Thursday, 26 August 2021

Hadith memperbanyakkan zikir ketika tidak mampu melakukan 3 perkara

 

Matan hadith

 

من عجز منكُم عن اللَّيلِ أن يُكابِدَه، وبخِلَ بالمالِ أن يُنفِقَه، وجبُنَ عن العدوِّ أن يُجاهِدَه، فليُكْثِرْ ذكرَ اللهِ

 

Terjemahan

 

Barangsiapa di antara kalian lemah beribadah pada malam hari dan tidak mampu menginfakkan hartanya (sedekah sunnah) kerana perasaan kedekut dan tidak mampu berjihad kerana takut, maka perbanyaklah zikir

 

 

Takhrij

 

HR. al-Bazzar dalam Musnadnya no. 4904, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir no. 11121, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 508, daripada Ibnu Abbas ra.

 

al-Bazzar mengisyaratkan kemaqbulan hadith ini.

 

Ibn Qatthan dalam al-Wahm wa al-I' ham 5/333, menilai hadith ini berlegar antara hasan atau sahih.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini sahih lighairih dalam Sahih Targhib no. 1496

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...