Monday 15 November 2021

Pengamalan hadith dhaif

 

Berikut ini beberapa perkara, yang mana para ulama besar menggunakan hadith dhaif dan mereka pun mengerti bahawa hadith yang digunakan adalah hadith dhaif:

 

 

Gunakan hadith dhaif jika tidak ada hadith sahih dalam masalah.

 

Dalam hal ini, Al Hafiz Ibnu Hajar menjelaskan metode Imam Abu Daud dimana ia mengeluarkan dalam As Sunan beberapa tingkatan hadith, pertama sahih, kemudian hasan lizatihi, kemudian hasan lighairihi serta dhaif, kemudian Ibnu Hajar berkata,”Dan setiap dari pembagian ini boleh digunakan sebagai hujjah menurutnya (Abu Daud). Sebagaimana dinukil Ibnu Mandah darinya, bahawa ia mengeluarkan hadith dhaif jika ia tidak menemui dalam bab selain darinya. Dan baginya itu lebih kuat daripada ra’yu rijal (pendapat qiyas manusia).”

 

Dan kemudian Al Hafiz Ibnu Hajar Al Asqalani menjelaskan bahawa mengamalkan hadith dhaif adalah mazhab Imam Ahmad bin Hanbal. (An Nukat `Ala Ibnu Shalah 1/345)

 

Amalkan hadith dhaif jika ahlul ilmi menerimanya.

 

Al Hafiz As Sakhawi berkata,”Demikian juga jika ummat menerima hadith dhaif, maka ia diamalkan menurut pendapat sahih. Hingga ia sedarjat dengan hadith mutawatir yang menaskh (nash) qath`i. Oleh kerana itu Asy Syafi’i rahimahullah Ta’ala berkata mengenai hadith “la washiyah li warits”, bahawa para ahlul hadith tidak mensahihkannya, akan tetapi umat menerimanya, dan mereka mengamalkannya sampai mereka menjadikan hadith itu nasikh bagi ayat-ayat washiyat.” (Fath Al Mughits hal. 120-121)

 

Demikian pula Ibnu Al Qayyim berkata mengenai hadith talqin mayyit,”Hadith ini, meski ia tidak tsabit maka terus-menerus pengamalannya di seluruh negeri dan setiap masa tanpa ada pengingkaran, cukup untuk manjadikannya sebagai pijakan amal.” (Ar Ruh hal. 14)

 

 

Hadith mursal diamalkan jika ia dikuatkan dengan pendapat sahabat.

 

Hadith mursal bahagian dari hadith dhaif, dimana ia merupakan hadith yang sanadnya terputus, yakni tatkala tabi’in meriwayatkan hadith langsung dari Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam tanpa menyebutkan sahabat dalam periwayatannya, padahal tabi’in tidak pernah bertemu dengan Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam. Namun mursal diamalkan jika sejalan dengan pendapat sahabat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam. Hal ini merupakan metode Imam Asy Syafi’i dalam menerima hadith mursal. Imam Al Bulqini berkata,”Sekelompok ulama menyampaikan dari Asy Syafi’i rahimahullah, bahawa ia berhujjah dengan mursal jika datang hadith musnad atau hadit yang diriwayatkan secara mursal dari jalan lain, atau ia dikuatkan oleh qiyas, atau perkataan sahabat atau perbuatan sahabat.” (Al Mahasin Al Ishthilah, hal. 138)

 

Namun bagi Imam Ahmad hadith mursal dijadikan hujjah secara mutlak, sebagaimana dinyatakan Ibnu Qayyim Al Jauziyah. (I’lam Al Muwaqqi’in 1/25)

 

Demikian pula yang berlaku bagi Imam Maliki dan mazhabnya, bahawa hadith mursal merupakan hujjah secara mutlak.

 

 

Hadith mursal diamalkan jika, para majoriti ahlul ilmu berfatwa dengannya.

 

Metode ini merupakan metode Imam Asy Syafi’i dalam menerima hadith mursal. Mursal diterima jika majoriti ahlul ilmi berfatwa dengannya. Hal ini disampaikan Imam Asy Syafi’i dalam Ar Risalah. (lihat, Ar Risalah, hal. 463)

 

 

Mengamalkan hadith mursal jika dikuatkan oleh qiyas.

 

Hal ini sebagaimana disampaikan sebelumnya, bahawa Imam Asy Syafi’i menerima hadith mursal jika ia dikuatkan oleh beberapa hal, salah satunya adalah jika ia dikuatkan oleh qiyas. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Al-Bulqini sebelumnya.

 

 

Menggunakan hadith dhaif dalam tafsir.

 

Imam Al-Baihaqi setelah menjelaskan tingkatan darjat hadith yang disepakati kedhaifannya oleh para ulama ahlul hadith, yakni dimana perawinya tidak termasuk yang dituduh sebagai pemalsu hadith, akan tetapi dikenal buruk hafalannya dan banyak kesalahan dalam periwayatannya, atau majhul yang tidak diketahui adalahnya serta syarat-syarat diterimannya khabar darinya, ia berkata,”Maka hadith dalam kategori ini tidak dipakai dalam hukum-hukum sebagimana kesaksiannya ditolak oleh pemerintah. Namun terkadang dipakai (hadithnya-pent) yang mengenai doa-doa, motivasi, ancaman, tafsir dan riwayat peperangan yang tidak berhubungan dengan hukum-hukum.”

 

Imam Al Baihaqi juga menukil dari Yahya bin Sa’d bin Al Qaththan,”Mereka memperlonggar mengambil tafsir dari kaum yang mana mereka tidak menilai bahawa mereka itu tsiqah dalam hadith. (Dalail An Nubuwwah, 1/32-37)

 

 

Menggunakan hadith dhaif untuk fadhail a’mal

Bolehnya menggunakan hadith dhaif untuk fadhail a’mal mrupakan perkara yang disepakati ulama, sebagaimana disebut oleh Imam An Nawawi dalam muqaddimah Al Arbaun-nya, kemudian ditegaskan kembali oleh Ibnu Hajar Al Haitami, Ali Al Qari Al Hanafi, juga Imam Al Laknawi Al Hanafi serta Syeikh Abdullah bin Shiddiq Al Ghumari. Adapun pernyataan bahawa Imam Al Bukhari, Imam Muslim, Yahya bin Ma`in serta Ibnu Al-Arabi menolak hadith dhaif secara mutlak adalah pendapat lemah setelah ditahqiq, kerana para ulama panutan di atas juga menggunakan hadith dhaif dalam hujjah.

 

 

Menggunakan hadith dhaif untuk kehati-hatian (al akhtiyat)

 

Imam An Nawawi berkata,”Adapun hukum-hukum seperti halal dan haram, jula beli, nikah dan talak dan selainnya, maka tidak diamalkan di dalamnya kecuali hadith sahih dan hasan, kecuali dalam rangka kehati-hatian dalam masalah itu, sebagaimana adanya hadith dhaif mengenai makruhnya sejumlah jual beli dan pernikahah, maka mustahab menghindarinya, akan tetapi hal itu tidak wajib (Al-Azkar hal. 5,6)

 

 

Menggunakan hadith dalam targhib wa tarhib

 

Hadith dhaif digunakan para ulama dalam masalah targhib wa tarhib, yakni memotivasi melakukan kebaikan dan menakut-nakuti dalam perbuatan maksiat. Al Khatib meriwayatkan dari Abu Bakr Al Anbari,”Khabar jika sampai kepada kita sedangkan  ia tidak mengharamkan yang halal, atau menghalalkan yang haram, dan tidak mewajibkan hukum namun ia memberi motivasi dan ancaman, atau mengetatkan atau melonggarkan wajib untuk membiarkannya dan mempermudah dalam periwayatannya.” (Al Kifayah hal. 213)

 

Hal inilah yang dilakukan oleh Al Hafiz Zakiyuddin Abdul Azim Al Munziri, dimana beliau mencampurkan dalam At Targhib wa At Tarhib hadith sahih, hasan dan dhaif. Beliau tentu mampu menghindari hadith-hadith dhaif dalam kitabnya, kalau beliau mau, tapi hal itu tidak dilakukan, kerana berjalan dengan metode yang telah digariskan.

 

 

Menggunakan hadith dhaif dalam sirah

 

Penggunaan hadith dhaif dalam sirah adalah perkara yang dilakukan oleh para penulis sirah, termasuk para huffaz hadith, di mana Al-Hafiz Al-Iraqi menyatakan,”Perlu diketahui bagi penuntut ilmu bahawa sirah terkumpul di dalamnya riwayat yang sahih juga yang munkar.” (Alfiyah As Sirah hal. 3)

 

Demikian juga pernyataan An Nur Al-Halabi,”Bukan merupakan rahasia, bahawa sirah terkumpul di dalamnya sahih, saqim, dhaif, mursal, munqathi`, mu’dhal, munkar tanpa maudhu’(As Sirah Al Halabiyah, 1/2).

 

Demikianlah metode yang ditempuh para ulama salaf mahupun khalaf dalam menyikapi hadith dhaif, mereka tidak membuangnya atau menyeru kepada hal itu, bahkan mereka tetap memakainya dalam berbagai hal.

 

Wallahu ta’ala a’la wa a’lam.


Rujukan

 

https://www.hidayatullah.com/kajian/ikhtilaful-ummah/read/2017/06/07/118164/jangan-remehkan-hadits-dhaif.html

 

https://www.hidayatullah.com/kajian/ikhtilaful-ummah/read/2021/09/26/119853/penggunaan-hadits-dhaif-oleh-ulama-salaf-dan-khalaf.html

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...