Matan hadith
ورأيت رجلاً من أمتي يزحف على الصراط ويحبو أحياناً ويتعلق أحياناً، فجاءته
صلاته عليّ فأقامته على قدميه وأنقذته
Terjemahan
Rasulullah saw ketika israk
mikraj menyaksikan seorang lelaki dari
umatnya berjalan diatas Shirath (titian sirath) dengan merangkak dan
tergelincir dan menggantung pada Sirath di atas nyala api yang demikian panas.
Pada waktu itu, datanglah amal selawat yang pernah lelaki itu persembahkan pada
Rasulullah S.A.W semasa hidupnya. Amal selawat itu meraihnya, menuntunnya
melewati Sirath, sehingga lelaki itu berhasil melewati rintangan di Shirath itu
dengan senang.
Takhrij
HR. Ibnu Jauzi dalam al-'Ilal
Mutanahiyah 2/697, daripada Abdurrahman bin Samrah ra.
Ibnu Jauzi menilai hadith ini
tidak sahih, dari kedua-dua jalan, kerana terdapat perawi yang majhul (Hilal
Abu Jabalah) dan munkar (Makhlad bin Abdul Wahid).
Az-Zahabi mendhaifkan hadith ini
dalam al-Talkhish al-'Ilal Mutanahiyah hal. 243.
Sanadnya didhaifkan juga oleh
al-Iraqi dalam Takhrij Ihya' 3/64.
Ibnu Taimiyah menguatkan hadith ini
kepada hasan dalam al-Mustadrak ala al-Majmu: 1/99
Syeikh al-Albani mendhaifkan
hadith ini dalam Dhaif Jami' no. 2086.
Ibnu Katsir mendhaifkan hadith
ini dalam Tafsirnya 4/421, dengan menyebutkan ia diriwayatkan oleh al-Hakim
at-Tirmidzi dalam Nuwadhir al-Usul, dan meneruskan kritikannya terhadap kitab tersebut yang banyak
mengandungi hadith lemah dan palsu.
Rujukan
No comments:
Post a Comment