Matan hadith
عن عائشة رضى الله تعالى عنها قالت قال رسول الله ما من رجل يزور قبر أخيه ويجلس عنده إلا استأنس به ورد عليه حتى يقوم
Terjemahan
Dari Aisyah ra berkata:
Rasulullah saw bersabda: “Siapa saja yang ziarah kubur saudaranya, kemudian
duduk di sisi kuburnya maka menjadi tenanglah si mayat itu, dan Allah akan
mengembalikan roh saudaranya yang meninggal itu untuk menemaninya sampai
selesai ziarah.
Takhrij
HR. Ibn Abi Duniya dalam al-Qubur
hal. 201 no. 1, juga disebutkan dalam Takhrij Ihya’ al-Iraqi 5/243.
Al-Iraqi berkata dalam sanadnya terdapat
perawi yang majhul iaitu, Abdullah bin Sam’an. Nama lengkapnya Abdullah bin Ziyad
bin Sulaiman bin Sam’an Al-Makhzumi Abu Abdirrahman Al-Madani, seorang yang
matruk, dan bahkan dituduh berdusta (At-Taqriib, hal. 507 no. 3346).
Muhammad Ibni Abdul Hadi dalam
al-Sharimul Manki no. 366 berkata hadith ini sanadnya dhaif jiddan.
Dhaif menurut Syeikh al-Albani
dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4493.
Juga dhaif menurut kajian Fatwa
Soaljawab Islam no. 193505.
Hadith munkar menurut pentahqiq
kitab ar-Ruh hal. 169, Dr. Bassam Ali
Matan hadith
حدثنا محمد بن قدامة الجوهرى حدثنا معن بن عيسى القزاز أخبرنا هشام بن سعد حدثنا زيد بن أسلم عن أبى هريرة رضى الله تعالى عنه قال إذا مر الرجل بقبر أخيه يعرفه فسلم عليه رد عليه السلام وعرفه وإذا مر بقبر لا يعرفه فسلم عليه رد عليه السلام
Terjemahan
Jika seseorang mengunjungi kubur
saudaranya yang dikenalinya, lalu memberi salam kepadanya, melainkan dia
membalas salamnya dan mayit itu mengenalinya juga. Jika dia mengunjungi kubur
seseorang yang tidak dikenali penghuninya, lalu dia memberi salam, niscaya
salamnya akan dijawab (oleh penghuni kubur itu)
Takhrij
AR. Ibnu Qayyim dalam al-Ruh
1/169-170, daripada Abu Hurairah ra.
Berkata Dr Bassam Ali (pentahqiq
kitab ar-Ruh): dhaif kerana perawi dhaifnya Hisham bin Sa`ad menurut Imam Ahmad
dan an-Nasaie (Tahzibu Tahzib, 11/39).
lagipun ia bukan hadith, cuma atsar Abu Hurairah.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 193505
No comments:
Post a Comment