Tuesday 5 October 2021

Hadith serta hukum merapatkan dan meluruskan saf

 

Hadith 1

 

مَنْ سَدَّ فُرْجَةً رَفَعَ الله بِهَا دَرَجَةً وُبُنِىَ لَهُ بَيْتاً فِي الْجَنَّةِ

 

Barangsiapa yang menutup (memasuki) celah kosong diantara saf, maka Allah akan meninggikan darjatnya dan membangunkan rumah baginya di al Jannah (HR. Ibnu Majah  no. 995, Ahmad no. 24587, ad-Dailami no. 5661, at-Thabarani dalam Mu’jam Al-Ausath no. 5797, daripada Aisyah ra, Syeikh al-Albani dalam Sahih Targhib wat At-Tarhib no. 555 berkata , sahih lighairih)

 

Hadith 2

 

 

 أَقِيمُوا الصُّفُوفَ؛ حَاذُوا بَيْنَ الْمَنَاكِبِ وَسُدُّوا الْخَلَلَ، وَلَا تَذَرُوا فُرُجَاتِ الشَّيَاطِينِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللهُ

 

Luruskanlah saf kalian. Sejajarkanlah pundak-pundak kalian. Tutuplah celah. Janganlah kalian membiarkan ada celah untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah akan menyambung hubungan dengannya dan barangsiapa memutus saf maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya (HR. Abu Daud no. 666, Ahmad no. 5724, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 14113, daripada Katsir bin Murrah ra, disahihkan syeikh al-Albani dan syeikh al-Arnauth).

 

Hadith 3

 

 

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ ؛ فَإنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ مِنْ تَمَامِ الصَّلاَةِ

 

Luruskanlah saf-saf kalian, kerana lurusnya saf termasuk kesempurnaan solat (HR. Bukhari, no. 723 dan Muslim no. 433, daripada Anas bin Malik ra).

 

وَفِي رِوَايَةٍ لِلْبُخَارِي  فَإنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إقَامَةِ الصَّلاَةِ

 

Dalam riwayat Al-Bukhari no. 723 disebutkan, “Kerana lurusnya saf termasuk mendirikan solat.”

 

Hadith 4

 

 

لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ

 

Hendaknya kalian meluruskan saf kalian atau tidak Allah akan membuat wajah kalian berselisih  (HR. Bukhari no. 717 dan Muslim no. 436, daripada An-Nu’man bin Basyir ra).

 

Hadith 5

 

اقيمو صفوفكم وتراصوا, فانيِّ اراكم من وراء ظهري

 

Luruskan saf kalian dan hendaknya kalian saling menempel, kerana aku melihat kalian dari balik punggungku (HR. Al Bukhari no. 719).

 

Dalam riwayat lain, terdapat penjelasan dari perkataan dari Anas bin Malik,

 

كان أحدُنا يَلزَقُ مَنكِبَه بمَنكِبِ صاحبِه، وقدمَه بقدمِه

 

Setiap orang dari kami (para sahabat), merapatkan bahu kami dengan bahu sebelahnya, dan merapatkan kaki kami dengan kaki sebelahnya (HR. Bukhari no. 725).

 

Hadith 6

 

 

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ مَنَاكِبَنَا فِي الصَّلَاةِ، وَيَقُولُ: اسْتَوُوا، وَلَا تَخْتَلِفُوا، فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ

 

Adapun Rasulullah SAW memegang bahu-bahu kami ketika hendak solat sambil berkata: Luruskanlah (saf kamu) dan jangan kamu berselisih sehingga hati kamu juga turut berselisih HR. Muslim no. 432, daripada Ibnu Mas’ud ra).

 

Hadith 7

 

 

خِيَارُكُمْ أَلْيَنُكُمْ مَنَاكِبِ فِي الصَّلاَةِ, وَمَا مِنْ خَطْوَةٍ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ خَطْوَةٍ مَشَاهَا رَجُلٌ إِلَي فُرْجَةٍ فِي الصَّفِّ فَسَدَّهَا

 

Orang yang terbaik di antara kalian adalah orang yang paling lembut bahunya dalam solat. Tak ada suatu langkahpun yang lebih besar pahalanya dibandingkan langkah yang dilangkahkan menuju celah dalam saf, lalu ia menutupinya (HR. At-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 5240, al-Bazzar no. 5922, daripada Ibnu Umar ra,  sahih lighairih menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2533)

 

Hadith 8

 

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ((رَاصُّوا صُفُوفَكُمْ وَقَارِبُوا بَيْنَهَا وَحَاذُوا بِالْأَعْنَاقِ فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ إِنِّي لَأَرَى الشَّيَاطِينَ تَدْخُلُ مِنْ خَلَلِ الصَّفِّ كَأَنَّهَا الْحَذَفُ

 

Rapatkanlah saf-saf kamu, dekatkanlah antara saf-saf, sejajarkanlah leher-leher. Demi (Allah) Yang jiwa Muhammad di tanganNya, sesungguhnya aku melihat syaitan-syaitan masuk dari sela-sela saf seolah-olah seekor anak kambing (HR. An-Nasaie no. 815, Abu Daud no. 667, daripada Anas ra, dinilai sahih oleh syeikh al-Albani).

 

Hadith 9

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّهُ قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَقِيلَ لَهُ مَا أَنْكَرْتَ مِنَّا مُنْذُ يَوْمِ عَهِدْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَنْكَرْتُ شَيْئًا إِلَّا أَنَّكُمْ لَا تُقِيمُونَ الصُّفُوفَ

 

Dari Anas bin Malik, bahawa dia datang ke kota Madinah, lalu dia ditanya, “Apakah yang anda ingkari dari (perbuatan) kami semenjak hari anda mengenal Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ?”. Dia menjawab, “Aku tidak mengingkari sesuatu, kecuali keadaan kamu yang tidak menegakkan saf (HR. Bukhari no. 724).

 

 

Hadith 10

 

عَنْ مَالِكِ بْنِ أَبِيْ عَامِرٍ قَالَ : سَمِعْتُ عُثْمَانَ وَهُوَ يَقُوْلُ اِسْتَوُوْا وَحَاذُوْا بَيْنَ الْمَنَاكِبِ فَإِنَّ مِنْ تَمَامِ الصَّلاَةِ إِقَامَةَ الصَّفِ قَالَ : وَكَانَ لَا يُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيْهِ رِجَالٌ قَدْ وَكَّلَهُمْ بِإِقَامَةِ الصفوف.

 

Dari Malik bin Abi ‘Aamir, dia berkata, “Aku mendengar ‘Utsman mengatakan, “Luruslah! Sejajarkan bahu-bahu, sesungguhnya meluruskan saf termasuk kesempurnaan solat”. Malik bin Abi ‘Aamir berkata, “‘Dahulu, Utsman Radhiyallahu anhu tidak (mulai) bertakbir sampai datang orang-orang yang dia tugaskan untuk meluruskan saf”. (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, 1/387).

 

 

Khilaf ulama tentang hukum merapatkan dan meluruskan saf

 

Imam Muhammad Anwar Syah Al-Kasymiri Al-Hindi (w.1353 H) –rahimahullah- :

 

قال الحافظ: المراد بذلك المبالغة في تعديل الصفِّ وسدِّ خلله. قلتُ: وهو مراده عند الفقهاء الأربعة

 

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata : “Yang diinginkan dengan hal itu penyangatan dalam meluruskan saf dan menutup (mengisi) celah-celahnya (yang masih kosong).” Aku (Al-Kasymiri) berkata : DAN INILAH (MAKNA) YANG DIINGINKAN OLEH PARA IMAM YANG EMPAT.” (Faidhul Bari ‘Ala Shahih Al-Bukhari  2/302).

 

Pendapat ini (menempelkan bahu dan kaki) yang dikuatkan oleh Syaikh Al Albani berdasarkan zahir dari dalil-dalil. Namun sebagian ulama mengatakan maksud dari hadith-hadith ini bukanlah menempel lahiriyah, namun maksudnya agar tidak ada celah. Sehingga tidak harus menempel. Syaikh Ibnu Al Utsaimin mengatakan:

 

ولكن المراد بالتَّراصِّ أن لا يَدَعُوا فُرَجاً للشياطين ، وليس المراد بالتَّراص التَّزاحم ؛ لأن هناك فَرْقاً بين التَّراصِّ والتَّزاحملا يكون بينكم فُرَج تدخل منها الشياطين ؛ لأن الشياطِين يدخلون بين الصُّفوفِ كأولاد الضأن الصِّغارِ ؛ من أجل أن يُشوِّشوا على المصلين صلاتَهم

 

Namun yang dimaksudkan dengan merapatkan adalah hendaknya tidak membiarkan ada celah untuk syaitan. Namun maksudnya rapat yang sangat rapat. Kerana ada perbezaan antara at tarash (merapatkan) dan at tazahum (rapat yang sangat rapat) … maka hendaknya tidak membiarkan ada celah yang boleh membuat syaitan masuk. Kerana syaitan biasa masuk ke saf-saf, berupa anak kambing yang kecil, sehingga boleh membuat solat terganggu (Asy Syarhul Mumthi’, 7/3-13).

 

Dari penjelasan beliau di atas, rapatnya saf tidak harus saling menempel namun sekedar boleh menghalangi anak kambing kecil untuk boleh lalu.

 

 

Tatacara merapatkan dan meluruskan saf

 

Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsamin mengatakan:

 

المعتبر المناكب في أعلى البَدَن ، والأكعُب في أسفل البَدَن

 

Yang menjadi patokan meluruskan saf adalah bahu untuk bahagian atas badan dan mata kaki untuk bahagian bawah badan (Asy Syarhul Mumthi’, 3/7-13).

 

Dalam kesempatan lain, beliau menjelaskan:

 

وهذا بلا شكٍّ وعيدٌ على مَن تَرَكَ التسويةَ ، ولذا ذهب بعضُ أهل العِلم إلى وجوب تسوية الصَّفِّ . واستدلُّوا لذلك : بأمْرِ النبي صلى الله عليه وسلم به ، وتوعُّدِه على مخالفته ، وشيء يأتي الأمرُ به ، ويُتوعَّد على مخالفته لا يمكن أن يُقال : إنه سُنَّة فقط .  ولهذا كان القولُ الرَّاجحُ في هذه المسألة : وجوب تسوية الصَّفِّ ، وأنَّ الجماعة إذا لم يسوُّوا الصَّفَّ فهم آثمون ، وهذا هو ظاهر كلام شيخ الإِسلام ابن تيمية

 

Ini tidak diragukan lagi merupakan ancaman keras bagi orang yang tidak meluruskan saf. Oleh kerana itu sebagian ulama mengatakan bahawa meluruskan saf hukumnya wajib. Mereka berdalil dengan perintah Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dalam hadith ini. Dan beliau mengancam orang yang menyelisihi perintah ini. Maka perkara yang diperintahkan dan diancam pelakunya ketika meninggalkannya, ini tidak mungkin dikatakan hukumnya sunnah saja. Oleh kerana itu pendapat yang rajih dalam masalah ini adalah bahawa meluruskan saf hukumnya wajib. Dan jamaah yang tidak meluruskan saf mereka berdosa. Ini adalah pendapat yang dikuatkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah” (Syarhul Mumthi’, 3/6).

 

Imam Al Karmani mengatakan:

 

الصواب أن يقول فلتكن التسوية واجبة بمقتضى الأمر ولكنها ليست من واجبات الصلاة بحيث أنه إذا تركها فسدت صلاته

 

Yang benar adalah yang mengatakan bahawa meluruskan saf adalah wajib sebagai konsekuensi dari perintah yang ada, tetapi itu bukan termasuk kewajipan-kewajipan solat yang jika ditinggalkan akan merosak solat (‘Umdatul Qari, 8/455)

 

Syekh al-Azhim Abadi dalam ‘Aunul Ma‘bud 2/256 menjelaskan, Imam Ibnu Batthal menganggap bahawa merapatkan saf itu bahagian dari sunnah, bukan suatu kewajiban. Ia beralasan bahawa merapatkan saf itu bentuk dari kesempurnaan solat, bukan bahagian dari syarat sah solat.

 

Menurut Dr. Syauqi Ibrahim Allam, salah satu ulama anggota Lembaga Fatwa Mesir (Darul Ifta al-Mishriyyah), menyatakan bahawa majoriti ulama merapatkan barisan saat solat jamaah itu sunnah. Hanya sebagian ulama yang mewajibkan merapatkan barisan saat solat.

 

Di sisi lain, Ibnu Hazm, Imam Bukhari, Ibnu Taimiyah dan Asy-Syaukani berpendapat hukum meluruskan saf dalam salat itu hukumnya wajib.

 

Namun, Imam Ibnu Hajar menanggapinya dengan mengatakan:

 

وأفرط ابن حزم فجزم بالبطلان

 

Ibnu Hazm telah melampui batas ketika menegaskan batalnya (solat) (Fathul Bari 2/210. Darul Fikr)

 

Berdasarkan hujah dan dalil yang disertakan, didapati bahawa Ilzaq (إلزاق) merupakan Sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dalam mendirikan saf. Iaitu dengan cara merapatkan kaki dan bahu serta meluruskan barisan. Namun ia perlu dilakukan secara berhemah agar ia tidak menyakiti jemaah yang berada di bersebelahan. Kepentingannya adalah merapatkan saf kerana Ibnu Hajar menyatakan bahawa mereka yang memutuskan saf adalah tergolong mereka yang berdosa besar.

 

Inilah pendapat Abu Hanifah, Syafi’I, dan Malik (‘Umdatul Qari, 8/455). Bahkan Imam An Nawawi mengklaim para ulama telah ijma’ atas kesunahannya. Berikut perkataannya:

 

وَقَدْ أَجْمَعَ الْعُلَمَاء عَلَى اِسْتِحْبَاب تَعْدِيل الصُّفُوف وَالتَّرَاصّ فِيهَا

 

Ulama telah ijmak  atas sunnahnya meluruskan saf dan merapatkan saf (Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim 2/384).

 

Apa yang dikatakan Imam An Nawawi ini, didukung oleh Imam Ibnu Baththal dengan perkataannya:

 

تسوية الصفوف من سنة الصلاة عند العلماء

 

Meluruskan Saf merupakan sunnahnya solat menurut para ulama (Ibnu Baththal, Syarah Shahih Bukhari 2/344. Dar Ar Rusyd).

 

 

Hal ini dikutip oleh Imam Al ‘Aini, dari Ibnu Baththal, sebagai berikut:

 

لأن حسن الشيء زيادة على تمامه وأورد عليه رواية من تمام الصلاة

 

Kerana, sesungguhnya membaguskan sesuatu hanyalah tambahan atas kesempurnaannya, dan hal itu telah ditegaskan dalam riwayat tentang kesempurnaan solat (‘Umdatul Qari, 8/462).

 

Riwayat yang dimaksudkan adalah:

 

أقيموا الصف في الصلاة. فإن إقامة الصف من حسن الصلاة

 

Aqimush Saf (tegakkan/luruskan saf) kerana tegaknya saf merupakan di antara pembagusnya solat (HR. Bukhari No. 689. Muslim No. 435)

 

Imam An Nawawi mengatakan, maksud aqimush saf adalah meluruskan menyeimbangkan, dan merapatkan saf. (Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 2/177. Maktabah Misykah)

 

Berkata Al-Qadhi ‘Iyadh tentang hadith ini:

 

دليل على أن تعديل الصفوف غير واجب ، وأنه سنة مستحبة .

 

Hadith ini adalah dalil bahawa meluruskan saf tidak wajib, dia adalah sunnah yang disukai (Al Qadhi ‘Iyadh, Ikmal Al-Mu’allim Syarah Sahih Muslim 2/193. Maktabah Misykah)

 

Demikianlah perselisihan para imam kaum muslimin tentang hukum meluruskan dan merapatkan saf dalam solat.

 

Yang pasti, merapatkan dan meluruskan saf adalah budaya solat pada zaman terbaik Islam. Sehinggakan Umar ra memukul kaki Abu Utsman Al Hindi untuk merapatkan saf. Begitu pula Bilal bin Rabbah telah memukul bahu para sahabat yang tidak rapat. Ini diceritakan oleh Al Hafiz Ibnu Hajar (Fathul Bari, 2/210), dan Imam Al ‘Aini (‘Umdatul Qari, 8/463. Maktabah Misykah).

 

Merapatkan saf ketika wabak

 

Dalam kaedah fiqh disebutkan:

 

الأصل في الأمر الوجوب إلا إذا دلت قرينة على غيره

 

Hukum asal dari perintah adalah wajib, kecuali jika adanya petunjuk yang mengalihkannya kepada selain wajib (Imam Al ‘Aini, ‘Umdah Al Qari, 8/463. Maktabah Misykah)

 

Rujukan

 

https://muslim.or.id/52382-merapatkan-dan-meluruskan-saf-solat-jamaah.html

 

Irsyad al-Hadith no. 353

 

Al-Kafi li al-Fatawi no. 1208

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...