم

 

Sesungguhnya di belakang kamu ada hari-hari dimana orang yang sabar ketika itu seperti memegang bara api. Mereka yang mengamalkan sunnah pada hari itu akan mendapatkan lima puluh kali dari kamu yang mengamalkan amalan (sunnah) tersebut. Para sahabat bertanya: Mendapatkan lima puluh kali dari kita atau dari mereka? Rasulullah menjawab: Bahkan lima puluh kali pahala kamu. (HR. Abu Daud no. 4341, hasan al-Arnauth).

 

 مَنِ الْغُرَبَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « أُنَاسٌ صَالِحُونَ فِى أُنَاسِ سَوْءٍ كَثِيرٍ مَنْ يَعْصِيهِمْ أَكْثَرُ مِمَّنْ يُطِيعُهُمْ » ﴿رَوَاهُ أحمد ﴾ تعليق شعيب الأرنؤوط : حسن لغيره مكرر

 

“Beruntunglah orang-orang yang terasing”. Seseorang bertanya : “Siapakah orang-orang yang terasing itu ya Rasulullah  ? “Orang-orang soleh yang berada di antara orang-orang jahat yang jumlahnya banyak sekali. Yang menentang mereka lebih banyak dibandingkan yang mengikuti ”, jawab Rasulullah   (HR. Ahmad no. 6650, hasan al- Arnauth)

 

Syeikh Salim al-Hilali hafizhahullah berkata, “…tidak ada riwayat yang sah mengenai penafsiran [Nabi] tentang makna al-Ghuraba’ (orang-orang asing) selain dua tafsiran yang marfu’ iaitu :

 

[1] Orang-orang yang [tetap] baik tatkala masyarakat telah diliputi kerosakan.

 

[2] Orang-orang soleh yang hidup di tengah-tengah banyak orang yang buruk [agamanya], akibatnya orang yang menentang mereka lebih banyak daripada yang mengikuti mereka.”(Limadza Ikhtartul Manhaj Salafi, hal. 55).

 

*Berkata Musa bin Harun rahimahullah: “Aku telah mendengar Ahmad bin Hanbal ketika ditanya berkenaan hadith yang berbunyi (maksudnya): “Umat ini akan berpecah-belah menjadi 73 golongan dan semuanya di neraka kecuali hanya satu golongan (yang selamat)”. Beliau mengatakan: “Jika yang dimaksudkan bukannya ahlul hadith maka aku tidak tahu siapa nereka”.” Dalam riwayat yang lain dengan lafaz (maksudnya): “Jika ath-Tha’ifah al-Manshurah ini bukan ash-habul Hadith (pendukung hadith/sunnah), maka aku tidak tahu lagi siapa mereka.” (Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam kitab Ma’rifah Ulumil Hadith (2), dan al-Khathib al-Baghdadi. Sanadnya sahih. Lihat: ash-Shahihah, 1/542, dan al-Azhar al-Mantsurah fi tabyin anna Ahlal Hadith hum al-Firqatun Najiyah wa ath-Tha’ifah al-Manshurah)

 

Di dalam riwayat yang lain: “Mereka adalah ahlul ‘ilmi dan ahlul atsar.” (Lihat ash-Shahihah, (1/543), oleh al-Albani)

 

Berkata ‘Abdullah Ibnul Mubarak rahimahullah: “Menurutku mereka adalah para ‘ulama Ahhul Hadith.” (Diriwayatkan oleh al-Khathib (61). Lihat ash-Shahihah (1/543))

 

Al-Imam Al-Bukhari di dalam Kitab al I’tisham bil Kitab Sunnah di dalam Shahih-nya beliau berkata: Bab Perkataan Nabi Shallallahu ‘alaihi was Sallam:

 

“Sentiasa ada kelompok dan umatku yang menampakkan kebenaran dan mereka berperang” al-Bukhari berkata: “Dan mereka adalah para ‘ulama.”

 

Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari menerangkan pernyataan al-Bukhari

 

“Mereka adalah para ‘ulama: “Ini adalah penegasan al-Imam al-Bukhari, dan telah diriwayatkan oleh at-Tirmidzi hadith tentang masalah ini. Kata beliau:

 

“Aku mendengar Muhammad bin Isma’il (yakni al-Bukhari) berkata: “Aku mendengar ‘Ali bin al-Madini berkata: “Mereka adalah ash-habul hadith”.”

 

Ketahuilah bahwa para ‘ulama sepakat menyatakan bahawa ath-Tha’ifah al-Manshurah itu adalah al-Firqatun Najiyah yang keduanya itu adalah membawa maksud ahlul hadith. Di antara para ‘ulama yang turut menyatakan persoalan yang berkaitan (adalah):

 

1 - ‘Abdullah Ibnul Mubarak rahimahullah, wafat th. 181 H

2 - ‘Ali bin al-Madini rahimahullah, wafat th. 234 H

3 - Ahmad bin Hanbal rahimahullah, wafat th. 241 H

4 - Ahmad bin Sinan rahimahullah, wafat th. 256 H

5 - Muhammad bin Isma’il al-Bukhari rahimahullah, wafat th. 256 H

6 - ‘Abdullah bin Muslim bin Qutaibah rahimahullah, wafat th. 267 H

7 - Muhammad bin ‘Isa At Tirmidzi rahimahullah, wafat th. 276 H

8 - Muhammad bin Hibban rahimahullah, wafat th. 354 H

9 - Muhammad bin al-Husain al-Ajurri rahimahullah, wafat th. 390 H

10 - Muhammad bin Abdullah al-Hakim an-Naisaburi rahimahullah, wafat th. 405 H

11 - Ahmad bin All bin Tsabit al-Khathib al-Baghdadi rahimahullah, wafat th. 463 H

12 – Al-Husain bin Mas’oud al-Baghawi rahimahullah, wafat th. 516 H

13 - ‘Abdurrahmn bin al-Jauzy rahimahullah, wafat th. 597 H

14 - Muhyiddin Yahy bin Syaraf an-Nawawi rahimahullah, wafat th. 676 H

15 - Ahmad bin ‘Abdul Halim bin Taimiyyah Syaikhul Islam rahimahullah, wafat th. 728 H

16 - Ishaq bin Ibrahim asy-Syathibi rahimahullah, wafat th. 790 H

17 - Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani rahimahullah, wafat th. 852 H.

 

Asy-Syaikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali berkata: “Para ‘ulama Islam yang muktabar dari kalangan ahli hadith dan selain dari mereka telah bersepakat bahawa al-Firqatun Najiyah dan ath-Tha’ifah al-Manshurah adalah sama. Majoriti mereka mengatakan: Bahawasanya golongan tersebut adalah ahlul hadith.” (Lihat Ahlul hadith hum ath-Thaifah al-Manshurah an-Najiyah (36))

 

Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani di dalam ash-Shahihah (1/543) mengatakan:

 

“Mungkin sebahagian orang menganggap aneh tafsir para imam tersebut, bahawasanya ath-Tha’ifah azh-Zhahirah dan al-Firqatun Najiyah adalah Ahlul Hadith. Padahal sedikitpun tidak ada yang aneh dari penafsiran para ‘ulama tersebut, jika kita memahami kaedah dan beberapa perkara berikut ini:

 

Pertama: Bahawasanya Ahlul Hadith dengan sebab spesifikasi mereka dalam mempelajari as-Sunnah (al-Hadith) dan segala urusan/perkara yang berkaitan dengannya, sama ada dalam bentuk pengetahuan tentang biografi para perawi hadith, ‘ilal (sebab-sebab kelemahan) suatu hadith, dan pengetahuan tentang sanad-sanad, maka mereka (ahlul hadith) adalah manusia yang paling berilmu tentang sunnah Nabi, petunjuknya, akhlaknya serta sejarah peperangan-peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi was Sallam serta segala perkara yang berkaitan dengan beliau Shallallahu ‘alaihi was Sallam.

 

Kedua: Ahlul Hadith (semoga Allah membangkitkan kita bersama mereka) tidaklah berta’ashshub (fanatik) kepada pendapat (seseorang tertentu walaupun orang tersebut tinggi kedudukan atau keilmuannya – pent.), kecuali hanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi was Sallam. Hal ini berbeza dengan mereka yang tidak menisbahkan dirinya kepada al-Hadith dan pengamalan dengannya, di mana mereka berta’ashshub kepada pendapat-pendapat para imam mereka sahaja, sebagaimana ta‘ashshub-nya ahlul hadith kepada hadith-hadith Nabinya.

 

Maka tidak ada keanehan lagi setelah penjelasan di atas, bahawasanya ahlul hadith, merekalah ath-Tha’ifah azh-Zhahirah dan al-Firqatun Najiyah. Bahkan mereka adalah al-Ummah al-Wasath golongan yang adil sebagai saksi terhadap umat manusia.” (Ash-Shahihah, 1/543-544)

 

Berkata al-Khathib al-Baghdadi di dalam Syarafu ash-habil Hadith (30): “Sungguh Allah selaku penguasa alam semesta telah menjadikan ath-Thai’fah al-Manshurah sebagai para pengawal dan penggerak agama ini. Melalui mereka, Allah menepis tipu daya para penentang, disebabkan berpegangnya mereka terhadap syari’at yang kukuh ini, dan pendirian mereka terhadap jejak para sahabat dan tabi’in. Kesibukan mereka adalah menghafal hadith .... Mereka menerima syari’at beliau sama ada secara lisan mahupun perbuatan, menjaga sunnahnya secara hafalan dan penukilan, sehingga keaslian sunnah tersebut terus berlangsung dari zaman ke zaman. Mereka adalah manusia yang paling tepat lagi sesuai memperjuangkan dan mempertahankan sunnah dan ahlinya. Berapa banyak manusia yang menyimpang mahu mencampur aduk syari’at ini dengan sesuatu yang bukan dari bahagian syari’at tersebut, sedangkan Allah ‘Azza wa Jalla sentiasa menjaga agama-Nya dengan memunculkan di muka bumi ini para ahli hadith. Merekalah para penjaga rukun-rukun syari’at dan para penegak perintah-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung.” (Lihat: Ash –Shahihah, 1/545-546, susunan asy-Syaikh al-Albani).

 

Rujukan

 

Irsyad al-hadith no. 126

 

https://www.google.com/amp/s/al-waie.id/nafsiyah/al-ghuraba-bagian-1/amp/.

 

https://luqmanbaabduh.com/ath-thaifah-al-manshurah-adalah-al-firqatun-najiyah/

 

https://ahmadbinhanbal.com/memegang-islam-ibarat-mengenggam-bara-api/

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...