Monday, 15 November 2021

Syarah hadith penceraian Umaimah bin Nu'man Ibn Syarahil

 

Hadith dimaksudkan:

 

خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى انْطَلَقْنَا إِلَى حَائِطٍ يُقَالُ لَهُ الشَّوْطُ حَتَّى انْتَهَيْنَا إِلَى حَائِطَيْنِ فَجَلَسْنَا بَيْنَهُمَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اجْلِسُوا هَا هُنَا وَدَخَلَ وَقَدْ أُتِيَ بِالْجَوْنِيَّةِ فَأُنْزِلَتْ فِي بَيْتٍ فِي نَخْلٍ فِي بَيْتِ أُمَيْمَةَ بِنْتِ النُّعْمَانِ بْنِ شَرَاحِيلَ وَمَعَهَا دَايَتُهَا حَاضِنَةٌ لَهَا فَلَمَّا دَخَلَ عَلَيْهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ هَبِي نَفْسَكِ لِي قَالَتْ وَهَلْ تَهَبُ الْمَلِكَةُ نَفْسَهَا لِلسُّوقَةِ قَالَ فَأَهْوَى بِيَدِهِ يَضَعُ يَدَهُ عَلَيْهَا لِتَسْكُنَ فَقَالَتْ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ فَقَالَ قَدْ عُذْتِ بِمَعَاذٍ ثُمَّ خَرَجَ عَلَيْنَا فَقَالَ يَا أَبَا أُسَيْدٍ اكْسُهَا رَازِقِيَّتَيْنِ وَأَلْحِقْهَا بِأَهْلِهَا

 

Kami pernah keluar bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam hingga sampai pada suatu dinding yang dinamakan Asy Syauth, kami terus berjalan hingga sampai pada dua dinding dan duduk di antara keduanya. Lalu Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Duduklah kalian di sini." Beliau pun masuk dan ternyata telah didatangkan seorang perempuan Bani Jaun dan ditempatkan di rumah yang ada di kebun kurma yaitu rumahnya Ummayyah binti An-Nu'man bin Syarahil yang saat itu sedang bersama pelayan dan perawatnya. Dan ketika Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam menemuinya, beliau bersabda: "Serahkanlah dirimu untukku." Wanita itu berkata: "Apakah seorang permaisuri akan menyerahkan dirinya kepada seorang rakyat jelata?" Maka Beliau pun menjulurkan tangannya dan hendak menyentuh dan menenangkan, akan tetapi wanita itu berkata: "Aku berlindung kepada Allah darimu." Maka beliau bersabda: "Sesungguhnya kamu telah berlindung dengan Zat Yang Maha Melindungi." Setelah itu, beliau keluar dan berkata: "Wahai Usaid, berilah ia dua helai pakaian dari kapas dan kembalikanlah ia kepada keluarganya." (HR. Bukhari no. 5255).

 

Syarah hadith

 

Aisyah ra. menerangkan bahawa ketika anak perempuan al-Jaun dihadapkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan baginda pun mendekatinya, dia berkata: “Aku berlindung kepada Allah daripadamu.” Maka baginda bersabda kepadanya: “Sesungguhnya kamu telah berlindung dengan Zat yang Maha Agung, kembalilah kepada keluargamu.” [Sahih al-Bukhari no. 5254].

 

Dalam riwayat lain Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mengajaknya bicara, wanita itu justru berkata: "Saya berlindung kepada Allah darimu." Beliau menjawab: "Baiklah, saya juga melindungimu dariku." Setelah itu para sahabat berkata kepadanya, "Tahukah kamu siapakah orang yang mengajakmu bicara tadi?" wanita itu menjawab, "Tidak." Para sahabat berkata: "Orang itu adalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau datang untuk melamarmu." Wanita itu berkata: "Kalau begitu, saya termasuk orang yang tidak beruntung." [Sahih al-Bukhari no. 5263].

 

Dalam sebahagian riwayat diterangkan bahawa wali wanita tersebut (al-Nu’man) memeluk Islam lalu menawarkan kepada Rasulullah untuk menikahinya puterinya yang bernama Umaimah. Rasulullah menerima tawaran tersebut. Namun apabila Rasulullah menghampiri Umaimah, ternyata dia tidak mempersetujui pernikahan tersebut dan berlindung kepada Allah daripada dihampiri oleh Rasulullah. Rasulullah menerima penolakan tersebut dan menyuruhnya kembali ke pangkuan keluarganya.

 

Ulama berbeza pendapat siapakah wanita di dalam hadith tersebut yang diceraikan baginda kepada 7 pendapat, pendapat yang paling kuat beliau adalah Umaimah binti Nu'man Ibn Sharahil.

 

Sebahagian riwayat menunjukkan penceraian itu berlaku sebaik saja selepas sambutan walimah.

 

Apakah maksud wanita tersebut meminta perlindungan dari Allah?

 

1. Beliau tidak mengenali baginda, tetapi ibnu Hajar membantah pendapat ini (Fathul bari 9/358).

 

2. Beliau telah diakalkan oleh para isteri baginda yang lain, isteri baginda yang lain mengajar ucapan tersebut (cara memikat) kepada Umaimah dan membuatkan baginda menyukai perkataan tersebut seperti disebutkan dalam sanad yang lain (Thabaqat Ibn Saad 8/143-148, al-Hakim 4/36, at-Thabari dalam al-Ishabah 3/560). Ketiga-tiga sanad ini menyokong satu sama lain  membuktikkan senario sini mempunyai asas.

 

3. Kerana kesombongan Umaimah kerana berasa dia adalah dari keturunan  raja Arab tidak padan dengan rakyat kebanyakan. Ibnu Hajar membawakan perkataan Ibn Munir yang menjelaskan dalam diri wanita itu masih terdapat sifat jahiliah (Fathul Bari 9/358).

 

Sunnah yang dapat dipelajari di sini ialah, meski pun wali setuju untuk menikahkan puterinya, pernikahan tersebut tetap tertolak jika puterinya tidak setuju dengan pernikahan tersebut.

 

Kedua, sekali pun calon suami ialah seorang yang berkedudukan tinggi, dia tetap tidak boleh menikahi mana-mana wanita secara paksaan (tanpa kerelaannya).

 

Ketiga, ini menggambarkan sifat ketinggian akhlak Nabi saw yang tidak mahu berkahwin dengan wanita yang tidak menginginkannnya, kerana baginda saw tidak mahu menyakiti wanita tersebut dari segi kemampuan fizikal dan kewangan.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 118282

 

http://nihalkhan.com/the-divorces-of-the-prophet-muhammad/

 

https://bit.ly/3mDP2AM

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...