Dalam bab bidadara bagi wanita
syurga yang pernah beberapa kali berkahwin memang ada beberapa hadith, salah
satu yang saya berikan pada mula-mula, riwayat Huzaifah ra:
شِئْتِ أَنْ تَكُوْنِي زَوْجَتِي فِي الْجَنَّةِ فَلاَ تَزَوَّجِي بَعْدِي
فَإِنَّ الْمَرْأَةَ فِي الْجَنَّةِ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا فِي الدُّنْيَا
فَلِذَلِكَ حَرَّمَ اللهُ عَلَى أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَنْ يَنْكِحْنَ بَعْدَهُ لِأَنَّهُنَّ أَزْوَاجَهُ فِي الْجَنَّةِ
Jika kau ingin
menjadi isteriku di syurga maka janganlah engkau menikah lagi setelah aku
meninggal, kerana seorang wanita di syurga akan menjadi isteri bagi suaminya
yang terakhir di dunia. Kerananya Allah mengharamkan isteri-isteri Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk menikah lagi setelah meninggalnya Nabi,
kerana mereka adalah isteri-isteri Nabi di syurga (HR. Baihaqi dalam Sunan
Kubra 7/69 dari Huzaifah ra. Syeikh
al-Arnauth berkata perawi hadith ini tsiqah di dalam Takhrij Siyar A'lam
an-Nubala 2/208. Disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih
no. 1281).
Yang lainnya adalah seperti
berikut dari Anas bin Malik dari Ummu
Salamah dan Ummu Habibah ra. Tapi sayangnya hadith tersebut munkar. Tak boleh
dijadikan sandaran.
قلتُ يا رسولَ اللَّهِ المرأةُ ربَّما تتزوَّجُ الزَّوجينِ والثَّلاثةَ
والأربعةَ ثمَّ تموتُ فتدخلُ الجنَّةَ فيدخلونَ معَها من يَكونُ زوجُها قالَ يا
أمَّ سلمةَ إنَّها تخيَّرُ فتختارُ أحسنَهم خُلقًا فتقولُ يا ربِّ إنَّ هذا كانَ
أحسنَهم خلقًا في الدُّنيا فزوِّجنيهِ يا أمَّ سلمةَ ذَهبَ حُسنُ الخلقِ بخيرِ
الدُّنيا والآخرةِ.
Daripada Ummu Salamah ra, “Saya
berkata, “Wahai Rasulullah, salah seorang wanita di antara kami pernah menikah
dengan dua, tiga, atau empat lelaki lalu meninggal dunia. Dia masuk syurga dan
mereka pun masuk syurga pula. Siapakah di antara lelaki itu yang akan menjadi
suaminya di syurga?” Beliau menjawab, “Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh
memilih, lalu dia pun memilih siapa di antara mereka yang akhlaknya paling
bagus, lalu dia berkata, ‘Wahai Rabb-ku, sesungguhnya lelaki inilah yang paling
baik akhlaknya tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka nikahkanlah aku
dengannya’. Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua
kebaikan, dunia dan akhirat.”
Takhrij
at-Thabarani dalam Mu'jam
al-Kabir 23/367 no. 870, Ibnu Jauzi dalam al-'Ilal Mutanahiyah no. 1077.
Dhaif menurut Imam at-Thabarani,
tidak meriwayatkan hadith ini daripada Hisham bin Hasan melainkan Sulaiman bin
Abi Karimah. Maka 'Amru bin Hisham bersendiri dalam meriwayatkan hadith ini.
Hadith munkar menurut Ibnu Adi
dalam al-Kamil fu Dhuafa' 4/248 dan al-Qaisarani dalam Zakiratul Huffaz 3/1698.
Tidak sahih menurut Ibnu Jauzi.
Dhaif menurut az-Zahabi dalam
Talkhis al-'Ilal Mutanahiyah no. 221. Terdapat perawi yang wahi, 'Amru bin
Hasyim dan perawi dhaif, Sulaimam bin Abi Karimah.
**Hadith dari jalur Anas ra baHawa Ummu Habibah ra
قالت أمُّ حبيبةَ يا رسولَ اللهِ أرأيتَ المرأةَ يكونُ لها زوجان في
الدُّنيا ، فتموتُ ويموتان ، ويدخلون الجنَّةَ لأيُّهما هي تكونُ؟ قال: لأحسنِهما
خُلقًا عندها في الدُّنيا يا أمَّ حبيبةَ ذهب حُسنُ الخُلقِ بخيرَيِ الدُّنيا
والآخرةِ
Dia berkata, Wahai Rasulullah
seorang wanita itu mempunyai dua orang suami di dunia, iaitu suami yang
dinikahinya selepas perkahwinan yang pertama dan kesemua mereka masuk syurga.
Siapakah yang aakan menjadi suaminya di syurga nanti?, Nabi saw menjawab; Suami
yang akan bersamanua adalah yang paling baik akhlaknya.
Takhrij
HR. al-Bazzar dalam Musnadnya no.
6631, al-Uqaili dalam Dhuafa' al-Kabir 2/171, at-Thabarani dalam Mu'jam
al-Kabir 23/222 no. 41.
Dhaif menurut al-Bazzar, hadith
ini tidak diketahui baHawa Humaid meriwayatkannya dari Anas ra.
Dhaif menurut al-Uqaili.
Dhaif menurut al-Mundziri dalam
al-Targhib wa al-Tarhib 3/358.
Sanadnya dhaif menurut al-Iraqi
dalam Takhrij Ihya 3/63.
Dalam sanadnya terdapat perawi
yang matruk, Ubaid bin Ishaq menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 8/26.
Sanadnya parah menurut
al-Dimyathi dalam al-Mutjir al-Rabih no. 269.
Hadith munkar menurut Syeikh
al-Albani dalam Dhaif Targhib no. 1604.
No comments:
Post a Comment