Matan hadith
مَنْ صَلَّى بَعْدَ اْلمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ فِيْ لَيْلَةِ اْلجُمُعَةِ
يَقْرَأُ فِيْ كُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهَا بِفَاتِحَةِ اْلكِتَابِ مَرَّةً وَاِذَا
زُلْزِلَتْ خَمْسَ عَشَرَةَ مَرَّةً هَوَّنَ اللهُ عَلَيْهِ سَكَرَاتِ اْلمَوْتِ
وَأَعَاذَهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَيَسَّرَ لَهُ اْلجَوَازَ عَلَى الصِّرَاطِ
يَوْمَ اْلقِيَامَةِ
Terjemahan
Barangsiapa solat setelah Maghrib
dua rakaat pada malam Jumaat dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan surah
idza zulzilat (surah Al-Zalzalah) sebanyak 15 kali dalam setiap rakaat, maka
Allah akan meringankan sakaratul maut kepadanya, melindunginya dari siksa kubur
dan dimudahkan untuk jalan di atas sirath nanti di hari kiamat
Takhrij
HR. al-Asbahani dalam al-Targhib
dan disebutkan oleh al-Munawi dalam Faidhul Qadir 6/218, daripada Ibnu Abbas
ra.
Juga disebutkan oleh as-Suyuthi
dalam Al-Lum’ah fi Khashaishi Yaumil Jum’ah hal. 114
As-Suyuthi dalam al-La'ali
al-Masnu'ah, membawakan penilaian Ibnu Hajar al-Asqalani dalam al-Amaliah, Ibnu
Hajar berkata hadith ini gharib dan sanadnya
dhaif.
Syeikh Thahir al-Hindi dalam
Tazkiratul Maudhuat berkata, hadith
berkenaan isu ini adalah batil, tidak sahih, dan hadith di atas dengan
disebutkan tatacara solatnya, secara
spesifik adalah munkar batil (Al-Diin al-Khalas 6/101-102).
Al-Iraqi dalam Takhrij Ihya'
2/117 menilai hadith ini dhaif munkar.
No comments:
Post a Comment