Matan atsar
ورد في الأثر : لا يموتُ فيه ـ أي : يوم الأربعاء ـ منافق ولا كذاب ، وهو
يوم يموت فيه الأبدال
Terjemahan
Tersebut dalam atsar bahawasanya,
sesorang tidak akan meninggal di hari Rabu, orang yang punya sifat kemunafikan,
atau pendusta, sebab dihari itu adalah hari meninggalnya para wali Abdal.
Takhrij
Menurut kajian tim Muhammadiyah
berkenaan hadith-hadith/atsar kelebihan meninggal hari Rabu:
Tidak ditemui asal dalam kitab
muktabar sunnah.
Dalam kaedah hadith disebutkan
bahawa suatu hadith hanya boleh diterima jika ia tidak bertentangan dengan
pokok-pokok ajaran Islam.
إِذَا رَأَيْتَ الْحَدِيْثَ يُبَايِنُ اْلمَعْقُوْلَ أَوْ يُخَالِفُ
الْمَنْقُوْلَ أَوْ يُنَاقِضُ الْأُصُوْلَ فَاعْلَمْ أَنَّهُ مَوْضُوْعٌ
Jika engkau melihat satu hadith
yang bertentangan dengan akal sihat, menyelisihi nas (yang lebih sahih) dan
bertentangan dengan pokok-pokok agama, maka ketahuilah ia adalah hadith yang
palsu (maudhu) (Imam as-Suyuthi dalam Tadribu ar-Rawi 1/277).
Rujukan
Majalah Suara Muhammadiyah no.14,
2010
https://muhammadiyah.or.id/benarkah-meninggal-di-hari-jumat-dan-rabu-memiliki-keutamaan/
No comments:
Post a Comment