Tuesday 5 October 2021

Kisah Imam Syafie dan anak muridnya Yunus Abdil ‘Ala

 

Matan kisah

 

يروى أن يونس بن عبد اﻷعلى – أحد طلاب اﻹمام الشافعي – اختلف مع اﻹمام محمد بن إدريس الشافعي في مسألة أثناء إلقائه درساً في المسجد . فقام يونس غاضباً وترك الدرس وذهب إلى بيته !!!

 

 

فلما أقبل الليل ، سمع يونس صوتَ طرقٍ على باب منزله !!

فقال يونس: مَنْ بالباب ؟

قال الطارق: محمد بن إدريس

قال يونس: فتفكرتُ في كل مَنْ كان اسمه محمد بن إدريس إلا الشافعي !!! قال: فلما فتحتُ الباب ، فوجئتُ به !!!

 

فقال اﻹمام الشافعي: يا يونس تجمعنا مئاتُ المسائل ، أتُفرّقُنا مسألة ؟ فلا تحاول الانتصار في كل الاختلافات .. فكثيراً ما يكون كسبُ القلوب أوْلى من كسب المواقف ، و لا تهدم جسوراً بنيْتَها و عبرتَ عليها ، فربما تحتاجها للعودة يوماً ما !!!

 

 

حاول دوماً أن تكره الخطأ ، و لا تكرهْ المخطئ ،

كنْ باغضاً للمعصية ، و سامح العاصي ،

انتقد القولَ ، و لكن احترم قائله ،

فمهمّتُنا في الحياة أن نقضي على الأمراض ، لا على المرضى !!!

 

 

فإذا أتاك المعتذر … فاصفح ،

و إنْ جاءك المهمومُ … فأنصتْ له ،

و إنْ قصَدَك المحتاج … فأعطه مما أعطاك الله ،

و إذا أتاك الناصح … فاشكره ،

و حتى لو حصدتَ شوكاً يوماً ما ، فكنْ للورد زارعاً و لا تتردد ، فالجزاء عند الودود الكريم أجزل من جزاء البشر !!!

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan bahawa Yunus bin Abdi Al-‘Ala, berselisih pendapat dengan sang guru, iaitu Al-Imam Muhammad bin Idris As-Syafi’i (Imam Asy Syafi’i) saat beliau mengajar di Masjid. Hal ini membuat Yunus bangkit dan meninggalkan majlis itu dalam keadaan marah..

 

Kala malam menjelang, Yunus mendengar pintu rumahnya diketuk … Ia berkata : “Siapa di pintu..?”

 

Orang yang mengetuk menjawab : “Muhammad bin Idris.”

 

Seketika Yunus berusaha untuk mengingat semua orang yang ia kenal dengan nama itu, hingga ia yakin tidak ada siapapun yang bernama Muhammad bin Idris yang ia kenal, kecuali Imam Asy Syafi’i..

 

Saat ia membuka pintu, ia sangat terkejut dengan kedatangan sang guru besar, iaitu Imam Syafi’i..

 

Imam Syafi’i berkata : “Wahai Yunus, selama ini kita disatukan dalam ratusan masalah, apakah kerana satu masalah saja kita harus berpisah..?

 

Janganlah engkau berusaha untuk menjadi pemenang dalam setiap perbedaan pendapat… Terkadang, meraih hati orang lain itu lebih utama daripada meraih kemenangan atasnya..

 

Jangan pula engkau hancurkan jambatan yang telah kau bangun dan kau lewati di atasnya berulang kali, kerana boleh jadi, kelak satu hari nanti engkau akan memerlukannya kembali..”

 

“Berusahalah dalam hidup ini agar engkau selalu membenci perilaku orang yang salah, tetapi jangan pernah engkau membeci orang yang melakukan kesalahan itu..

 

Engkau harus marah saat melihat kemaksiatan, tapi berlapang dadalah atas para pelaku kemaksiatan..

 

Engkau boleh mengkritik pendapat yang berbeza, namun tetap menghormati terhadap orang yang berbeza pendapat..

 

Kerana tugas kita dalam kehidupan ini adalah menghilangkan penyakit, dan bukan membunuh orang yang sakit..”

 

Maka apabila ada orang yang datang meminta maaf kepadamu, maka segera maafkan…

 

Apabila ada orang yang tertimpa kesedihan, maka dengarkanlah keluhannya…

 

Apabila datang orang yang memerlukan, maka penuhilah keperluannya sesuai dengan apa yang Allah berikan kepadamu..

 

Apabila datang orang yang menasihatimu, maka berterimakasihlah atas nasihat yang ia sampaikan kepadamu..

 

Bahkan seandainya satu hari nanti engkau hanya menuai duri, tetaplah engkau untuk sentiasa menanam bunga mawar…

 

Kerana sesungguhnya balasan yang dijanjikan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Dermawan jauh lebih baik dari balasan apapun yang mampu diberikan oleh manusia..”

 

Takhrij

 

Kisah ini ditemukan Siyar ‘Alam an-Nubala yang dicedok dari Tarikh Ibn Asakir dengan sanad,

Abu al-Hasan Ali bin al-Hassan bin al-Hussein > Abu Abdullah al-Qaddaghi > Abu Abdullah bin Shakir > al- Hasan bin Rashiq >  Muhammad bin Sufyan bin Saeed > Yunus bin Abdil ‘Ala…

 

Kisah ini dusta. Dalam sanad kisah ini terdapat perawi yang pendusta, Muhammad bin Sufyan bin Saed.

 

Kisah ini tidak tsabit dari Imam Syafie kerana terdapat kerendahan gaya Bahasa dalam kisah ini (https://www.alukah.net/sharia/0/122642/).

 

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...