Yang afdhal tidaklah selalunya
diutamakan
Adakalanya perkara yang afdhal
(lebih utama) itu ditinggalkan kerana adanya mudharat atau adanya maslahat yang
lebih besar.
Rasulullah ﷺ mengurungkan niatnya untuk mengembalikan tapak binaan Ka'bah
seperti yang dibangun oleh Nabi Ibrahim kerana mengkhawatirkan mudharat iaitu
larinya manusia dari Islam:
يا عائشة لو لا أن قومك حديثوا عهد بجاهلية لأمرت بالبيت فهدم فأدخلت فيه
ما أخرج منه وألزقته بالأرض
"Wahai Aisyah, andaikata
bukan kerana kaummu yang baru saja meninggalkan jahiliyyah, maka akan
kuperintahkan mereka merombak baitullah kemudian aku masukkan apa yang
dikeluarkan darinya dan aku turunkan sejajar dengan tanah." (Muttafaqun
'alaih)
Rasulullah ﷺ tidak mengerjakan puasa Nabi Daud yang merupakan
seutama-utamanya puasa kerana tidak ingin memberatkan umatnya.
Rasulullah ﷺ lebih sering berqurban dengan domba juga kerana tidak ingin
memberatkan umatnya, tetapi ingin memberi kemudahan, dan ini kemaslahatan yang
besar.
Kerana qurban dengan unta di
samping besar biayanya dan unta juga hanya selalu ditemukan di zoo bagi
sesetengah negara.
Begitupula dalam perkara yang di
sana ada hajat atau keperluan yang lebih besar maka Rasulullah ﷺ akan lebih mengedepankannya seperti larangan beliau menyimpan
daging qurban pada hari banyak orang sedang mengalami kesulitan.
Semua ini menunjukkan agama yang
dibawa oleh Rasulullah ﷺ adalah ajaran yang rahmatan lil 'alamin.
No comments:
Post a Comment