Matan hadith
عَنْ جَابِرٍ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى أُمِّ السَّائِبِ أَوْ أُمِّ
الْمُسَيَّبِ فَقَالَ: (مَا لَكِ يَا أُمَّ السَّائِبِ أَوْ يَا أُمَّ
الْمُسَيَّبِ تُزَفْزِفِينَ؟) قَالَتْ: (الْحُمَّى, لَا بَارَكَ اللَّهُ فِيهَا)
فَقَالَ: (لَا تَسُبِّي الْحُمَّى فَإِنَّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ كَمَا
يُذْهِبُ الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيد)
Terjemahan
Diriwayatkan dari Jabir ibn Abdillah radhiyallahu ’anhuma bahawasanya
Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam pernah menjenguk Ummu As-Saaib atau
Ummu Al-Musayyib lalu bertanya, “Wahai Ummu As-Saaib atau Ummu Al-Musayyib,
kenapa kamu menggigil?” Dia menjawab, “(Aku sakit) demam, semoga Allah tidak
memberkahinya.” Lalu beliau bersabda, “Janganlah kamu mencela sakit demam. Kerana
penyakit demam itu menghapus dosa-dosa anak cucu Adam (maksudnya; orang orang
yang beriman –pent) sebagaimana perapian boleh menghilangkan kotoran besi.”
Takhrij
HR. Muslim no. 2575
Syaikh Muhammad bin
Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah berkata,
وعلى المرء إذا أصيب أن يصبر ويحتسب الأجر على الله عز وجل وأخبر أنها تذهب
بالخطايا كما يذهب الكير بخبث الحديد فإن الحديد إذا صهر على النار ذهب خبثه وبقي
صافيا كذلك الحمى تفعل في الإنسان كذلك
Menjadi kewajiban atas seseorang
jika tertimpa (demam) untuk bersabar dan mengharap pahala dari Allah Ta’ala dan
mengabarkan bahawa demam itu mampu menghapus kesalahan (dosa) sebagaimana kiir mampu
membersihkan karat (kotoran) besi. Hal ini kerana jika besi dipanaskan di atas
api, hilanglah karat yang menempel, dan besi itu pun menjadi bersih (mengkilap)
kembali. Demikian pula demam, akan bertindak seperti itu juga bagi diri manusia
(iaitu membersihkan dosa dan kesalahan).” (Syarah Riyadhus Shalihin 1/2049)
No comments:
Post a Comment