Memang ada dalil-dalil hadith yang
selalu mereka gunakan.
Tapi sayangnya hadith-hadith yang
mereka gunakan itu tidak dapat dijadikan hujah untuk amalan tersebut kerana
tidak ada yang sahih akan fadhilat surah yasin, kesemuanya terdapat kritikan
yang melemahkan hadith tersebut, dan ada yang bertaraf palsu pun.
Hadith pertama
حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ أَبِيْ إِسْرَائِيْلَ، حَدَّثَنَا حِجَاجُ بْنُ مُحَمَّدٍ، عَنْ هِشَامَ بْنِ زِيَادٍ ، عَنْ الْحَسَنِ قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُوْلُ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « مَنْ قَرَأَ يس فِيْ لَيْلَةٍ أَصْبَحَ مَغْفُوْرًا لَهُ، وَمَنْ قَرَأَ حم اَلَّتٍيْ يَذْكُرُ فِيْهَا الدُّخَانُ فِيْ لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ أَصْبَحَ مَغْفُوْرًا لَهُ
Telah menceritakan kepada kami
Ishaq bin Abi Israil, menceritakan kepada kami Hijaj bin Muhammad, dari Hisyam
bin Ziyad, dari Al-Hasan ia berkata, Aku mendengar Abu Hurairah ra, mengatakan:
Bersabda Rasulullah saw, “Siapa yang membaca surah Yasin dalam suatu malam,
maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya dan siapa yang membaca surat Ad-Dukhan
pada malam Jum’at maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya.
Periwayat: Abu Ya’la dalam
Musnad, dan Ibnul Jauzi dalam al-Maudhu’at (1/247)
Darjat : Maudhu’ (palsu)
Takhrij singkat: Diriwayatkan
dari Abu Hurairah, Ibnul Jauzi berkata: “Hadith ini dari semua thuruqnya adalah
bathil, tidak ada asalnya.” Imam ad-Daruquthni berkata: “Muhammad bin Zakaria
yang ada dalam sanad hadith ini adalah tukang memalsukan hadith .”
Rujukan: Al-Maudhu’at oleh Ibnul
Jauzi (1/246-247), Mizaanul I’tidal (3/549), Lisaanul Mizaan (5/168),
al-Fawaa-idul Majmu’ah fii Ahaaditsil Maudhu’ah (hal. 286 no. 944)
Hadith kedua
حَدَّثَنَا حَمِيْدُ بْنُ أَحْمَدِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَجْلِدِ الْوَاسَطِيْ، حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ بَقِيَّةٍ ، حَدَّثَنَا أَغْلَبُ بْنُ تَمِيْمٍ ، عَنْ حَسَنٍ بْنِ أَبِيْ جَعْفَرٍ ، عَنْ غَالِبِ الْقَطَّانِ ، عَنْ الْحَسَنِ ، عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : « مَنْ قَرَأَ يس فِيْ يَوْمٍ أَوْ لَيْلَةٍ اِبْتِغَاءَ وَجْهَ اللهِ غُفِرَ لَهُ » لَمْ يَدْخُلْ أَحَدٌ فِيْمَا بَيْنَ حَسَنٍ بْنِ فَرْقَدٍ ، وَالْحَسَنُ غَالِبًا إِلاَّ أَغْلَبُ بْنُ تَمِيْمٍ قَالَ أَبُوْ الْقَاسِمِ : قَدْ قِيْلَ أَنَّ الْحَسَنَ لَمْ يَسْمَعْ مِنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ ، وَقَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ : إِنَّهُ قَدْ سَمِعَ مِنْهُ
Menceritakan kepada kami Hamid
bin Ahmad bin Abdillah bin Majlid Al-Wasathi, menceritakan kepada kami Wahb bin
Baqiyah, menceritakan kepada kami Aghlab bin Tamim dari Hasan bin Abi Ja’far,
dari Ghalin Al-Qaththan, dari Al-Hasan dari Abu Hurairah ra, berkata, Bersabda
Rasulullah saw, “Barang siapa membaca surah Yaasiin pada malam hari kerana
mengharap keredhaan Allah, nescaya Allah ampuni dosanya.”
Periwayat: Ath-Thabrani dalam
al-Mu’jamul Ausaath dan al-Mu’jamush Shaaghir.
Darjat : Dhaif
Takhrij singkat: Diriwayatkan
dari Abu Hurairah, tetapi di dalam sanadnya ada Aghlab bin Tamiim. Imam Bukhari
berkata: “Ia adalah munkarul hadith .”
Ibnu Ma’in berkata: “Ia tidak ada apa-apanya (tidak kuat).”
Rujukan: Mizaanul I’tidal
(1/273-274) dan Lisaanul Mizaan (1/464-465)
Hadith ketiga
حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ شُجَاعٍ حَدَّثَنِى أَبِى حَدَّثَنِى زِيَادُ بْنُ خَيْثَمَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُحَادَةَ عَنِ الْحَسَنِ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- :« مَنْ قَرَأَ يس فِى لَيْلَةٍ ابْتَغَاءَ وَجْهِ اللهِ غُفِرَ لَهُ فِى تِلْكَ
Barang siapa membaca surah
Yaasiin pada malam hari kerana mengharap keredhaan Allah, maka ia akan diampuni
dosanya pada malam itu.
Periwayat: Ad Darimi, Al Baihaqi,
Abu Nu’aim dan Al Khaththabi.
Derajat Hadith : Dhaif
Takhrij singkat: Diriwayatkan
oleh Imam ad-Darimi dari jalan Walid bin Syuja’, ayahku (Syuja’) telah
menceritakan kepadaku, Ziyad bin Khaitsamah telah menceritakan kepadaku, dari
Muhammad bin Juhadah dari al-Hasan, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu.
[Sunan ad-Darimi (2/457)]
Hadith ini diriwayatkan juga oleh
al-Baihaqi, Abu Nu’aim dan al-Khatib, dari jalan al-Hasan, dari Abu Hurairah
radhiyallahu ‘anhu.
Hadith ini Munqathi’ , kerana
dalam semua sanadnya terdapat al-Hasan bin Yasar al-Bashri, ia tidak mendengar
riwayat ini dari Abu Hurairah.
Imam az-Zahabi berkata: “Al-Hasan
tidak mendengar dari Abu Hurairah, maka semua hadith-hadith yang ia riwayatkan
dari Abu Hurairah termasuk dari jumlah hadith-hadith munqathi’.
Rujukan: Mizaanul I’tidal (1/527
no. 1968), al-Fawaa-idul Majmu’ah (hal. 269 no. 945) tahqiq oleh Syaikh
‘Abdurrahman al-Mu’allimi.
Hadith keempat
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ نَصْرٍ، حَدَّثَنا مُحَمَّدُ بْنُ حَفْصٍ الأَوْصَابِيِّ، حَدَّثَنَا سَعِيْدُ بْنُ مُوْسَى الأَزْدِيِّ، حَدَّثَنَا رَبَاحُ بْنُ زَيْدٍٍ الصَّنْعَانِيِّ، عَنْ مَعْمَرٍ، عَنْ الزُّهْرِيِّ، عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « مَنْ دَاوَمَ عَلَى قِرَاءَةِ يس كُلَّ لَيْلَةٍ، ثُمَّ مَاتَ، مَاتَ شَهِيْدًا » « لَمْ يَرْوِ هَذَا الْحَدِيْثُ عَنْ الزُّهْرِيِّ إِلاَّ مَعْمَرٍ، وَلاَ عَنْ مَعْمَرٍ إِلاَّ رَبَاحٍ، وَلاَ عَنْ رَبَاحٍ إِلاَّ سَعِيْدٍ بْنِ مُوْسَى، تَفَرَّدُ بِهِ: اِبْنُ حَفْصٍ »
Barang siapa terus-menerus
membaca surah Yaasiin pada setiap malam kemudian dia mati, maka ia mati syahid.
Darjat: Maudhu' (palsu)
Takhrij singkat: Hadith ini
diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam al-Mu’jam ash-Shaghir, dari Shahabat Anas
radhiyallahu ‘anhu, tetapi di dalam sanadnya ada Sa’id bin Musa al-Azdi, ia
seorang tukang dusta dan ia dituduh oleh Ibnu Hibban sering memalsukan hadith.
Rujukan: Tuhfatul Dzakirin (hal.
340), Mizaanul I’tidal (2/159-160), Lisaanul Mizaan (3/44-45)
Hadith kelima
حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ شُجَاعٍ حَدَّثَنِى أَبِى حَدَّثَنِى زِيَادُ بْنُ خَيْثَمَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُحَادَةَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِى رَبَاحٍ قَالَ بَلَغَنِى أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ :« مَنْ قَرَأَ يس فِى صَدْرِ النَّهَارِ قُضِيَتْ حَوَائِجُهُ
Barang siapa membaca surah
Yaasiin pada permulaan siang (pagi hari), maka terpenuhi semua hajatnya.
Darjat: Dhaif
Takhrij singkat: Hadith ini
diriwayatkan oleh Imam ad-Darimi dari jalan Walid bin Syuja’, telah
menceritakan kepadaku Ziyad bin Khaitsamah, dari Muhammad bin Juhadah, dari
‘Atha’ bin Abi Rabah, ia berkata: “Telah sampai kepadaku bahawasanya Nabi saw
bersabda…”
Hadith ini mursal, kerana ‘Atha’
bin Abi Rabah tidak bertemu dengan Nabi saw, ia lahir kurang lebih tahun 24
Hijriyah dan wafat tahun 114 Hijriyah.
Rujukan: Sunan ad-Darimi (2/457),
Misykaatul Mashaabih (takhrij no. 2177), Mizaanul I’tidal (3/70) dan Taqribut
Tahdzib (2/22).
Hadith keenam
أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ أَحْمَدِ بْنِ عَبْدَانٍ، أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ عُبَيْدٍ الصَّفَارِ، حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ، عَنْ طَالُوْتَ بْنَ عَبَّادِ، حَدَّثَنَا سَوَيْدُ أَبُوْ حَاتِمٍ، عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيْ، عَنْ أَبِيْ عُثْمَانَ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ: « مَنْ قَرَأَ يس مَرَّةً فَكَأَنَّمَا قَرَأَ الْقُرْآنَ عَشْرَ مَرَّاتٍ » وَقَالَ أَبُوْ سَعِيْدٍ: « مَنْ قَرَأَ يس مَرَّةً، فَكَأَنَّمَا قَرَأَ الْقُرْآنَ مَرَّتَيْنِ » قَالَ أَبُوْ هُرَيْرَةَ: حَدَّثَ أَنْتَ عَمَّا سَمِعْتَ وَأُحَدِّثُ أَنَا بِمَا سَمِعْتُ
Barang siapa membaca surah
Yaasiin satu kali seolah-olah ia telah membaca al-Quran dua kali.
Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’abul
Iman.
Darjat : Maudhu (palsu)
Rujukan: Dha’if Jami’ush Shaghir
(no. 5789) dan Silsilah Ahaadits adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah (no. 4636) oleh
Syaikh al-Albani.
Hadith ketujuh
أَخْبَرَنَا أَبُوْ نَصْرٍ بْنُ قَتَادَةَ، أَخْبَرَنَا أَبُوْ مَنْصُوْرٍ النَّضْرَوِيِّ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ نَجْدَةَ، حَدَّثَنَا سَعِيْدُ بْنُ مَنْصُوْرٍ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيْلُ بْنُ عَيَّاشٍ، عَنْ أَسِيْدٍ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْخِثْعَمِيِّ، عَنْ حَسَانٍ بْنِ عَطِيَّةٍ، أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « مَنْ قَرَأَ يس فَكَأَنَّمَا قَرَأَ الْقُرْآنَ عَشْرَ مَرَّاتٍ » هذا مرسل
Barang siapa membaca surat
Yaasiin satu kali seolah-olah ia telah membaca al-Quran sepuluh kali.
Riwayat al-Baihaqi dalam kitab
Syu’abul Iman dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu.
Darjat : Maudhu (palsu)
Rujukan: Dha’if Jami’ush Shaghir
(no. 5798) oleh al-Hafidz asy-Syaikh al-Albani.
Hadith kelapan
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ وَسُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ قَالَا حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الرُّؤَاسِيُّ عَنْ الْحَسَنِ بْنِ صَالِحٍ عَنْ هَارُونَ أَبِي مُحَمَّدٍ عَنْ مُقَاتِلِ بْنِ حَيَّانَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْبًا وَقَلْبُ الْقُرْآنِ يس وَمَنْ قَرَأَ يس كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِقِرَاءَتِهَا قِرَاءَةَ الْقُرْآنِ عَشْرَ مَرَّاتٍ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَبِالْبَصْرَةِ لَا يَعْرِفُونَ مِنْ حَدِيثِ قَتَادَةَ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَهَارُونُ أَبُو مُحَمَّدٍ شَيْخٌ مَجْهُولٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُوسَى مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ سَعِيدٍ الدَّارِمِيُّ حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بِهَذَا وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ وَلَا يَصِحُّ مِنْ قِبَلِ إِسْنَادِهِ وَإِسْنَادُهُ ضَعِيفٌ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu
mempunyai hati dan hati (inti) al-Quran itu ialah surat Yaasiin. Barang siapa
yang membacanya, maka Allah akan memberikan pahala bagi bacaannya itu seperti
pahala membaca al-Quran sepuluh kali.
Hadith ini diriwayatkan oleh
at-Tirmidzi (no. 2887) dan ad-Darimi (2/456), dari jalan Humaid bin
‘Abdurrahman, dari al-Hasan bin Shalih, dari Harun Abu Muhammad dari Muqatil
bin Hayyan (yang benar adalah Muqatil bin Sulaiman) dari Qatadah dari Anas
secara marfu’.
Darjat : Maudhu (palsu)
Takhrij singkat: Di dalam isnad hadith
ini terdapat dua rawi yang dha’if, iaitu Harun Abu Muhammad dan Muqatil bin
Hayyan.
Harun Abu Muhammad adalah seorang
yang majhul (tidak dikenal riwayat hidupnya). Imam az-Zahabi berkata: “Aku
menuduhnya majhul.” [Mizaanul I’tidal 4/288).
Sedangkan Muqatil bin Hayyan
adalah seorang yang dhaif. Ibnu Ma’in berkata: “Dhaif.” Dan Imam Ahmad bin Hanbal
berkata: “Aku tidak peduli kepada Muqatil bin Hayyan dan Muqatil bin Sulaiman.”
(Mizaanul I’tidal 4/171-172)
Imam Ibnu Abi Hatim berkata dalam
kitabnya al-‘Ilal (2/55-56): “Aku pernah bertanya kepada ayahku tentang hadith
ini. Jawabnya: ‘Muqatil yang ada dalam sanad hadith ini adalah Muqatil bin
Sulaiman, aku mendapati hadith ini di awal kitab yang disusun oleh Muqatil bin
Sulaiman. Dan ini adalah hadith bathil, tidak ada asalnya.’” (Silsilah Ahaadits
adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah hal. 312-313 no. 169).
Imam az-Zahabi juga membenarkan
bahawa Muqatil dalam hadith ini adalah Muqatil bin Sulaiman ( Mizaanul I’tidal
4/172).
Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin
al-Albani berkata: “Apabila sudah jelas bahawa Muqatil yang dimaksudkan adalah
Muqatil bin Sulaiman, sebagaimana yang sudah dinyatakan oleh Imam Abu Hatim dan
diakui oleh Imam az-Zahabi, maka hadith ini Maudhu’. (Silsilah Ahaadits
adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah hal. 313-314 no. 169).
Kata Imam Waqi’: Muqatil bin
Sulaiman adalah pendusta.
Kata Imam an-Nasa’i: Muqatil bin
Sulaiman sering dusta (Mizaanul I’tidal 4/173).
Hadith kesembilan
حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ حَدَّثَنَا رَاشِدٌ أَبُو مُحَمَّدٍ الْحِمَّانِىُّ عَنْ شَهْرِ بْنِ حَوْشَبٍ قَالَ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ مَنْ قَرَأَ يس حِينَ يُصْبِحُ أُعْطِىَ يُسْرَ يَوْمِهِ حَتَّى يُمْسِىَ ، وَمَنْ قَرَأَهَا فِى صَدْرِ لَيْلِهِ أُعْطِىَ يُسْرَ لَيْلَتِهِ حَتَّى يُصْبِحَ
Barangsiapa membaca surah Yaasiin
di pagi hari, maka akan dimudahkan urusan hari itu sampai petang. Dan barangsiapa
membacanya di awal malam (petang hari), maka akan diberi kemudahan urusan malam
itu sampai pagi.
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam
ad-Darimi (2/457)
Darjat : Dhaif
Takhrij singkat: Hadith ini
diriwayatkan dari jalan Amr bin Zararah, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul
Wahhab, telah menceritakan kepada kami Rasyid Abu Muhammad al-Himani, dari
Syahr bin Hausyab, ia berkata: “Ibnu ‘Abbas telah menceritakan…”
Dalam sanad hadith ini ada
seorang rawi yang bernama Syahr bin Hausyab. Ibnu Hajar: “Ia banyak memursalkan
hadith dan banyak keliru.” [Taqriibut Tahdziib 1/423 no. 2841, Mizaanul I’tidal
2/283]
Al-Mujaddid asy-Syaikh Muhammad
Nashiruddin al-Albani rahimahullahu Ta’ala berkata: “Syahr bin Hausyab lemah
dan tidak boleh dipakai sebagai hujjah, kerana banyak salahnya.” [Silsilah
Ahaadits adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah
1/426]
Hadith ini juga merupakan hadith
Mauquf.
Hadith kesepuluh
أَخْبَرَنَا أَبُوْ عَبْدِ اللهِ الْحَافِظُ ، أَخْبَرَنَا أَبُوْ مُحَمَّدٍ الْحَسَنِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ سَخْتَوِيَّهَ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنِ أَحْمَدِ بْنِ أَبِيْ مِسْرَةَ الْمَكِّيِّ ، حَدَّثَنَا خَلَفُ بْنُ الْوَلِيْدِ ، حَدَّثَنَا الْمُبَارَكُ بْنُ فَضَالَةَ ، عَنْ أَبِيْ الْعَوَّامِ ، عَنِ الْحَسَنِ ، عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : « مَنْ قَرَأَ يس كُلَّ لَيْلَةٍ غُفِرَ لَهُ »
Barang siapa membaca surah
Yaasiin setiap malam, nescaya diampuni (dosa)nya.
Hadith ini diriwayatkan oleh
al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman.
Darjat : Dhaif
Rujukan: Dha’if Jami’ush Shaghir hadith
no. 5788 dan Silsilah Ahaadits adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah no. 4636.
Hadith kesebelas
حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُهَاجِرِ بْنِ الْمِسْمَارِ عَنْ عُمَرَ بْنِ حَفْصِ بْنِ ذَكْوَانَ عَنْ مَوْلَى الْحُرَقَةِ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- :« إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَرَأَ طه وَيس قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ بِأَلْفِ عَامٍ ، فَلَمَّا سَمِعْتِ الْمَلاَئِكَةُ الْقُرْآنَ قَالَتْ : طُوبَى لأُمَّةٍ يَنْزِلُ هَذَا عَلَيْهَا ، وَطُوبَى لأَجْوَافٍ تَحْمِلُ هَذَا ، وَطُوبَى لأَلْسِنَةٍ تَتَكَلَّمُ بِهَذَا ».
Sesungguhnya Allah Ta’ala membaca
surah Thaaha dan Yaasiin 1000 tahun sebelum diciptakannya Nabi Adam. Tatkala
para Malaikat mendengar al-Quran (yakni kedua surah itu) seraya berkata:
‘Berbahagialah bagi umat yang turun Al-Quran atas mereka, alangkah baiknya
lidah-lidah yang berkata dengan ini (membaca) dan baiklah rongga-rongga yang
membawanya (yang menghafal kedua surah itu).”
Hadith ini diriwayatkan oleh
ad-Darimi (2/456), Ibnu Khuzaimah dalam kitab at-Tauhid (no. 328), Ibnu Hibban
dalam kitab adh-Dhu’afa (1/108), Ibnu Abi ‘Ashim dalam as-Sunnah (no. 607),
al-Baihaqi dalam al-Asma’ wa Sifat (1/365) dan ath-Thabrani dalam al-Mu’jamul Ausaath
(no. 4873).
Darjat : Munkar
Takhrij singkat: Hadith ini
diriwayatkan dari jalan Ibrahim bin Muhajir bin Mismar, ia berkata: “Telah
menceritakan kepada kami ‘Umar bin Hafsh bin Dzakwan dari Maula al-Huraqah.”
Kata Ibnu Khuzaimah: “Namanya ‘Abdur Rahman bin Ya’qub bin al-‘Ala’ bin ‘Abdur
Rahman dari Abu Hurairah, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW…”
Matan hadith ini maudhu . Kata
Ibnu Hibban: “Matan hadith ini palsu dan sanadnya sangat lemah, kerana ada dua
orang rawi yang lemah:
Al-Hafiz Ibnu Katsir
rahimahullahu Ta’ala berkata: “Hadith ini gharib dan munkar, kerana Ibrahim bin
Muhajir dan Syaikhnya (iaitu, ‘Umar bin Hafsh) diperbincangkan (oleh para ulama
hadith).” [Tafsiir Ibnu Katsir (3/156, cetakan Darus Salaam, th. 1413H]
Hadith kedua belas
مَنْسَمِعَ سُوْرَةَ يَسٍ عَدَ لَتْ لَهُ عِشْرِيْنَ دِيْنَارًا فِيْ سَبِيْلِاللهِ وَمَنْ قَرَأَهَاعَدَلَتْ لَهُ عِشْرِيْنَ حَجَّةً وَمَنْ كَتَبَهَاوَشَرِبَهَا أُدْخِلَتْ جَوْفَهُ أَلْفَ يَقِيْنٍ وَأَلْفَ نُوْرٍوَأَلْفَ بَرَكَةٍ وَأَلْفَ رَحْمَةٍ وَأَلْفَ رِزْقٍ وَنُزِعَتْ مِنْهُكُلُّ غِلٍّ وَدَاءٍ.
Barangsiapa mendengar bacaan
surah Yaasiin, ia akan diberi ganjaran 20 Dinar di jalan Allah. Barang siapa
yang membacanya diberi ganjaran kepadanya laksana ganjaran 20 kali melakukan
ibadah Haji. Barang siapa yang menuliskannya kemudian ia meminum airnya maka
akan dimasukkan ke dalam rongga dadanya seribu keyakinan, seribu cahaya, seribu
berkat, seribu rahmat, seribu rezeki, dan dicabut (dihilangkan) segala macam
kesulitan dan penyakit.
Hadith ini diriwayatkan oleh
al-Khatib dari ‘Ali, lalu dia berkata: “Hadith ini Maudhu’.”
Darjat : Maudhu (palsu)
Takhrij singkat: Ibnu ‘Adi
berkata: “Dalam sanadnya ada rawi yang tertuduh memalsukan hadith* iaitu Ahmad
bin Harun. [Mizaanul I’tidal 1/162]
Dalam sanad hadith ini terdapat
Isma’il bin Yahya al-Baghdadi. Shalih bin Muhammad Jazarah berkata: “Ia
(Isma’il) sering memalsukan hadith .” Imam ad-Daruquthni berkata: “Ia seorang
tukang dusta dan matruk.” Imam al-Azdi berkata: “Ia salah seorang tukang dusta
dan tidak halal meriwayatkan dari padanya.”
Rujukan:
Al-Maudhu’at oleh Ibnul Jauzi
(1/246-247), al-Fawaa-idul Majmu’ah fil Ahaaditsil Maudhu’ah no. 942 dan
Mizaanul I’tidal (1/253-254)
Hadith ketiga belas
يَسٍ لِمَا قُرِأَتْ لَهُ
Surah Yaasiin itu boleh memberi
manfaat sesuai tujuan yang dibacakan untuknya.
Darjat : Tidak Ada Asalnya (لا أصل له)
Imam as-Sakhawi berkata: “Hadith
ini tidak ada asalnya.”
Rujukan: Al-Mashnu’ fii
Ma’rifatil Hadithil Maudhu’ oleh ‘Ali al-Qari’ (no. 414 hal. 215-216), ta’liq
Abdul Fattah Abu Ghuddah, al-Maqaashidul Hasanah (no. 1342)
Hadith keempat belas
حَدَّثَنَا عَارِمٌ حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْبَقَرَةُ سَنَامُ الْقُرْآنِ وَذُرْوَتُهُ نَزَلَ مَعَ كُلِّ آيَةٍ مِنْهَا ثَمَانُونَ مَلَكًا وَاسْتُخْرِجَتْ { لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ } مِنْ تَحْتِ الْعَرْشِ فَوُصِلَتْ بِهَا أَوْ فَوُصِلَتْ بِسُورَةِ الْبَقَرَةِ وَيس قَلْبُ الْقُرْآنِ لاَ يَقْرَؤُهَا رَجُلٌ يُرِيدُ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَالدَّارَ الْآخِرَةَ إِلاَّ غُفِرَ لَهُ وَاقْرَءُوهَا عَلَى مَوْتَاكُمْ
Surah Yaasiin itu hatinya Al-Quran,
tidaklah seseorang membacanya kerana mengharapkan keredhaan Allah dan negeri
akhirat (Syurga-Nya), melainkan akan diampuni dosanya. Oleh kerana itu,
bacakanlah surah Yaasiin itu untuk orang-orang yang akan mati di antara kalian.
Hadith ini diriwayatkan oleh
Ahmad (5/26) dan an-Nasa’ie dalam kitab Amalil Yaum wal Lailah (no. 1083).
Darjat: Dhaif
Takhrij singkat: Hadith ini
diriwayatkan dari jalan Mu’tamir, dari ayahnya, dari seseorang, dari ayahnya,
dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata: “Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda…”
Dalam sanad hadith ini terdapat
tiga orang rawi yang majhul (tidak diketahui namanya dan keadaannya). Jadi hadith
ini Dhaif dan tidak boleh dipakai sebagai hujjah.
Rujukan: Fathur Rabbani (7/63)
Hadith kelima belas
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ وَمُحَمَّدُ بْنُ مَكِّيٍّ الْمَرْوَزِيُّ الْمَعْنَى قَالَا حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ وَلَيْسَ بِالنَّهْدِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْرَءُوا يس عَلَى مَوْتَاكُمْ وَهَذَا لَفْظُ ابْنِ الْعَلَاءِ
Bacakanlah surah Yaasiin kepada
orang yang akan mati di antara kalian.
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam
Ahmad (5/26-27), Abu Daud (no. 3121), Ibnu Abi Syaibah, an-Nasa’i dalam Amalil
Yaum wal Lailah (no. 1082), Ibnu Majah (no. 1448), al-Hakim (1/565), al-Baihaqi
(3/383) dan ath-Thayalisi (no. 973).
Darjat : Dhaif
Takhrij singkat: Hadith ini
diriwayatkan dari jalan Sulaiman at-Taimi, dari Abu ‘Utsman (bukan an-Nahdi),
dari ayahnya, dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata: “Telah bersabda Rasulullaah
shallallaahu ‘alaihi wasallaam…”
Hadith ini lemah kerana ada tiga
sebab yang menjadikan hadith ini lemah:
1.Abu ‘Utsman seorang rawi
majhul.
2.Ayahnya juga majhul.
3.Hadith ini mudtharib (goncang)
sanadnya.
Penjelasan para imam ahli hadith
tentang hadith ini:
Tentang Abu ‘Utsman
Kata Imam az-Zahabi: “Abu ‘Utsman
rawi yang tidak dikenal (majhul).”
Kata ‘Ali Ibnul Madini: “Tidak
ada yang meriwayatkan dari Abu ‘Utsman melainkan Sulaiman at-Taimi.” Maksud
Ibnul Madini ialah: bahwa Abu ‘Utsman ini majhul. [Mizaanul I’tidal (4/550),
Tahdziibut Tahdziib (12/182) dan Irwaaul Ghalil fii Takhriiji Ahaadits Manaaris
Sabil (3/151 no. 688)]
Kata Ibnul Mundzir: “Abu ‘Utsman
dan ayahnya bukan orang yang masyhur (tidak dikenal).” [ ‘Aunul Ma’bud (8/390)]
Kata Imam Ibnul Qaththan: “Hadith
ini ada ‘illatnya, serta hadith ini mudtharib (goncang) dan Abu ‘Utsman
majhul.”
Kata Abu Bakar Ibnul ‘Arabi dan
ad-Daruquthni: “Hadith dhaif isnadnya dan majhul, dan tidak ada satu pun hadith
yang sahih dalam bab ini (yakni dalam bab Membacakan Yaasiin untuk Orang yang
Akan Mati).” [at-Talkhisul Habir ma’asy Syarhil Muhadzdzab (5/110), Fat-hur
Rabbani (7/63), Irwaaul Ghaliil (3/151)]
Kata Imam an-Nawawi: “Isnad hadith
ini dhaif, di dalamnya ada dua orang yang majhul (Abu ‘Utsman dan ayahnya).” [al-Adzkaar
hal. 122]
Tentang ayahnya Abu ‘Utsman
Ia ini rawi yang mubham (seorang
rawi yang tidak diketahui namanya). Ia dikatakan majhul oleh para ulama Ahli Hadith,
kerana selain tidak diketahui namanya tetapi juga tidak diketahui biografinya.
Hadith ini Mudhtharib
Hal ini kerana di sebahagian
riwayat yang disebutkan: Dari Abu ‘Utsman, dari ayahnya, dari Ma’qil bin Yasar.
Sedangkan riwayat lain menyebutkan dari Abu ‘Utsman dari Ma’qil bin Yasar tanpa
menyebut dari ayahnya.
Dengan demikian, hadith ini martabatnya
adalah Dhaif dan tidak boleh dipakai sebagai hujjah.
Hadith keenam belas
Diriwayatkan dari Shafwan (ia
berkata):
حَدَّثَنِيالْمَشْيَخَةُ أَنَّهُمْ حَضَرُوْا غُضَيْفَ بْنَ الْحَارِثِالثُّمَالِيَّ حِيْنَ اشْتَدَّ سَوْ قُهُ فَقَالَ هَلْ مِنْكُمْ أَحَدٌيَقْرَأُ يَسٍ قَالَ فَقَرَأَهَا صَالَحُ بْنُ شُرَيْحٍ السَّكُونِيُّفَلَمَّا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ مِنْهَا قُبِضَ قَالَ: فَكَانَالْمَشْيَخَةُ يَقُولُونَ إِذَا قُرِئَتْ عِنْدَ الْمَيِّتِ خُفِّفَعَنْهُ بِهَا، قَالَ صَفْوَانُ: وَقَرَأَهَا عِيْسَى بْنُ الْمُعْتَمِرِعِنْدَا بْنِ مَعْبَدٍ.
Telah berkata kepadaku beberapa
Syaikh bahwasanya mereka hadir ketika Ghudhaif bin Harits mengalami nazak (sakaratul
maut), seraya berkata: ‘Siapakah di antara kalian yang dapat membacakan surah
Yaasiin?’ Lalu Shalih bin Syuraih as-Sakuni membacakannya. Maka, ketika sanpai
pada ayat ke-40, ia (Ghudhaif) wafat. Shafwan berkata: Para Syaikh
berkata:’Bila dibacakan surat Yaasiin di sisi orang yang akan meninggal,
niscaya diringankan bagi si mayyit (keluarnya ruh) dengan sebab bacaan itu.’
Kata Shafwan: ‘Kemudian ‘Isa bin Mu’tamir membacakan surah Yaasiin di sisi Ibnu
Ma’bad.
Darjat : Dhaif
Riwayat ini Maqthu’. Apalagi
riwayat ini juga lemah, kerana beberapa Syaikh yang disebutkan itu majhul,
tidak diketahui nama dan keadaan diri mereka masing-masing.
Jadi riwayat ini lemah (dhaif)
dan tidak boleh dipakai sebagai hujjah.
Rujukan: Irwaa-ul Ghaliil
(3/151-152)
Hadith ketujuh belas
حَدَّثَنَا الْقَاضِيُّ مَحَمَّدٍ بْنِ أَحْمَدِ بْنِ إِبْرَاهِيْمَ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيْمُ بْنُ بَنْدَارٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ أَبِيْ عُمَرَ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَجِيْدِ بْنِ أَبِيْ رَوَادٍ، عَنْ مَرْوَانِ بْنِ سَالِمٍ، عَنْ صَفْوَانٍ بْنِ عَمْرَو، عَنْ شَرِيْحٍ، عَنْ أَبِيْ الدَّرْدَاءِ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « مَا مِنْ مَيِّتٍ يَمُوْتُ فَيَقْرَأُ عِنْدَهُ يس إِلاَّ هَوِّنَ اللهُ عَلَيْهِ »
Tidak ada seorang pun yang akan
mati, lalu dibacakan surah Yaasiin, di sisinya (iaitu ketika ia sedang nazak)
melainkan Allah akan mudahkan (kematian) atasnya.
Hadith ini diriwayatkan oleh Abu
Nu’aim dalam kitab Akhbaru Ashbahan (1/188).
Darjat: Hadith Maudhu (palsu)
Takhrij singkat: Hadith ini
diriwayatkan dari jalan Marwan bin Salim Aljazari, dari Shafwan bin ‘Amr, dari
Syuraih, dari Abu Darda secara marfu’.
Dalam sanad hadith ini ada
seorang rawi yang sering memalsukan hadith, iaitu Marwan bin Salim Aljazari.
Imam Ahmad dan an-Nasa’ie
berkata: “Ia tidak boleh dipercaya.”
Imam Bukhari, Muslim, dan Abu
Hatim berkata: “Ia munkarul hadith.”
Abu Arubah al-Harrani berkata:
“Ia sering memalsukan hadith.”
Rujukan: Mizaanul I’tidal
(4/90-91), Irwaaul Ghaliil (3/152)
Hadith kelapan belas
Yasinan Malam Jumaat
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ )يَس( فِيْ لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ غُفِرَ لَهُ =رواه الأصبهاني= ضَعِيْفٌ جِدًّا
Barangsiapa membaca surah Yasiin
pada malam jumaat diampuni dosanya (HR. Al Ashbahani)
Darjat : Dhaif jiddan (lemah
sekali)
Takhrij singkat: Diriwayatkan
oleh Abu Nu’aim Ahmad bin Abdillah bin Ahmad bin Ishaq Al Ashbahani dalam kitab
Targhib wat Tarhib dari jalur, Zaid bin Huraisy dari Aghlab bin Tamim dari
Ayyub dan Yunus dari Hasan dari Abu Hurairah ra. Cacat hadith ini ada pada
Aghlab bin Tamim. Ibnu Hibban berkata ia adalah mungkarul hadith. Dia meriwayat
dari orang-orang yang terpercaya yang mereka tidak meriwayatkannya.
Hadith kesembilan belas
Baca Yasin di Kuburan
حَدَّثَنَا أَبُوْ مُحَمَّدٍ بْنِ حَيَّانٍ ، حَدَّثَنَا أَبُوْ عَلِيٍّ بْنِ إِبْرَاهِيْمَ ، حَدَّثَنَا أَبُوْ مَسْعُوْدٍ يَزِيْدِ بْنِ خَالِدٍ ، حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ زِيَادِ الْبَقَال الْخُرَاسَانِيِّ بِجَنْدِيْسَابُوْرِ ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمَانِ ، عَنْ هِشَامٍ بْنِ عُرْوَةَ ، عَنْ أَبِيْهِ ، عَنْ عَائِشَةَ ، عَنْ أَبِيْ بَكْرٍ الصِّدِّيْقِ ، رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَنْ زَارَ قَبْرَ وَالِدَيْهِ فِيْ كُلِّ جُمُعَةِ فَقَرَأَ عِنْدَهُمَا، أَوْ عِنْدَهُ يس، غُفِرَ لَهُ بِعَدَدِ كُلِّ آيَةٍ أَوْ حَرْفٍ =رواه ابن عادي وابو نعيم= موضوع
Barangsiapa menziarahi kubur
kedua orang tuanya pada setiap jumaat, lalu ia membaca disampingnya surah
Yasiin, diampuni baginya sejumlah ayat atau huruf (yang ia baca) (HR. Ibnu ‘Adi
dan Abu Nu’aim)
Darjat: Hadith Maudhu (palsu)
Takhrij singkat: Diriwayatkan oleh
Abu Nu’aim dalam kitan Akhbarul Ashbahan dari jalur Abu Mas’ud Yazid bin Khalil
dari Amar bin Ziyad dari Yahya bin Sulaiman Ath Thaifi dari Hisyam bin Urwah
dari ayahnya (Urwah) dari Aisyah dari Abu Bakar ra. Maudhu’nya adalah kerana
Amar bin Ziyad, beliau adalah pemalsu hadith. Ibnu Adi berkata, beliau adalah bathil.
Ibnul Jauzi menyatakan adalah Maudhu’ (palsu).
Demikian takhrij singkat dari
beberapa hadith tentang fadhaail surat Yasin. Jelaslah bahawa hadith-hadith
tentang fadhilah dan keutamaan surah Yasin, semuanya Lemah dan Palsu. Kerana
itu, hadith-hadith tersebut tidak dapat dijadikan hujjah untuk menyatakan
keutamaan surat ini dan surah-surah yang lain, dan tidak boleh pula untuk
menetapkan ganjaran atau penghapusan dosa bagi mereka yang membaca surah ini.
No comments:
Post a Comment