Friday, 29 April 2022

Asal ayat 4 selempang merah

 

 

لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

 

وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ

 

يا إلهنا وإله كل شيء إلهاً واحداً لا إله إلا أنت

 

يا ذا الجلال والإكرام

 

 

Ulasan

 

 

لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

(QS. al-anbia:87)

 

 

وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ

(QS. Yusof:21)

 

 

Yang bawah dua ni adalah doa ismu adzham Asif Barkhiya yang dinukilkan oleh al-Qurthubi dalam Tafsirnya 13/204:

 

يا إلهنا وإله كل شيء إلهاً واحداً لا إله إلا أنت

 

يا ذا الجلال والإكرام

 

Sayangnya pendetailan penyebutan nama Asif bin Barkhiya dalam kitab tafsir adalah bersumberkan riwayat Israiliyat.

 

 

Dan keempat-empat kalimah ini tidak ditemukan dalam kitab-kitab muktabar sunnah disusun sebagai zikir dengan fadhilat kekebalan dan kekuatan supernatural tertentu.

 

Ia ada disebutkan dalam kitab Melayu bertajuk:-

 

Pati Rahsia. Percetakan Ahliyah Sdn Bhd, Kota Bharu

 

 

Terdapat satu kajian oleh penyelidik tempatan berkenaan kitab tersebut.

 

Kesimpulan penyelidik, pengarang menggunakan al-Quran dan hadith serta pengalaman.

 

Apa-apa yang datang dari hadith, beliau tidak menyebutkan matan dan sanad.

 

Maka perlu berhati-hati untuk menyemak semula keabsahan hadith-hadith yang ada dalam kitab tersebut.

 

seperti saya ccakap tadi lah disiplin ilmu dia:-

 

 

Tak semestinya jumpa hadith dalam kitab maka ia automatik sahih dari Nabi saw dan boleh amal.

 

Perlu penyemakan.

 

Sebab itulah disiplin takhrij dan tahqiq ni cemerlang dalam dunia Islam.

 

sebab akan sentiasa bangkit setiap zaman orang orang yang akan memelihara agama Allah ni dari pencemaran, bidaah tokok tambah, dll yang menghilangkan kemurnian agama.

 

Zikir bidaah

 

Kena bezakan:

 

a)       Wirid zikir kita susun sendiri, kita kutip dari sumber yang sahih, kita baca sorang2, x ajar kat orang , sebagai disiplin diri nak memperbanyakkan zikir ini tak ada masalah.

 

 

b)      yang masalah, kita susun ok dah, lepastu kita memandai kata zikir ni fadhilatnya terbang, zikir ni fadhilatnya parang terbang, zikir ni fadhilatnya tak lut peluru dan bom atom, zikir ni boleh terbang diudara, lepastu pergi ajar kat orang, orang percaya, anggap itu sebahagian syariat zikir cara Nabi saw

 

Setakat carian ayat 4 ini, tidak dijumpai lagi disebutkan dalam kitab muktabar...melainkan ia ditemukan disebut-sebut dalam web:

 

·         tenaga kuantum

·         persilatan

·         darul saka

·         inilah jalan sufi

·         rahsia tenaga dalaman dan kuantum hikmah

·         metafizik

·         pusat rawatan

 

Kitab ini juga membuat rujukan daripada kitab-kitab yang bermasalah. Dan kandungannya juga sangat bermasalah. Sebaiknya dijauhkan.

 

Rujukan

 

https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/55/51

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...