Matan hadith
عن عائشة رضي الله عنها قالت : حجَّ بنا رسول الله صلى الله عليه وسلم حجة الوداع ، فمرَّ بي على عقبة الحجون وهو باكٍ حزين مغتم ، فبكيتُ لبكاء رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم إنه نزل فقال : يا حميراء استمسكي ، فاستند إلى البعير فمكث عني طويلاً ، ثم إنه عاد إليَّ وهو فرح مبتسم ، فقلت له : بأبي أنت وأمي يا رسول الله ، نزلت من عندي وأنت حزين مغتم فبكيت لبكائك ، ثم إنك عدت إليّ وأنت فرح مبتسم ، فعَمَ ذا يا رسول الله ؟ فقال : ذهبت لقبر أمي آمنة فسألت الله أن يحييها فأحياها ، فآمنت بي وردها الله عز وجل
Terjemahan
Dari Aisyah Berkata :
Sesungguhnya rasulullah ﷺ pergi ke
Hujun mu’alla atau ma’ala iaitu kawasan pekuburan di Mekah. dinamakan al-Hujun
kerana dinisbatkan kepada bukit Hujun, dalam keadaan dukacita dan bersedih ,
lalu duduk disana selama masa yang dikehendaki TuhanNya. Kemudian Baginda
kembali dalam kead’an gembira maka aku bertanya : Wahai Rasulullah! Engkau
pergi ke Hujun dalam keadaan dukacita dan bersedih lalu engkau duduk di sana
selama masa yang di kehendaki oleh Allah , kemudian engkau kembali dalam
keadaan gembira. Rasulullah saw bersabda
: Aku meminta kepada allah lalu allah menghidupkan kembali ibu ku , maka dia
beriman dengan ku kemudian Allah mematikan nya semula.
Takhrij
HR. Ibnu Syahin dalam al-Nasikh
wa al-Mansukh, al-Khatib dalam al-Sabiq wa’l-Lahiq sepertimana disebutkan oleh
as-Suyuthi dalam al-Hawi 2/440.
Ibnu Jauzi menilai hadith ini
palsu dalam al-Maudhuat 1/283.
Ibnu Katsir menilai hadith ini
munkar jiddan dalam al-Bidayah wan Nihayah 2/261.
Mulla Ali al-Qari menilai hadith
ini palsu dalam Al-Asrar al-Marfu’ah fi’l Akhbar al-Mauduah hal. 83.
Ibnu Taimiyah menilai hadith ini
palsu dalam Majmu’ al-Fatawa 4/325.
Sebahagian ahli sufi seperti
al-Baijuri dalam Jawharatul Tauhid hal 30, menilai hadith ini sahih dengan
bukan kaedah Musthalah Hadith tetapi berdasarkan ilham dan inspirasi. Hal ini
telah dibantah oleh Ibnu Taimiyah kerana penilaian menggunakan inspirasi ini
tidaklah kurang malah serupa dengan orang Nasrani (al-Jawab al-Sahih 2/92).
Penilaian as-Suyuthi mengatakan
ibu bapa Nabi saw beriman juga telah dibantah oleh kebanyakan ahli ilmu kerana
kedhaifan tersangatan dan palsunya riwayat hadith tersebut (Fatwa Soaljawab
Islam no. 47170).
Berkata Pengarang 'Aun al-Ma'bud:
Semua hadith yang berkenaan penghidupan semula ibu bapa Rasulullah s.a.w. dan
keimanan mereka berdua serta keselamatan mereka kebanyakannya adalah palsu,
bohong lagi direka dan sebahagiannya pula adalah sangat dhaif. Ianya tidak
sahih sama sekali dengan kesepakatan imam-imam hadith ke atas pemalsuannya,
seperti al-Daraqutni, Ibn Shahin, al-Khatib, Ibn 'Asakir, Ibn Nasir, Ibn
al-Jauzi, al-Suhayli, al-Qurtubi, al-Muhib al-Tabari, Fath al-Din bin Sayyid
al-Nas, Ibrahim al-Halibi dan banyak lagi. Al-'Allamah Ibrahim al-Halabi telah
menjelaskan secara terperinci berkenaan ketidak selamatan ibu bapa Nabi s.a.w.
dalam satu risalah khas. Ketepatan pegangan ini disokong oleh hadith sahih ini:
"Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka." Al-Shaykh Jalal
al-Din al-Suyuti telah menyalahi para Huffaz dan para ulama yang teliti di mana
dia telah menetapkan bari ibu bapa Nabi s.a.w. keimanan dan keselamatan dengan
mengarang beberapa risalah berkenaannya, antaranya ialah 'Risalah al-Ta'zim wa
al-Minnah fi anna abaway Rasulillah s.a.w. fi al-Jannah'.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 47170,
70297
No comments:
Post a Comment