Matan hadith
جاء رجل مرة فدخل على رسول الله صلى الله عليه و سلم و هو جالس في المسجد
فقال السلام عليكم يا اهل العز الشامخ و الكرم الباذخ فأجلسه النبي صلى الله عليه
و سلم بينه و بين ابي بكر رضي الله عنه فعجب الحاضرون من تقديم رسول الله صلى الله
عليه و سلم له فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم ان جبريل عليه السلام اخبرني نه
يصلي علي صلاة لم يصلها علي احد قبله فقال ابو بكر كيف يصلي يا رسول الله فذكر
رسول الله صلى الله عليه و سلم هذه الصلاة
Terjemahan
Pada suatu waktu datang seorang lelaki kemudian masuk
kepada Rasulullqh shqllallqhu alaihi wasallam dan beliau sedang duduk di dalam
masjid. Orang tersebut berkata : Assalaamu
alaikum wahai pemilik keluhuran yang mulia dan pemilik kemuliaan yang tinggi.
Kemudian Nabi shallallahu alaihi wasallam mendudukkannya di antara beliau dan
Abu Bakar radhiyallahu anhu. Orang orang yang hadir kehairanan dari sikap
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam yang mendahulukan orang itu. Maka
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : bahawa malaikat Jibril alaihis salam memberitahukan
kepadaku bahawa orang itu telah membaca selawat kepadaku dengan bacaan selawat
yang belum pernah dibaca oleh seorangpun sebelumnya. Abu Bakar berkata :
bagaimana bacaan selawatnya, wahai Rasulullah ? kemudian Rasulullah shallallahu
alaihi wasallam menyebutkan selawat ini.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا
مُحَمَّد في الأَوَّلِينَ وَالآخِرِينَ، وَفِي الْمَلأِ الأَعْلَى إِلَى يَوْمِ
الْدِّينِ
Takhrij
HN. As-Sya’rani dalam Kasyful
Ghammah 1/220 tanpa sanad.
Tidak ditemui asal dalam kitab
muktabar Sunnah (Multaqa Ahlil Hadith 59/16).
As-Syah’rani atau dikenali
sebagai Abdul Wahhab b. Ahmad Sharani (898-973/1492-1565) dianggap sebagai
salah satu pendukung terkuat Muhyial-Din Ibn Arabi (560-638/1164-1240). Dia terinspirasi
dengan Ibnu Arabi dan telah menulis buku-buku penting untuk membela Ibnu Arabi,
antaranya adalah Al-Yawaqit wa al-Jawahir, Al-Kibrit al-Ahmar, dan Al-Qawaid al-Kashfiyya.
Beliau terkenal dengan latar belakang Sufinya yang berorientasi syariah, as-Sy’arani
telah beralih ke pandangan Ibnu Arabi dalam karya-karya di atas (https://www.sid.ir/en/journal/ViewPaper.aspx?id=270106).
Rujukan
https://al-maktaba.org/book/31615/29018#p1
https://www.sid.ir/en/journal/ViewPaper.aspx?id=270106
https://www.bilqolam.web.id/2020/03/sejarah-dan-fadilah-sholawat-awwalin.html
No comments:
Post a Comment