Matan hadith
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم في الصحراء فإذا مناديا يناديه: يا رسول
الله فالتفت فلم ير أحدا ثم التفت فإذا ظبية موثقة فقالت: ادن مني يا رسول الله،
فدنا منها، فقال: حاجتك؟ قالت: إن لي خشفين في ذلك الجبل فحلني حتى أذهب، فأرضعهما
ثم أرجع إليك قال: وتفعلين؟ قالت: عذبني الله بعذاب العشار إن لم أفعل فأطلقها
فذهبت فأرضعت خشفيها ثم رجعت فأوثقها وانتبه الأعرابي فقال: لك حاجة يا رسول الله؟
قال: نعم، تطلق هذه فأطلقها، فخرجت تعدو وهي تقول: أشهد أن لا إله إلا الله وأنك
رسول الله.
Terjemahan
Rasulullah SAW pernah berada di
padang pasir, tiba-tiba Baginda terdengar suara memanggilnya: Wahai Rasulullah
Baginda berpaling ke belakang, namun tidak melihat sesiapa. Apabila Baginda
berpaling semula kehadapan, Baginda dapati seekor kijang yang terikat. Kijang
tersebut berkata: Wahai Rasulullah, mendekatlah kepadaku. Baginda pun
mendekatkan diri kepadanya, lalu bertanya: Apakah kehendakmu? Kijang tersebut
berkata: Aku memiliki dua anak di gunung sana. Bebaskanlah aku agar aku dapat
menyusukan mereka di sana, kemudian aku akan pulang semula. Baginda meminta
kepastian: Kamu akan melakukan hal tersebut? Kijang tersebut bersumpah: Allah
akan mengazabku dengan azab yang pedih jika aku tidak kembali. Baginda pun
melepaskan ikatan tersebut. Kijang tersebut segera menuju ke gunung tersebut
dan menyusukan anaknya. Kemudian ia pulang, dan Baginda mengikatnya semula.
Orang Arab Badwi di situ menyedari hal tersebut, lalu bertanya: Adakah anda
memiliki sebarang hajat, wahai Rasulullah. Baginda menjawab: Ya, bolehkah kamu
membebaskan kijang ini? Arab Badwi segera membebaskannya, dan kijang pun pergi
sambil mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain
Allah, dan kamu adalah utusan Allah.
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu’jam
al-Kabir 23/331 no. 763, daripada Ummu Salamah ra. Juga ditemukan dalam Dalail
Nubuwah al-Baihaqi sepertimana disebutkan dalam Hayatul Hayawan al-Kubra 1/473,
daripada Abi Said al-Khudri ra.
Hadith dhaif menurut
al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 2/28, al-Haithami dalam Majma Zawaid
8/298, as-Suyuthi dalam al-Khashais al-Kubra 2/60, syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif
no. 6737, Syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith al-Daífah
wal-Mawdu‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj hal. 1112-1113, no. 5628.
No comments:
Post a Comment