Thursday 2 June 2022

Hadith bertakbir ketika bencana

 

Matan hadith

 

إذا وقعت كبيرة، أو هاجت ريح مظلمة، فعليكم بالتكبير، فإنه يجلي العجاج

 

Terjemahan

 

Daripada Jabir RA, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah RA: “Apabila terjadi sesuatu yang besar, atau bertiup angin ribut yang gelap, maka hendaklah kamu bertakbir, kerana takbir akan menghilangkan asap yang hitam

 

Takhrij

 

HR. Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 1947, Ibnu Adi dalam al-Kamil 6/204

 

Sanad hadith ini dhaif menurut al-Bushiri dalam Ithaf alKhiyarah 6/436.

 

Malah palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2256

 

Terdapat juga riwayat dari Anas bin Malik ra yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dalam Amal al-Yau, wa al-Lailah no. 284, Ibnu Adi dalam al-Kamil 5/262. Ibn al-Qaisarani dalam Zakirah Huffaz 1/370 mengatakan dalam sanadnya terdapat perawi yang munkarul hadith, hadithnya tidak boleh dipegang iaitu Muhammad bin Zadzan.

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...