Thursday 2 June 2022

Hadith orang mati menjawab salam

 

Matan hadith

 

ﻣَﺎ ﻣﻦ ﻣُﺴﻠﻢ ﻳﻤﺮ ﻋﻠﻰ ﻗﺒﺮ أَخِيْهِ ﻓِﻲ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻓَﻴﺴﻠﻢ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺇِﻟَّﺎ ﺭﺩ ﺍﻟﻠﻪ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺭﻭﺣﻪ ﺣَﺘَّﻰ ﻳﺮﺩ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﺴَّﻠَﺎﻡ

 

Terjemahan

 

Tidaklah seorang Muslim melewati kuburan saudaranya di dunia, lalu mengucapkan salam kepadanya, kecuali Allah akan mengembalikan ruhnya, hingga si mayit boleh membalas salamnya

 

Takhrij

 

HN. Ibnu Jauzi dalam ar-Ruh hal. 7, dinukilkan dari Ibnu Abdil Bar, hadith ini juga diriwayatkan oleh Ibn Abdil Bar dalam Al-Istidzkar 1/184.

 

Riwayat ini disahihkan Ibnul-Qayyim dalam Badaa’iul-Fawaaid 2/173-174.

 

Ibnu Rajab rahimahullah berkata :

 

خرجه ابن عبد البر وقال عبد الحق الإشبيلي: إسناده صحيح يشير إلى أن رواته كلهم ثقات وهو كذلك إلا أنه غريب بل منكر.

 

Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abdil-Barr, dan berkata ‘Abdul-Haqq Al-Isybili : ‘Sanadnya sahih’, mengisyaratkan bahawa seluruh perawinya tsiqah. Dan memang seperti itulah keadaannya, kecuali hadith tersebut gharib, bahkan munkar [Ahwaalul-Qubuur, hal. 85-86].

 

Tashhih Ibnu Qayyim –berikut Al-Isybili – ini perlu ditinjau kembali. Ada perselisihan dalam periwayatan dari Ar-Rabii’ bin Sulaiman dari Bisyr bin Bakr.

 

Terdapat juga riwayat dari al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, 6/137, Tamam Ar-Razi Al-Fawaid, 2/122 no. 515, Ibnu Abid-Dun-yaa dalam Al-Qubuur hal. 202 no. 2

 

Asy-Syaikh Ishaumuddin (pentahqiq kitab ar-Ruh) mengoreksi status hadith diatas :

Hadithnya dikeluarkan oleh al-Baghdadi dalam Tarikhnya 6/3175) dan ad-Dailami dalam Firdaus al-Akhbar dengan catatan kakinya 4/6440), keduanya meriwayatkan dari jalan Abdur Rahman bin Zaid bin Aslam dari Bapanya dari ‘Atha` bin Yasar dari Abi Hurairah radhiyallahu anhu secara marfu’.

 

Sanad ini dhaif, kerana kedhaifan Abdur Rahman bin Zaid bin Aslam, kerana kebanyakan ulama memdhaifkannya. Ibnul Jauzi berkata : “para ulama sepakat mendhaifkannya”…. (Tahdzibut-Tahdzib 6/177-179 no. 361).

 

Diriwayatkan pula secara mauquf dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu :

 

حدثنا محمد بن قدامة الجوهري : حدثنا معن بن عيسى القزاز : أخبرنا هشام بن سعد : حدثنا زيد بن أسلم، عن أبي هريرة رضي الله تعالى عنه قال : إذا مرَّ الرجل بقبر أخيه يعرفه، فسلم عليه، رد عليه السلام، وعرفه، وإذا مر بقبر لا يعرفه فسلم عليه رد عليه السلام

 

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Qudamah Al-Jauhary : Telah menceritakan kepada kami Ma’n bin ‘Iisaa Al-Qazaz : Telah mengkhabarkan kepada kami Hisyam bin Sa’d : Telah menceritakan kepada kami Zaid bin Aslam, dari Abu Hurairah radliyallaahu ta’ala ‘anhu, ia berkata : “Apabila seseorang melewati kuburan saudaranya yang ia kenal, lalu memberi salam kepadanya, nescaya ia (yang telah mati) menjawab salamnya dan mengenalinya. Dan apabila ia melewati kubur yang tidak dikenalnya lalu memberi salam kepadanya, niscaya ia (yang mati) menjawab salamnya” [Diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dun-yaa dalam Al-Qubur hal. 202 no. 2].

 

Riwayat ini lemah kerana Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari [Taqribut-Tahdzib, hal. 890 no. 6274]. Begitu juga dengan Hisyam bin Sa’d Al-Madani [Tahrirut-Taqrib, 4/39 no. 7294].

 

Ada riwayat lain yang dikatakan dapat menguatkan riwayat di atas :

 

حدثنا محمد بن عون : حدثنا يحيى بن يمان، عن عبد الله بن سمعان، عن زيد بن أسلم، عن عائشة رضي الله تعالى عنها، قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ما من رجل يزور قبر أخيه، ويجلس عنده إلا استأنس به، ورد عليه، حتى يقوم

 

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Aun : Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yamaan, dari ‘Abdullah bin Sam’an, dari Zaid bin Aslam, dari ‘Aaisyah radliyallaahu ta’ala ‘anha, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam : “Tidaklah ada seseorang yang berziarah ke kuburan saudaranya dan duduk di sampingnya, kecuali ia dapat mendengarkannya dan menjawabnya hingga ia pergi” [Diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dun-yaa dalam Al-Qubuur, hal. 201 no. 1].

 

Namun riwayat ini tidak diterima karena sangat lemah. ‘Abdullah bin Sam’an, nama lengkapnya adalah ‘Abdullah bin Ziyad bin Sulaiman bin Sam’an Al-Makhuumi Abu ‘Abdirrahman Al-Madani; seorang yang matruk, dan bahkan dituduh berdusta [At-Taqrib, hal. 507 no. 3346].

 

Imam Ibnu Abdil Barr mendatangkan sanad lainnya dalam kitabnya al-Istidzkar :

 

ﺃﺧْﺒَﺮَﻧَﺎ ﺃَﺑُﻮ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻋُﺒَﻴْﺪُ ﺑْﻦُ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻗِﺮَﺍﺀَﺓً ﻣِﻨِّﻲ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺳَﻨَﺔَ ﺗِﺴْﻌِﻴﻦَ ﻭَﺛَﻠَﺎﺛِﻤِﺎﺋَﺔ ٍ ﻓِﻲ ﺭَﺑِﻴﻊٍ ﺍﻟْﺄَﻭَّﻝِ ﻗَﺎﻝَ ﺃَﻣْﻠَﺖْ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ ﻓَﺎﻃِﻤَﺔُ ﺑِﻨْﺖُ ﺍﻟﺮَّﻳَّﺎﻥِ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻤْﻠِﻲّ ِ ﻓِﻲ ﺩَﺍﺭِﻫَﺎ ﺑِﻤِﺼْﺮَ ﻓﻲ ﺷﻮﺍﻝ ﺳﻨﺔ ﺍﺛﻨﺘﻴﻦ ﻭﺃﺭﺑﻌﻴﻦ ﻭﺛﻼﺙ ﻣﺌﺔ ﻗَﺎﻟَﺖْ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺍﻟﺮَّﺑِﻴﻊُ ﺑْﻦُ ﺳُﻠَﻴْﻤَﺎﻥَ ﺍﻟْﻤُﺆَﺫِّﻥُ ﺻَﺎﺣِﺐُ ﺍﻟﺸَّﺎﻓِﻌِﻲِّ ﻗَﺎﻝَ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺑِﺸْﺮُ ﺑْﻦُ ﺑُﻜَﻴْﺮٍ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﺄَﻭْﺯَﺍﻋِﻲِّ ﻋَﻦْ ﻋَﻄَﺎﺀٍ ﻋَﻦْ ﻋُﺒَﻴْﺪِ ﺑْﻦِ ﻋُﻤَﻴْﺮٍ ﻋَﻦْ ﺍﺑﻦ ﻋَﺒَّﺎﺱٍ ﻗَﺎﻝَ : ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ _ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ _ : ” ﻣَﺎ ﻣِﻦْ ﺃَﺣَﺪٍ ﻣَﺮَّ ﺑِﻘَﺒْﺮِ ﺃَﺧِﻴﻪِ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻦِ ﻛَﺎﻥَ ﻳَﻌْﺮِﻓُﻪُ ﻓِﻲ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻓَﺴَﻠَّﻢَ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺇِﻟَّﺎ ﻋَﺮَﻓَﻪُ ﻭَﺭَﺩَّ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﺴَّﻠَﺎﻡَ

 

Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Abdillah Ubaidillqh bin Muhammad secara qiraah kepadaku pada Rabi’ul Awwal tahun 390 H ia berkata, telah mengimlakkan kepada kami Fathimah binti ar-Rayyan al-Mustamli di rumahnya di Mesir pada Syawal tahun 342 H ia berkata, telah menceritakan kepada kami ar-Rabi’ bin Sulaiman -tukang azan, muridnya Imam Syafi’i- ia berkata, telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Bukair dari al-Auza`ie dari ‘Athaa` dari Ubaid bin Umair dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhu beliau berkata, Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam bersabda :Tidaklah seorang Muslim melewati kuburan saudaranya yang mukmin yang ia kenal di dunia, lalu mengucapkan salam kepadanya, kecuali si mayit mengenalinya lalu membalas salamnya.

 

Al-Imam al-Albani rahimahullah dalam kitabnya Silsilah Hadith Dhaif 9/475 mengomentari sanad yang dibawakan oleh Imam ibnu Abdil Bar diatas :

 

Sanad ini gharib (aneh), ar-Rabii’ bin Sulaiman dan para perawi diatasnya adalah para perawi tsiqah dan terkenal yang biografinya terdapat dalam kitab “at-Tahdziib”.

 

Adapun perawi dibawahnya maka aku tidak mengetahuinya, tidak gurunya Ibnu Abdil barr mahupun Fatimah binti ar-Rayyaan. Ku duga ia menyendiri dalam meriwayatkannya, bahkan syadz dalam meriwayatkan dari ar-Rabii’ bin Sulaiman dengan sanad yang sahih sampai kepada Ibnu Abbas.

 

Yang “mahfuz” (lawan dari syadz) adalah seperti pada sanad yang pertama, demikianlah yang diriwayatkan oleh al-Hafiz yang tsiqah Abul Abbas al-Asham yang telah berlalu penyebutannya, beliau berkata :

 

ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺍﻟﺮﺑﻴﻊ ﺑﻦ ﺳﻠﻴﻤﺎﻥ : ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺑﺸﺮ ﺑﻦ ﺑﻜﺮ ، ﻋﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺑﻦ ﺯﻳﺪ ﺑﺈﺳﻨﺎﺩﻩ ﺍﻟﻤﺘﻘﺪﻡ ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﻫﺮﻳﺮﺓ

 

Telah menceritakan kepada kami ar-Rabii’ bin Sulaiman, telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Bakr, dari Abdie Rahman bin Zaid dengan sanad yang lalu dari Abi Hurairah radhiyallahu anhu”.

 

Demikian sanadnya secara sempurna dari dua jalan yang berbeda dari ar-Rabii’ juga.

 

Berdasarkan penelitian ini jelaslah bahawa pendapat Abdul Haq al-Isybiili dalam Ahkamnya 1/80 : sanadnya sahih. Ini adalah penilaian yang tidak benar, sekalipun diikuti juga oleh al-‘Iraqi dalam Takhrij al-Ihya 4/419 – Halabi dan disepakati juga oleh al-Munawi.

 

Adapun al-Hafiz ibnu Rajab al-Hanbali telah membantahnya dalam kitabnya Ahwal al-Qubur 2/83 : ia mengisyaratkan bahawa para perawinya tsiqah dan seperti itu, namun sebenarnya gharib (aneh) bahkan mungkar”. -selesai-.

 

Bahkan yang menarik dengan penilaiannya yang tajam al-‘Alamah bin baz rahimahullah ketika ditanya hadith diatas beliau menjawab :

 

ﺣﺪﻳﺚ ﻓﻴﻪ ﻧﻈﺮ، ﺫﻛﺮﻩ ﺍﺑﻦُ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﺒﺮ ﺭﺣﻤﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﻗﻮَّﻯ ﺇﺳﻨﺎﺩﻩ، ﻭﻟﻜﻦ ﻣﺎ ﻭﻗﻔﺖُ ﻋﻠﻰ ﺇﺳﻨﺎﺩﻩ، ﻧﻘﻠﻮﻩ ﻋﻦ ﺍﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﺒﺮ، ﻭﻟﻜﻦ ﻣﺎ ﻭﻗﻔﺖُ ﻋﻠﻴﻪ

 

Hadithnya perlu dipertimbangkan, Ibnu Abdil Barr menyebutkannya dan menguatkan sanadnya, namun aku belum menemukan sanadnya, mereka menukil dari Ibnu abdil Barr, namun aku belum menemukan sanadnya… (https://binbaz.org.sa/audios/1841/كيفية-حياة-الرسول-صلى-الله-عليه-في-قبره).

 

Hadith-hadith dalam tema ini adalah lemah, tidak boleh dipakai berhujjah.

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...