Matan hadith
قامَ أبو بَكرٍ رضيَ اللهُ عنه على المِنبرِ، فقال: قد عَلِمْتُم ما قامَ
بهِ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ فيكُم عامَ أوَّلَ في مِثلِ مَقامي هذا،
ثمَّ بَكَى، ثمَّ أَعادَها، ثمَّ بَكَى، ثمَّ أَعادَها، ثمَّ بَكَى، فقال: إنَّ
النَّاسَ لم يُعْطَوْا في هذِه الدُّنيا شَيئًا أَفضَلَ مِنَ العَفوِ والعافيةِ
Terjemahan
Dari Sayyidina Abu Hurairah
berkata: Suatu hari Abu Bakar berdiri di atas mimbar, lalu berkata: "Sesungguhnya
kalian semua sudah mengetahui apa yang disampaikan oleh Rasulullah pada tahun
pertama dulu. Kemudian beliau menangis, lalu mengulangi lagi ucapannya,
kemudian menangis lagi, dan beliau mengulangi lagi ucapannya tetapi masih juga
tidak dapat menahan tangisnya, lantas beliau berpesan: "Sesungguhnya
manusia itu tidak diberi oleh Allah yang lebih utama di dunia ini melebihi
daripada kemaafan Allah dan 'afiat-Nya, oleh itu mohonlah kalian semua kepada
Allah akan dua perkara ini!."
Takhrij
HR. Tirmidzi no. 3558, an-Nasaie
dalam Sunan Kubra no. 10721, Ahmad no. 49, Ibnu Majah no. 3849, al-Marwazi
dalam Musnad Abu Bakar no. 53.
Hasan gharib menurut Imam
Tirmidzi
Sahih menurut Syeikh al-Albani
Sanadnya hasan menurut al-Arnauth
dalam Takhrij Musnad Abu Bakar no. 53, perawinya tsiqah (terpercaya) kecuali
syaikh kepada penulis kitab iaitu Ahmad bin Umar, bahawa tidak aku
mengenalinya.
No comments:
Post a Comment