Monday, 15 November 2021

Doa Nabi Khidir as dan Nabi Ilyas as

 

Matan hadith

 

عن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: يلتقي الخضر وإلياس كل عام بالموسم بمنى فيحلق كل واحد منهما رأس صاحبه ويتفارقن عن هؤلاء الكلمات: بسم الله ماشاء الله لايسوق الخير إلا الله يسم الله ماشاء الله لايصرف السوء إلا الله بسم الله ماشاء الله ماكان من نعمة فمن الله بسم الله ماشاء الله لاحول ولاقوة إلآ باللة

 

 

Terjemahan

 

Dari Ibnu Abbas ra, bahawasanya Nabi Saw bersabda, “Khidhir dan Ilyas bertemu tiap tahun pada musim haji di Mina, (saat tahallul) mereka saling mencukur kepala satu sama lainnya, kemudian mereka berpisah dengan kalimah,

 

بِسْمِ اللهِ مَا شَاءَ اللهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ ، مَا شَاءَ اللهُ كُلُّ نِعْمَةٍ مِنَ اللهِ ، مَا شَاءَ اللهُ اْلخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدِ اللهِ ، مَا شَاءَ اللهُ لَا يَصْرِفُ السُّوْءَ إِلَّا اللهُ

 

Dengan menyebut nama Allah, segala sesuatu atas kehendak Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Segala sesuatu atas kehendak Allah, segala nikmat dari Allah. Segala sesuatu atas kehendak Allah, segala kebaikan atas kuasa Allah. Segala sesuatu atas kehendak Allah, tak ada yang mampu menghindarkan keburukan kecuali Allah

 

Takhrij

 

HR. ad-Daruquthni sepertimana disebutkan dalam Tarikh Dimasyq 16/427, Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhuafa' 2/328, al-Uqaili dalam Dhuafa' al-Kabir 1/224, Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 1/311, daripada Ibnu Abbas ra, hadith batil.

 

Ad-Daruquthni menilai hadith ini dhaif.

 

Ibnu Jauzi menilai hadith ini batil.

 

Ibnu Adi menilai sanad hadith ini munkar.

 

Didhaifkan oleh al-Uqaili

 

Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam al-Ishabah 1/438, mengatakan bahawa sanad hadith ini bermasalah (wahi jiddan).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...