Di antara dalilnya adalah
perkataan Hudzaifah Ibnul Yaman Radhiallahu’ anhuma, beliau berkata,
إذا مِتُّ فلا تُؤذِنوا بي؛ إنِّي أخافُ أن يكون نَعْيًا؛ فإنِّي سَمِعْتُ رسولَ الله صلَّى الله عليه وسلَّم يَنْهَى عن النَّعْيِ
Jika aku meninggal, maka
janganlah kalian mengganggu aku (dengan mengumumkan kematianku), kerana aku khuwatir
itu termasuk na’yu. Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
melarang an na’yu” (HR. At Tirmidzi no. 986, Ibnu Majah no. 1476, Ahmad no.
23502, dihasankan al-Albani dalam Sahih Tirmidzi).
Imam at-Tirmidzi rahimahullah
mendefinisikan an na’yu:
والنعي عندهم أن ينادى في الناس أن فلاناً مات ليشهدوا جنازته
An na’yu menurut para ulama
adalah mengumumkan dengan suara yang keras kepada orang-orang bahawa si fulan
telah meninggal dan diajak untuk menghadiri pemakamannya” (Jami’ At-Tirmidzi hal.
239).
Di kalangan Arab jahiliah;
apabila mereka ditimpa musibah kematian, salah seorang dari mereka akan menaiki
kudanya, kemudian berjalan seraya mengumumkan kematian seseorang kepada
khalayak ramai yang dilaluinya. (Tuhfatu al-Ahwadzi, 4/34—35, terkait dengan
hadith Hudzaifah ibnul Yaman radhiallahu anhu di atas)
Dan alasan terlarangnya an na’yu
adalah karena menyerupai perbuatan orang-orang Jahiliyah terdahulu. Sedangkan
Nabi Shallallahu ’alaihi wasallam bersabda,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Barang siapa yang menyerupai
suatu kaum, maka ia bagian dari kaum itu (HR. Abu Daud no. 4033, Ahmad no.
5232, disahihkan Al Albani dalam Irwa’ul Ghalil no. 1269).
Bagaimana bentuk an na’yu yang
dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah terdahulu?
Iaitu an na’yu yang disertai nida’
(seruan dengan suara keras), tanwih (memuji-muji berlebihan), dan tafkhim
(membesar-besarkan nama si mayit). Sebagaimana dijelaskan Ibnu Abidin, ulama
Hanafiyah, beliau rahimahullah berkata,
وكره بعضهم أن ينادى عليه في الأزقة والأسواق لأنه يشبه نعي الجاهلية والأصح أنه لا يكره إذا لم يكن معه تنويه بذكره وتفخيم
Sebagian ulama memakruhkan an
na’yu, jika disertai dengan seruan yang keras di gang-gang dan di pasar-pasar.
Kerana ini menyerupai perbuatan kaum Jahiliyah. Namun yang lebih tepat, an
na’yu tidak dimakruhkan jika tidak disertai tanwih (memuji-muji berlebihan)
terhadap mayit dan tafkhim (membesar-besarkan nama si mayit) (Hasyiah Ibnu
Abidin 2/239).
An Nawawi rahimahullah, ulama
besar Syafi’iyah, mengatakan,
اِسْتِحْبَاب الإِعْلام بِالْمَيِّتِ لا عَلَى صُورَة نَعْي الْجَاهِلِيَّة , بَلْ مُجَرَّد إِعْلَام للصَّلَاة عَلَيْهِ وَتَشْيِيعه وَقَضَاء حَقّه فِي ذَلِكَ , وَاَلَّذِي جَاءَ مِنْ النَّهْي عَنْ النَّعْي لَيْسَ الْمُرَاد بِهِ هَذَا , وَإِنَّمَا الْمُرَاد نَعْي الْجَاهِلِيَّة الْمُشْتَمِل عَلَى ذِكْر الْمَفَاخِر وَغَيْرهَا
Dianjurkan mengumumkan kematian
jika bukan dengan cara kaum Jahiliyah. Namun sekedar mengumumkan agar boleh
menghadiri solat jenazah, memberitahukan info kepada orang lain, dan untuk
menunaikan hak mayit. An na’yu yang dilarang oleh Nabi bukanlah an na’yu dengan
tujuan ini, namun an na’yu ala kaum Jahiliyah yang disertai dengan menyebutkan
pujian-pujian berlebihan terhadap mayit dan menyebutkan perkara lainnya (Syarah
Sahih Muslim 7/21).
Syekh Abdullah bin Jibrin
rahimahullah mengatakan,
لا بأس بنشر الخبر عن وفاة بعض الأشخاص المشهورين بالخير والصلاح ، ليحصل الترحم عليهم والدعاء لهم من المسلمين ، ولكن لا يجوز مدحهم بما ليس فيهم ، فإنَّ ذلك كذب صريح
Tidak mengapa menyebarkan berita
kematian sebahagian orang yang dikenali sebagai orang baik dan shalih. Agar ia
didoakan rahmat oleh kaum Muslimin serta didoakan kebaikan. Akan tetapi, tidak
boleh memuji orang tersebut secara berlebihan dengan sifat-sifat yang tidak ada
pada dirinya, karena ini merupakan bentuk dusta yang nyata” (Fatawa Islamiyah 2/106).
Rujukan
No comments:
Post a Comment