Thursday 2 June 2022

Hadith pahala haji dan umrah sempurna bagi yang tinggal dimasjid lalu solat isyraq dua rakaat

 

Hadith

 

Sabda Nabi shallallahu alaih wa sallam,

 

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ , تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ  (رواه الترمذي، رقم 586)

 

Siapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit, kemudian duduk dua rakaat, maka baginya pahala bagaikan pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna dan sempurna." (HR. Tirmizi, no. 586)

 

Hadith ini diperdebatkan kesahihannya. Sebahagian ulama menyatakan dhaif, sedangkan yang lain menyatakan hasan. Di antara yang menyatakan hasan adalah Syekh Al-Albani rahimahullah dalam Sahih Sunan Tirmidzi.

 

Syekh Ibn Baz rahimahullah berkata, "Hadith ini memiliki banyak jalur periwayatan yang wajar, maka kami menganggapnya sebagai hadith hasan lighairihi. Maka sklat ini disunahkan setelah matahari terbit dan telah meninggi seukuran tombak. Atau sekitar sepertiga atau seperempat jam kurang lebih setelah terbit (Fatawa Syeikh Ibn Baz 25/171)

 

Pahala

 

Bagi lelaki, yang kuat dia berjemaah duduk di masjid lalu solat, baru dapat keutamaan tersebut.

 

 

Adapun bagi wanita, dia pun mendapatkannya menurut Ibn Baz walaupun dia solat dirumahnya bersama wanita lain dan anaknya.

 

 

Nilai pahala

 

Menurut Syeikh Ibn Utsaimin,

 

Pertama, bahawa hadith ini dipertentangkan kesahihannya. Banyak ulama hadith yang menyatakan dhaif.

 

Kedua: Kalaupun hadith ini dianggap sahih, maka pahala tidak dapat dibanding-bandingkan. Seseorang dapat saja diberi pahala besar atas amalan yang sedikit. Kerana pahala merupakan keutamaan Allah Azza wa Jalla, Dia memberikannya kepada siapa yang Dia kehendaki (Al-Liqa Asy-Syahri 74/22).

 

Maka, bukan maksudnya bahawa orang yang telah melakukan hal itu dia telah menunaikan haji dan telah gugur kewajipannya.

 

Cuma ia satu bentuk motivasi supaya kita suka beramal:

 

Dikenali sebuah perkataan ulama dalam bab ini,

 

المشابهة في الجزاء ، لا في الإجزاء .

 

Keserupaan dalam balasan, bukan dalam keabsahan.

 

Yang dimaksudkan hadith ini adalah dorongan untuk berzikir kepada Allah Ta'ala serta duduk di masjid hingga matahari terbit dan menunaikan solat dua rakaat setelah itu.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 95782

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 135418

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...