Friday, 18 February 2022

Hadith palsu umur malaikat Jibril as

 

Matan hadith

 

(سأل الرسول (صلى الله عليه وسلم) جبريل كم عمرك فقال جبريل لا أعلم ولكن للعمر دلالات فقال النبي (صلى الله عليه وسلم) وما دلالات عمرك فقال جبريل: كوكب يطلع من تحت عرش الرحمن كل سبعين ألف سنة مرة واحدة فرأيته إحدى وسبعين ألف مرة، فقال الحبيب: والذي نفس محمد بيده لقد كنت أنا ذلك الكوكب)

 

Terjemahan

 

Diceritakan baHawa Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril AS; Rasullullah SAW : Ya Jibril, apakah engkau tahu berapa umurmu? Jibril AS : Saya tidak ingat wahai Rasulullah, yang saya ingat, saya telah melihat sebuah bintang yang istimewa yang muncul setiap 700000 tahun sekali, dan saya telah melihat sebanyak 70000 kali. Rasulullah SAW : Ketahuilah, bintang itu adalah "nur" ku.

 

Takhrij

 

Dikatakan ia adalah HR. Ibnu Jauzi dalam Maulidul 'Urusy, daripada Abu Hurairah ra.

 

Juga dinukilkan oleh Nuruddin al-Halabi dalam Sirah al-Halabiyah 1/49, daripada Abu Hurairah dan kitab Sufi Tabri’ah Zimmah hal. 100-101 karangan Muhammad Uthman Abduh al-Burhani.

 

Sheikh Abdullah ibn Muhammad ibn as-Siddiq al-Ghumari dalam Murshid al-Ha’ir hal. 5 menilai hadith ini palsu, malah beliau mencela supaya Allah menghukum pemalsu hadith tersebut (Fatwa Soaljawab Islam no. 241728).

 

Hadith ini palsu bersumber dari sufi yang ghuluw (Fatwa Soaljawab Islam no. 200271, Fatwa Syabakah Islamiyah no. 94555).

 

Malah kitab Maulidul 'Urusy yang dikatakan dikarang oleh Ibnu Jauzi juga adalah satu penisbatan dusta kepada Ibnu Jauzi, kerana di dalam kitab tersebut terdapat penyimpangan syariat yang sangat jelas dan banyak, tidak menggambarkan peribadi dan keilmuan Ibnu Jauzi.

 

إن هذا الكتاب المسمى (مولد العروس) والمنسوب لابن الجوزي مكذوب عليه وفيه كثير من المخالفات الشرعية، ولم تثبت نسبته بطريق صحيح إلى الإمام ابن الجوزي

 

(Syeikh Muhammad Syihatah Saqr dalam al-Mawlid al-Nabawi hal Nahtafil 1/125).

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 200271, 241728.

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 94555

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...