Thursday, 26 August 2021

Hadith-hadith zikir mengunakan jari jemari

 

Dari Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallahu ‘anhuma, beliau menceritakan,

 

رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْقِدُهُنَّ بِيَدِهِ

 

Saya melihat, Rasulullah saw mengira zikir beliau dengan tangannya (HR. Ahmad no. 6498, hasan oleh Syuaib Al-Arnauth).

 

Dari Yusairah radhiyallahu ‘anha, beliau mengatakan, Rasulullah saw berpesan kepada kami (para sahabat wanita),

 

يَا نِسَاءَ الْمُؤْمِنَينَ، عَلَيْكُنَّ بِالتَّهْلِيلِ وَالتَّسْبِيحِ وَالتَّقْدِيسِ، وَلَا تَغْفُلْنَ فَتَنْسَيْنَ الرَّحْمَةَ، وَاعْقِدْنَ بِالْأَنَامِلِ فَإِنَّهُنَّ مَسْئُولَاتٌ مُسْتَنْطَقَاتٌ

 

Wahai para wanita mukminah, kalian harus rajin bertasbih, bertahlil, mensucikan nama Allah. Janganlah kalian lalai, sehingga melupakan rahmat. Kiralah dengan jari-jari kalian, kerana semua jari itu akan ditanya dan diminta untuk bicara (HR. Ahmad no. 27089, Abu Daud no. 1501, Tirmidzi no. 3583, dan sanadnya hasan oleh Syuaib Al-Arnauth dan Al-Albani).

 

 

Ketika menjelaskan hadith di atas Ibn Hajar mengatakan,

 

ومعنى العقد المذكور في الحديث إحصاء العد، وهو اصطلاح للعرب بوضع بعض الأنامل على بعض عُقد الأُنملة الأخرى، فالآحاد والعشرات باليمين، والمئون والآلاف باليسار، والله أعلم

 

Makna kata ‘al-aqd’ (mengira) yang disebutkan dalam hadith [pada kata: وَاعْقِدْنَ] adalah mengira jumlah zikir. Ini merupakan istilah orang arab, yang bentuknya dengan meletakkan salah satu hujung jari pada berbagai ruas jari yang lain. Satuan dan puluhan dengan tangan kanan, sementara ratusan dan ribuan dengan tangan kiri. Allahu a’lam. (Nataij Al-Afkar fi Takhrij Ahadits Al-Adzkar 1/90).

 

Ibnu Alan menjelaskan bahawa cara ‘al-aqd’ (mengira dengan tangan) ada dua:

 

Al-Aqd bil mafashil (mengira dengan ruas jari)

Al-Aqd bil ashabi’ (mengira dengan jari)

 

Beliau mengatakan,

 

والعقد بالمفاصل أن يضع إبهامه في كل ذكر على مفصل، والعقد بالأصابع أن يعقدها ثم يفتحها

 

Al-Aqd bil mafashil (menghitung dengan ruas jari), bentuknya adalah meletakkan hujung ibu jari para setiap ruas, setiap kali membaca dzikir. Sedangkan Al-Aqd bil ashabi’ (mengira dengan jari), bentuknya adalah jari digenggamkan kemudian dibuka satu persatu.

 

Haruskah zikir dengan tangan kanan?

 

Terdapat hadith dari Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallahu ‘anhuma, beliau menceritakan,

 

رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يعقد التسبيح. وزاد محمد بن قدامة -شيخ أبي داود- في روايته لفظ: “بيمينه

 

Saya melihat Rasullullah s.a.w mengira bacaan tasbih dengan tangannya. Sementara dari jalur Muhammad bin Qudamah – gurunya Abu Daud – terdapat tambahan: “dengan tangan kanannya” (HR. Abu Daud no. 1502 sahih Al-Albani)

 

Berdasarkan hadith ini, sebagian ulama menganjurkan untuk mengira zikir dengan jari-jari tangan kanan saja. Hanya saja, sebahagian ulama menilai bahawa tambahan ‘dengan tangan kanannya’ adalah tambahan yang lemah. Sebagaimana keterangan Syaikh Dr. Bakr Abu Zaid. Sehingga dianjurkan untuk menghitung zikir dengan kedua tangan, kanan mahupun kiri.

 

Kesimpulan yang tepat dalam hal ini, zikir dengan tangan kanan hukumnya dianjurkan, meskipun boleh berzikir dengan kedua tangan dibolehkan. Kerana Rasullullah s.a.w suka menggunakan anggota badan yang kanan untuk hal yang baik. Sebagaimana keterangan Aisyah radhiyallahu ‘anha,

 

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ، فِي تَنَعُّلِهِ، وَتَرَجُّلِهِ، وَطُهُورِهِ، وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ

 

Rasullullah saw suka mendahulukan bahagian yang kanan ketika mengenakan sandal, menyikat rambut, bersuci, dan dalam semua urusan beliau.” (HR. Bukhari no. 168).

 

Dan mengira zikir termasuk hal yang baik, sehingga dilakukan dengan tangan kanan, lebih baik.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 139662

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...