Thursday, 2 June 2022

Hadith larangan mendedahkan aurat di tempat awam

 

Matan hadith

 

إذا كان آخر الزمان حرم فيه دخول الحمام على ذكور أمتي بمآزرها". قالوا: يا رسول الله، لم ذاك؟ قال: "لأنهم يدخلون على قوم عراة، ويدخل عليهم أقوام عراة، ألا وقد لعن الله الناظر والمنظور إليه

 

Terjemahan

 

Rasulullah Saw. bersabda, "Apabila tiba akhir zaman, maka diharamkan pada masa itu orang laki-laki dari umatku masuk ke dalam kamar mandi." Mereka (para sahabat) bertanya, Wahai Rasulullah, mengapa demikian?." Beliau menjawab, "Kerana sesungguhnya mereka itu termasuk kaum yang telanjang. Ketahuilah, Allah mengutuk orang yang melihat dan orang yang dilihat padanya.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Asakir seperti mana dinukilkan dalam Kanzul Ummal 9/392, az-Zawajir Ibnu Hajar no. 250, daripada az-Zuhri secara mursal.

 

Juga disebutkan oleh Ibnu Manzhur dalam Mukhtasar Tarikhnya pada biografi Jabrun bin Abdul Jabbar al-Waqid.

 

Hadith ini tersangat gharib melalui az-Zuhri, dan jika sahih sanadnya ia melalui Jabrun bin Abdul Jabbar al-Waqid, dan menurut az-Zahabi dia adalah munkarul hadith, dan tertuduh sebagai seorang pendusta.

 

Rujukan

 

https://www.alukah.net/sharia/0/47467/حديث-لعن-الله-الناظر-والمنظور-إليه/

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...