Sunday, 11 July 2021

Ucapan Ali bin Abi Thalib ra: Kecemburuan seorang wanita [terhadap madunya] adalah alamat kekufuran, sedang kecemburuan lelaki adalah bagian dari iman

 

Keratan di atas tak lengkap.

 

yang asal..

 

Sabda yang disandarkan kepada Amirul Mukminin Ali As dalam Nahj al-Balâghah:

 

Ghairat al-mar’a kufrun wa ghairat al-rajul imânun.

 

(Kecemburuan seorang wanita [terhadap madunya] adalah alamat kekufuran, sedang kecemburuan lelaki adalah bagian dari iman)

 

Nahj al-Balâghah, Hikmah 124, Intisyarat Dar al-Hijrah, Qum, Tanpa Tahun

 

 

Berkenaan kitab Nahjul Balaghah

 

Kitab Nahjul Balaghah itu amat popular di kalangan penganut Islam dan penganut Syiah. Isinya mengandungi ucapan, khutbah dan surat yang disandarkan kepada saidina Ali r.a.

 

Timbul persoalan di sini, apakah benar isi Nahjul Balaghah itu benar-benar asli dari Ali r.a.?

 

Bagi mereka yang biasa dengan pengajian hadith, sudah pasti menjawabnya dengan kata-kata Ibnu al-Mubarak:

 

الإسناد من الدين، ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء

 

Sanad itu sebahagian dari agama. Dan, kalaulah tiada sanad, nescaya seseorang itu akan berkata apa sahaja semahunya.

 

Kata imam al-Zahabi di dalam Siyar A'lam al-Nubala' 17/589, ketika menulis biografi al-Murtadha Ali bin Husain bin Musa al-Musawi:

 

Menurutku dia adalah penulis kitab Nahjul Balaghah, yang dinisbahkan lafaznya kepada Imam Ali r.a. tanpa sanad. Sebahagiannya mengandungi kebatilan dan terselit juga di dalamnya kebenaran. Namun di sana terdapat topik-topik yang tak mungkin diucapkan oleh imam Ali r.a.

 

Ada yang mengatakan: Malah ia (Nahjul Balaghah) disusun oleh saudaranya yang bernama al-Syarif al-Radhi...

 

Kata al-Zahabi lagi: Di dalamnya terdapat cercaan terhadap para sahabat Rasulullah s.a.w. maka kami mohon perlindungan dari Allah dari ilmu yang tidak memberi manfaat.

 

Kitab Nahjul Balaghah ini diterima oleh golongan Syiah Rafidhah secara pasti kesahihannya sebagaimana al-Quran sedangkan ia dalam keadaan penuh dengan percanggahan. Ini menjadi bukti bahawa mereka tidak mengambil tentang berat hal ehwal agama mereka dalam urusan yang melibatkan penapisan dan pengesahan sumber samada ia sahih dan kukuh atau sebaliknya (Manhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah, 8/55).

 

Atas asas ini, jelas kitab ini tidak sah dinisbahkan kepada Ali r.a. Ia juga dengan segala isikandungannya samasekali tidak menjadi hujah di dalam masalah syarak. Adapun untuk membacanya kerana mahu menelaah isikandungannya dari sudut balaghah, maka hukumnya sama seperti membaca mana-mana kita lughah/bahasa tanpa menisbahkannya kepada Amiril Mukminin Ali r.a.

 

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 30905

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...