Sunday, 11 July 2021

Hadith kemunculan imam Mahdi selepas berlakunya dua gerhana di bulan Ramadhan

 

Matan hadith

 

إِنَّ لِمَهْدِينَا آيَتَيْنِ لَمْ تَكُونَا مُنْذُ خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ تَنْكَسِفُ الْقَمَرُ لأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ وَتَنْكَسِفُ الشَّمْسُ فِى النِّصْفِ مِنْهُ وَلَمْ تَكُونَا مُنْذُ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ.

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya, Al-Mahdi yang kita nantikan itu memiliki dua mukjizat yang belum pernah terjadi semenjak Allah menciptakan langit dan bumi, (yakni) bulan mengalami gerhana pada malam pertama (awal) bulan Ramadan, sedangkan matahari mengalami gerhana pada pertengahan bulan itu, dan kedua hal itu belum pernah terjadi sejak Allah menciptakan langit dan bumi.

 

Takhrij

 

AR. ad-Daraquthni 2/65, daripada Muhammad ibn ‘Ali ra.

 

 

Dalam kajian hadith, para ulama mendapati rantaian sanad hadith tersebut tidak sampai kepada Rasulullah SAW. Ia hanya berhenti pada Muhammad bin Ali yang merupakan cucu Rasulullah SAW. Di dalam istilah Ulum Hadith ini dinamakan hadith munqati’ atau terputus. Ini kerana sandaran hadith ini tidak sampai terus kepada Rasulullah SAW.

 

Maka pada pandangan sebahagian besar ulama, hadith yang kedudukannya begini tidak boleh dijadikan sandaran pada hukum fiqh apatah lagi akidah.

 

Di dalam rantaian perawi yang meriwayatkan hadith ini juga terdapat seorang yang bernama Amar bin Shamir. Imam Daraqutni yang meriwayatkan hadith ini menyatakan bahawa perawi ini tidak boleh dipercayai.

 

Riwayat tersebut sememangnya ada disebut dalam Kitab Sunan Daraqutni melalui jalan riwayat yang berlainan. Namun para ulama hadith menyatakan bahawa hadith ini adalah munqati’ dan Amar bin Shamir merupakan seorang yang sangat diragui.

 

Di dalam kitab Mizanul I’tidal, Imam al-Zahabi telah mengumpulkan ulasan para ulama mengenai terhadap Amar bin Shamir.

 

Antaranya:

 

Imam Yahya Bin Main berkata: “Perawi yang tidak dikenali”.

 

 Berkata Imam Jauzjani: “Dia seorang penipu”.

 

Ibni Hibbaan menyatakan: “Seorang Syiah yang mencaci sahabat dan mereka-reka hadith dengan menggunakan nama-nama ulama yang berautoriti”.

 

Berkata Imam Bukhari: “Hadithnya munkar.”

 

Imam Yahya berkata: “Perawiannya tidak patut diterima”.

 

Berkata Imam Sulaimani: “Amar mereka-reka cerita bagi menyokong dakwaan Syiah”.

 

Imam Nasaai berkata: “Perawiannya ditolak.”

 

Kesimpulan

 

Atsar ini palsu ke atas nama cucu Baginda saw (Mausuah Fi Ahadith Mahdi al-Dhaifah dan al-Maudhuat hal. 169; Fatwa Soaljawab Islam no. 26836).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...