عَنْ أَبِى كَثِيرٍ يَزِيدَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنِى أَبُو
هُرَيْرَةَ قَالَ كُنْتُ أَدْعُو أُمِّى إِلَى الإِسْلاَمِ وَهِىَ مُشْرِكَةٌ
فَدَعَوْتُهَا يَوْمًا فَأَسْمَعَتْنِى فِى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-
مَا أَكْرَهُ فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَنَا أَبْكِى
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّى كُنْتُ أَدْعُو أُمِّى إِلَى الإِسْلاَمِ
فَتَأْبَى عَلَىَّ فَدَعَوْتُهَا الْيَوْمَ فَأَسْمَعَتْنِى فِيكَ مَا أَكْرَهُ
فَادْعُ اللَّهَ أَنْ يَهْدِىَ أُمَّ أَبِى هُرَيْرَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ
-صلى الله عليه وسلم- « اللَّهُمَّ اهْدِ أُمَّ أَبِى هُرَيْرَةَ ».
Dari Abu Kasir, Yazid bin
Abdurrahman, Abu Hurairah bercerita kepadaku, “Dulu aku mendakwahi ibuku agar
masuk Islam ketika dia masih musyrik. Suatu hari aku mendakwahinya namun dia
malah memperdengarkan kepadaku cacian kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam yang tentu merupakan kalimat-kalimat yang tidak kusukai untuk kudengar.
Akhirnya aku pergi menghadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sambil
menangis. Ketika telah berada di hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam aku berkata, “Ya Rasulullah, sungguh aku berusaha untuk mendakwahi ibuku
agar masuk Islam namun dia masih saja menolak ajakanku. Hari ini kembali beliau
aku dakwahi namun dia malah mencaci dirimu. Oleh kerana itu berdoalah kepada
Allah agar Dia memberikan hidayah kepada ibu-nya Abu Hurairah”. Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berdoa, “Ya Allah, berilah hidayah kepada
ibu dari Abu Hurairah”.
فَخَرَجْتُ مُسْتَبْشِرًا بِدَعْوَةِ نَبِىِّ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-
فَلَمَّا جِئْتُ فَصِرْتُ إِلَى الْبَابِ فَإِذَا هُوَ مُجَافٌ فَسَمِعَتْ أُمِّى
خَشْفَ قَدَمَىَّ فَقَالَتْ مَكَانَكَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ. وَسَمِعْتُ
خَضْخَضَةَ الْمَاءِ قَالَ – فَاغْتَسَلَتْ وَلَبِسَتْ دِرْعَهَا وَعَجِلَتْ عَنْ
خِمَارِهَا فَفَتَحَتِ الْبَابَ ثُمَّ قَالَتْ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَشْهَدُ أَنْ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ –
Kutinggalkan Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam keadaan gembira kerana Nabi mahu mendoakan
ibuku. Setelah aku sampai di depan pintu rumahku ternyata pintu dalam
keadaanterkunci. Ketika ibuku mendengar langkah kakiku, beliau mengatakan,
“Tetaplah di tempatmu, hai Abu Hurairah”. Aku mendengar suara guyuran air.
Ternyata ibuku mandi. Setelah selesai mandi beliau memakai jubahnya dan segera
mengambil tudungnya lantas membukakan pintu. Setelah pintu terbuka beliau
mengatakan, “Hai Abu Hurairah, aku bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang
berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusannya”.
قَالَ – فَرَجَعْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-
فَأَتَيْتُهُ وَأَنَا أَبْكِى مِنَ الْفَرَحِ – قَالَ – قُلْتُ يَا رَسُولَ
اللَّهِ أَبْشِرْ قَدِ اسْتَجَابَ اللَّهُ دَعْوَتَكَ وَهَدَى أُمَّ أَبِى
هُرَيْرَةَ. فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ وَقَالَ خَيْرًا – قَالَ –
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُحَبِّبَنِى أَنَا وَأُمِّى إِلَى
عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ وَيُحَبِّبَهُمْ إِلَيْنَا – قَالَ – فَقَالَ رَسُولُ
اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « اللَّهُمَّ حَبِّبْ عُبَيْدَكَ هَذَا – يَعْنِى
أَبَا هُرَيْرَةَ وَأُمَّهُ – إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ
إِلَيْهِمُ الْمُؤْمِنِينَ ». فَمَا خُلِقَ مُؤْمِنٌ يَسْمَعُ بِى وَلاَ يَرَانِى
إِلاَّ أَحَبَّنِى.
Mendengar hal tersebut aku
bergegas kembali menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Aku menemui
beliau dalam keadaan menangis kerana begitu gembira. Kukatakan kepada beliau,
“Ya Rasulullah, bergembiralah. Sungguh Allah telah mengabulkan doamu dan telah
memberikan hidayah kepada ibu-nya Abu Hurairah”. Mendengar hal tersebut beliau
memuji Allah dan menyanjungnya lalu berkata, “Bagus”. Lantas kukatakan kepada
beliau, “Ya Rasulullah, doakanlah aku dan ibuku agar menjadi orang yang
dicintai oleh semua orang yang beriman dan menjadikan kami orang yang mencintai
semua orang yang beriman”. Beliau pun mengabulkan permintaanku. Beliau berdoa,
“Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini yaitu Abu Hurairah dan ibunya orang yang
dicintai oleh semua
hambaMu yang beriman dan
jadikanlah mereka berdua orang-orang yang mencintai semua orang yang beriman”.
Kerana itu tidak ada seorang pun mukmin yang mendengar tentang diriku ataupun
melihat diriku kecuali akan mencintaiku (HR. Muslim no. 6551).
No comments:
Post a Comment