Dan berkata oleh pengarang kitab
iaitu al-Faqih Abdullah al-Jarhazi dalam Hasyiyah al-Jarhazi ‘ala Manhaj
al-Qawim hal. 636 :
أَنَّ هذا اليوم يصومُهُ الطُّيورُ
Sesungguhnya hari ini (hari
A'syura) burung-burung berpuasa
أَنَّ أَوَّلَ طائرٍ صامَهُ الصُّردُ
Sesungguhnya seawal-awal burung
yang berpuasa hari Asyura adalah burung Shrike
و شاهدَ بعضُ الصَّالحينَ الوحشَ و الطَّيرَ واقفين عندَ ميتةٍ لَم يَطْعَموها حتَّى
غَرَبَتْ شمسُهُ و ذكرَ نحوَهُ الأَشخرُ في شرح البهجةِ.
Dan telah menyaksikan oleh
sebahagian orang-orang soleh akan binatang buas dan burung berdiri di sisi
bangkai (pada hari ‘Asyura), mereka tidak memakannya sehinggalah tenggelam
matahari (masuk waktu maghrib) . Dan telah menyebut seperti kisah ini oleh
al-Asykhar di dalam kitab 'Syarah al-Bahjah'.”
Takhrij
Hadith berkenaan burung beerpuasa
pada hari Asyura tidak ada yang sahih, dan kesemuanya ditemukan dalam kitab
pengumpulan hadith palsu oleh para imam hadith:
Kasyaful Khafa’ al-Ajuluni 2/555;
Tanzih Syariah al-Kinani 2/156; al-Fawaid Majmuah as-Syaukani 1/97; al-Asrar
Marfuah Mulla Ali al-Qari 1/415; al-La’li al-Maudhuah as-Suyuthi 2/93 dan
Tazkiratul Maudhuat oleh Syeikh Fatani hal. 118 https://dorar.net/fake-hadith/179.
No comments:
Post a Comment