Sunday, 11 July 2021

Hadith terunggul

 

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:

“Telah datang seorang Arab Badawi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

 

Wahai Rasulullah...!

Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

 

Rasulullah berkata kepadanya:

“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

 

Arab Baduwi itu berkata:

Aku mahu menjadi orang alim.

 

Baginda menjawab:

"Takutlah kepada Allah SWT"

 

Dia bertanya lagi:

“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

 

Rasulullah menjawab:

“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

 

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:

“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

 

Lalu dijawab oleh Rasulullah:

“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

 

Dia bertanya:

“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

 

Baginda menjawab:

“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

 

Dia bertanya lagi:

“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

 

Dan dijawab oleh Rasulullah:

“Banyakkan zikrullah.”

 

Arab Baduwi itu bertanya:

“Aku mahu sempurnakan imanku.”

 

Baginda menjawab:

“Perelokkan akhlakmu.”

 

Dia bertanya lagi:

“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “

 

Baginda menjawab:

Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

 

Arab Baduwi bertanya lagi:

“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

 

Lalu dijawab baginda:

“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

 

Dia bertanya lagi:

“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

 

Rasulullah menjawab:

“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

 

Dia terus bertanya:

“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

 

Baginda menjawab:

“Jangan menzalimi seseorang.”

 

Dia bertanya lagi:

“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

 

Baginda berkata:

“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

 

Dia bertanya:

Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

 

Baginda menjawab:

“Banyakkan beristighfar.”

 

Dia berkata:

“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

 

Lalu baginda menjawab:

“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

 

Dia bertanya:

“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

 

Baginda menjawab:

“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

 

Dia bertanya lagi:

“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

 

Baginda menjawab:

“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

 

Dia bertanya:

“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

 

Baginda menjawab:

“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

 

Dia bertanya:

“ Aku mahu diselamatkan daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat.”

 

Baginda menjawab:

“Jangan marah kepada orang  lain.”

 

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:

“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

 

Baginda menjawab:

“Jauhilah makanan haram.”

 

Dia bertanya:

“ Aku mahu Allah menutupkan segala keaibanku pada hari kiamat.”

 

Baginda pun menjawab:

“Tutuplah keburukan orang lain.”

 

Dia bertanya:

“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

 

Rasulullah menjawab:

“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.”

 

Dia terus bertanya:

“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”

 

Baginda menjawab:

“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

 

Dia bertanya lagi:

“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

 

Baginda menjawab:

“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

 

Dia bertanya:

“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

 

Baginda menjawab:

“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

 

Dia bertanya lagi:

“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

 

Baginda menjawab:

“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

 

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

 

Maka tugas antum sekelian yang seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi Shallallahu 'al aihi Wasallam  ini dengan orang l

ain, moga ianya memberikan manfaat kepada semua. Insyallah..amiinn.

 

Takhrij

 

Hadith ini dinukil oleh Alauddin al Muttaqi al Hindi dalam kitab Kanzul Ummal daripada iman Sayuti. Imam Sayuti menyatakan, beliau menjumpai tulisan ibnu al Qammah dari Abu al Abbas al Mustaghfiri, beliau meriwayatkan hadis ini dari Abu Hamid al Misri dengan sanadnya kepada Khalid bin al Walid seterusnya meriwayatkan hadis panjang tersebut.

 

Hadith ini palsu menurut Ibn Baaz dalam Majmu Fatawanya 26/321 dan  Dr. Rozaime. Ia tidak wujud dalam kitab-kitab hadih yang muktabar, hanya ada dalam Kanzul Umal no. 44154 tanpa sebarang sanad.

 

 

قال الشيخ جلال الدين السيوطي رحمه الله تعالى: وجدت بخط الشيخ شمس الدين بن القماح في مجموع له عن أبي العباس المستغفري قال: قصدت مصر أريد طلب العلم من الإمام أبي حامد المصري والتمست منه حديث خالد بن الوليد فأمرني بصوم سنة، ثم عاودته في ذلك فأخبرني باسناده عن مشايخه إلى خالد بن الوليد قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: إني سائلك عما في الدنيا والآخرة، فقال له: سل عما بدا لك ، قال: يا نبي الله! أحب أن أكون

أعلم الناس، قال: اتق الله تكن أعلم الناس ، فقال: أحب أن أكون أغنى الناس، قال: كن قنعا تكن أغنى الناس ، قال: أحب أن أكون خير الناس، فقال: خير الناس من ينفع الناس فكن نافعا لهم ، فقال: أحب أن أكون أعدل الناس، قال: أحب للناس ما تحب لنفسك تكن أعدل الناس ، قال: أحب أن أكون أخص الناس إلى الله تعالى، قال: أكثر ذكر الله تكن أخص العباد إلى الله تعالى ، قال: أحب أن أكون من المحسنين، قال: اعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك ، قال: أحب أن يكمل إيماني، قال: حسن خلقك يكمل إيمانك ، فقال: أحب أن أكون من المطيعين، قال: أد فرائض الله تكن مطيعا، فقال: أحب أن ألقى الله نقيا من الذنوب، قال اغتسل من الجنابة متطهرا تلقى الله يوم القيامة وما عليك ذنب ، قال: أحب أن أحشر يوم القيامة في النور، قال: لا تظلم أحدا تحشر يوم القيامة في النور، قال: أحب أن يرحمني ربي، قال: ارحم نفسك وارحم خلق الله يرحمك الله، قال: أحب أن تقل ذنوبي، قال: استغفر الله تقل ذنوبك، قال: أحب أن أكون أكرم الناس، قال: لا تشكون الله إلى الخلق تكن أكرم الناس ، فقال: أحب أن يوسع علي في الرزق، قال:

دم على الطهارة يوسع عليك في الرزق ، قال: أحب أن أكون من أحباء الله ورسوله، قال : أحب ما أحب الله ورسوله وأبغض ما أبغض الله ورسوله، قال: أحب أن أكون آمنا من سخط الله، قال: لا تغضب على أحد تأمن من غضب الله وسخطه ، قال: أحب أن تستجاب دعوتي، قال: اجتنب الحرام تستجب دعوتك، قال: أحب لا يفضحني الله على رؤس الأشهاد، قال: احفظ فرجك كيلا تفتضح على رؤس الأشهاد ، قال: أحب أن يستر الله على عيوبي، قال: استر عيوب إخوانك يستر الله عليك عيوبك ، قال: ما الذي يمحو عني الخطايا، قال: الدموع والخضوع والأمراض، قال: أي حسنة أفضل عند الله، قال: حسن الخلق والتواضع والصبر على البلية والرضاء بالقضاء ، قال: أي سيئة أعظم عند الله، قال: سوء الخلق والشح المطاع ، قال: ما الذي يسكن غضب الرحمن؟ قال: إخفاء الصدقة وصلة الرحم، قال: ما الذي يطفئ نار جهنم؟ قال: الصوم .

 

 

 

Setakat ini, itulah satunya sumber yang menukil hadis ini - setakat pengetahuan saya (Dr. Muslim) - . Sanad antara Abu Hamid dan Sayidina Khalid tidak diketahui perawi - perawinya. Abu Hamid al Misri juga tidak diketahui - sepanjang pengetahuan saya - siapa kah gerangannya.

 

Bahkan imam al Zahabi menyatakan imam Abu al Abbas al Mustaghfiri dikenali telah meriwayatkan beberapa hadith palsu. Kemungkinan hadith panjang yang tidak ditemui asalnya ini dalam kitab hadith; adalah salah satu daripadanya.

 

Wallahualam.

 

Rujukan

 

Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

 

Telegram: D. Ustaz Muslim Mustapha - MSO-D1 Hadith,25/12/2017

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 64025

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...