Friday 29 April 2022

Adakah kelebihan meninggal di bulan Ramadhan

 

Tak ada dalil syarie menyatakan kelebihan mati pada bulan Ramadhan, dan yang sahih mati pada hari jumaat

 

Semua hari, semua bulan adalah baik jika dia mati dalam husnul khatimah

 

Mati dalam dia mengerjakan kebaikan dan amal

 

Hadith mati dalam keadaan beramal soleh akan beroleh syurga

 

من قال لا إله إلا الله ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة، ومن صام يوماً ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة، ومن تصدق بصدقة ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة.

 

”Siapa yang mengucapkan Laa ilaha illallah, dan ia mengucapkannya ikhlas hanya mencari keredhaan Allah dan ia mengakhiri  hidupnya dengan itu, maka ia masuk syurga. Siapa berpuasa sehari dan ikhlas kerana Allah, serta menutup akhir hidupnya dengan ibadah itu, maka ia masuk syurga. Siapa bersedekah dengan penuh keikhlasan, dan ia mengakhiri hidupnya dengan ibadah itu, maka ia masuk syurga. (HR. Ahmad no  22173, dinilai Sahih oleh Syeikh al-Albani dalam Ahkamul Janaiz)

 

Syeikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah menjelaskan,

 

وكل حديث ورد في فضل الموت في يوم معين فإنه ليس بصحيح لأن الثواب على الأعمال التي تقع من العبد اختياراً.

 

Hadith – hadith yang menerangkan keutamaan meninggal di hari tertentu tidak ada yang sahih. Kerana pahala seorang bergantung pada amalannya, itulah yang mampu dia usahakan. (http://binothaimeen.net/content/11412)

 

 

Firman Allah SWT:

 

ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Masuklah kamu ke dalam Syurga disebabkan amal kebaikan yang telah kamu kerjakan (QS. al-Nahl:32).

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...