Kisah wafatnya Rasulullah
shalallaahu ‘alaihi wa sallam yang sahih
بسم الله الرحمن الرحيم.
Sekitar tiga bulan sepulang
menunaikan haji wada’, beliau shallallaahu ’alaihi wa sallam menderita sakit
yang cukup serius. (Al-Bidaayah wan-Nihaayah, 5/101).
Beliau pertama kali mengeluhkan
sakitnya di rumah Ummul-Mukminin Maimunah radhiyallahu ’anhaa. (Fathul-Bari,
8/129).
Beliau sakit selama 10 hari
(Fathul-Bari, 8/129) dan akhirnya wafat pada hari Isnin tanggal 12
Rabi’ul-Awwal (Fathul-Bari, 8/130) pada usia 63 tahun [Fathul-Bari 8/150].
Dan telah sahih (satu riwayat
yang menyatakan) bahawa sakit beliau tersebut telah dirasakan semenjak tahun
ketujuh setelah peristiwa penaklukan Khaibar, iaitu setelah beliau mencicipi
sepotong daging panggang yang telah dibubuhi racun yang diberikan oleh isteri
Sallaam bin Masykam Al-Yahudiyyah. Walaupun beliau sudah memuntahkannya dan
tidak sampai menelannya, namun pengaruh racun tersebut masih tersisa. [Fathul-Bari,
8/131].
Beliau shallallaahu ’alaihi wa sallam, meminta izin
kepada isteri-isterinya agar diperbolehkan untuk dirawat di rumah ’Aisyah Ummul-Mukminiin. [Fathul-Bari,
8/141].
Ia (’Aisyah) mengusap-usapkankan
tangan beliau pada badan beliau sambil membacakan surat Al-Mu’awwidzatain
(Al-Falaq dan An-Naas). [Fathul-Bari, 8/131].
Ketika beliau shallallaahu
’alaihi wa sallam dalam keadaan kritikal, beliau berkata kepada para sahabat:
هَلُمُّوا أكْتُبْ لَكُمْ كِتابًا لا تَضِلُّوا بَعْدَهُ
”Kemarilah, aku ingin menulis
untuk kalian yang dengan itu kalian tidak akan tersesat setelahnya.”(HR.
Bukhari no. 4432)
Terjadi perselisihan di antara
mereka. Sebhaagian berkeinginan memberikan alat-alat tulis (sebagaimana
permintaan beliau), sebahagian yang lain tidak setuju kerana khuwatir hal itu
justeru akan memberatkan beliau. Ketika akhir-akhir itu, menjadi jelas bahawa
perintah untuk menghadirkan alat tulis itu bukan merupakan hal yang wajib,
namun merupakan sebuah pilihan.
Ketika mendengar ’Umar bin
Al-Khaththab radhiyallaahu ’anhu, mengatakan:
(حسبنا كتاب
الله)
“Kami telah cukup dengan
Kitabullaah.”
Maka, beliau tidak mengulangi
permintaannya tersebut. Seandainya hal itu merupakan satu kewajipan, tentu
beliau akan menyampaikannya dalam bentuk pesan.
Sebagaimana pada saat itu beliau
berpesan secara langsung kepada mereka agar mengeluarkan orang-orang musyrik
dari Jazirah ’Arab dan agar
memuliakan rombongan delegasi yang datang ke Madinah. [Fathul-Bari, 8/132].
Beliau shallallaahu ’alaihi wa
sallam, memanggil Fathimah radhiyallaahu ’anha yang kemudian membisikinya yang
dengan itu kemudian Fathimah menangis. Beliau memanggil kembali dan
membisikinya yang dengan itu kemudian Fathimah tersenyum.
Setelah wafat, Fathimah
menjelaskan bahawa ia menangis kerana dibisiki bahawa beliau akan wafat, dan ia
tersenyum kerana dibisiki bahawa ia merupakan anggota keluarganya yang pertama
yang akan menyusul beliau. [Fathul-Bari, 1/208].
Dan salah satu tanda nubuwwah
tersebut akhirnya terbukti. Sakit yang beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam
derita semakin bertambah berat sehingga beliau tidak sanggup keluar untuk solat
bersama para sahabat.
Beliau shallallaahu ’alaihi wa
sallam, bersabda:
مروا أبا بكر فليصل بالناس
”Suruhlah ‘Abu Bakar agar solat
mengimami manusia.”(HR. Bukhari no. 613)
’Aisyah berusaha agar beliau
shallallaahu ’alaihi wa sallam menunjuk orang lain saja kerana khawatir
orang-orang akan berprasangka yang bukan-bukan kepada ayahnya (‘Abu Bakar).
’Aisyah radhiyallaahu ‘anha,
berkata:
إن أبا بكر رجل رقيق ضعيف الصوت كثير البكاء إذا قرأ
القرآن
”Sesungguhnya ‘Abu Bakr itu
seorang laki-laki yang fisiknya lemah, suaranya pelan, mudah menangis ketika
membaca Al-Qur’an.” (Sirah Ibni Hisyam, 4/330 dengan sanad sahih, (HR. Bukhari
no. 613)).
Namun beliau tetap berkeras
dengan perintahnya tersebut. Akhirnya ‘Abu Bakar maju menjadi imam shalat bagi
para shahabat. (Al-Bidaayah wan-Nihaayah oleh Ibnu Katsir, 5/232-233).
Pada satu hari, Nabi shallallaahu
’alaihi wa sallam keluar dengan dipapah oleh Ibnu ’Abbas dan ’Ali radhiyallaahu
’anhuma untuk shalat bersama para sahabat, dan kemudian beliau berkhutbah.
Beliau memuji-muji serta
menjelaskan keutamaan ‘Abu Bakar radhiyallaahu ’anhu dalam khutbahnya tersebut, dimana ia (‘Abu Bakar) disuruh memilih
oleh Allah antara dunia dan akhirat, namun ia memilih akhirat. [Fathul-Bari
8/141].
Khutbah terakhir yang beliau
sampaikan tersebut adalah 5 hari sebelum wafat beliau.
Beliau, berkata di dalamnya:
إن عبدًا عرضت عليه الدنيا وزينتها فاختار الآخرة
”Sesungguhnya ada seorang hamba
yang ditawari dunia dan perhiasannya, namun justru ia memilih akhirat.”(HR.
Ibnu Hibban no. 6593, Ahmad no. 11863, sanandnya sahih menurut Syeikh
al-Arnauth)
‘Abu Bakar paham bahawa yang
dimaksudkan adalah dirinya. Ia pun menangis. Melihat hal tersebut, orang-orang
merasa hairan kerana mereka tidak faham apa yang dirasakan oleh ‘Abu Bakar.[Fathur-Rabbani,
21/222].
Rasulullah shallallaahu ’alaihi
wa sallam, membuka tabir kamar ’Aisyah pada waktu solat Subuh, hari dimana
beliau wafat. Dan, kemudian beliau memandang kepada para sahabat yang sedang
berada pada saf-saf solat. Kemudian beliau tersenyum dan tertawa kecil
seakan-akan sedang bersama kepada mereka.
Para sahabat merasa sangat
gembira dengan keluarnya beliau tersebut. ‘Abu Bakar pun mundur kerana mengira bahawa
Rasulullah shallallaahu ’alaihi wa sallam ingin solat bersama mereka. Namun
beliau memberikan isyarat kepada mereka dengan tangannya agar menyelesaikan solat
mereka.
Beliau kemudian kembali masuk kamar
sambil menutup tabir. Fatimah masuk menemui beliau shallallaahu ’alaihi wa
sallam, dan berkata: ”Alangkah berat penderitaan ayah.” Maka, beliau menjawab:
ليس على أبيك كرب بعد اليوم
”Setelah hari ini, tidak akan ada
lagi penderitaan.” [Fathul-Bari, 8/149].
Usamah bin Zaid masuk, dan beliau
memanggilnya dengan isyarat. Beliau sudah tidak sanggup lagi berbicara dikeranakan
sakitnya yang semakin berat. (Sirah Ibnu Hisyam, 4/329 dengan sanad sahih).
Pada saat-saat menjelang ajal,
beliau bersandar di dada ’Aisyah. ’Aisyah mengambil siwak pemberian dari
saudaranya yang bernama ’Abdurrahmaan. Ia (‘Aisyah) lalu menggigit siwak
tersebut dengan giginya dan kemudian memberikannya kepada beliau shallallaahu
’alaihi wa sallam. Beliaupun lantas bersiwak dengannya. [Fathul-Bari, 8/139].
Rasulullah shallallaahu ’alaihi
wa sallam, kemudian memasukkan tangannya ke dalam bekas yang berisi air dan
membasuh mukanya.
Beliau pun, bersabda: :
لا إله إلا الله إن للموت سكرات
”Tidak ada tuhan yang berhak
disembah selain Allah. Sesungguhnya pada setiap kematian itu ada saat-saat sakarat.”
[Fathul-Bari, 8/144].
Dan ’Aisyah radhiyallaahu ‘anha,
samar-samar masih sempat mendengar sabda beliau:
مع الذين أنعم الله عليهم
”Bersama orang-orang yang
dikaruniai nikmat oleh Allah.” [Fathul-Bari, 8/136].
Lalu, beliau pun berdoa:
اللهم في الرفيق الأعلى
”Ya Allah, pertemukan aku dengan
Ar-Rafiqul-A’la (Allah).”
’Aisyah radhiyallaahu ‘anha
mengetahui bahawasannya beliau pada saat itu disuruh memilih, dan beliau pun
memilih Ar-Rafiqul-A’la (Allah). [Fathul-Bari, 8/136); dan Sirah Ibnu Hisyam,
4/329 dengan sanad sahih].
والله تعالى أعلم بالصواب.
No comments:
Post a Comment