Tidak ditemukan dalil yang
menunjukkan hal sedemikian, akan tetapi pernyataan tersebut ditemukan asalnya
yang berkemungkinan datang dari ucapan alim, bernama as-Suwaifi, sepertimana
dinukilkan oleh Imam Nawawi al-Bantani dalam Kasyaful Saja hal. 100, DKI, dalam
bab:
Beberapa perkara lain
yang dapat menyebabkan kefakiran, di antaranya:
النوم عرياناً إذا لم يستتر بشيء
Tidur dengan keadaan
telanjang bulat tanpa ada penutup sedikitpun.
والأكل جنباً
Makan dalam keadaan
junub
والتهاون بإسقاط المائدة
Tidak memperdulikan
makanan-makanan yang jatuh.
وحرق قشر البصل وقشر الثوم
Membakar kulit bawang
merah dan putih.
وكنس البيت ليلاً
Menyapu rumah di
malam hari.
وترك القمامة بضم القاف أي الكناسة في البيت
Membiarkan sampah ada
di dalam rumah.
والمشي أمام المشايخ
Berjalan di depan
orang-orang yang tua umur.
ونداء الوالدين باسمهما
Memanggil kedua orang
tua dengan nama mereka.
وغسل اليدين بالطين
Membasuh kedua tangan
dengan lumpur.
والتهاون بالصلاة
Melalaikan perkara
solat.
وخياطة الثوب وهو على بدنه
Menjahit pakaian
sambil pakaian tersebut sedang dipakai.
وإسراع الخروج من المسجد
Cepat-cepat keluar
dari masjid.
والتبكير بالذهاب إلى الأسواق والبطء في الرجوع منها
Berangkat awal-awal
ke pasar dan menunda-nunda pulang dari sana.
وترك غسل الأواني
Tidak mencuci peralatan
masak dan makan.
وشراء كسر الخبز من الفقراء السؤال
Membeli serbuk roti
dari orang fakir yang meminta-meminta.
وإطفاء السراج بالنفس
Memadamkan lampu api
(pelita/lilin) dengan nafas.
والكتابة بالقلم المعقود
Menulis dengan pena
yang diikat tali.
والامتشاط بمشط مكسور
Menyikat rambut
dengan sikat rongak
وترك الدعاء للوالدين
Tidak mendoakan kedua
orang tua.
والتعمم قاعداً
Memakai serban sambil
duduk.
والتسرول قائماً
Memakai seluar sambil
berdiri.
والبخل وهو منع السائل مما يفضل عنده
Bakhil, iaitu enggan
memberikan kelebihan harta kepada peminta-minta.
والتقتير وهو التضييق في النفقة
Berkira-kira iaitu
terlalu kedekut dalam menafkahkan atau membelanjakan harta.
والإسراف وهو مجاوزة التوسط ذكره السويفي
Boros, iaitu melewati
batas sederhana dalam membelanjakan harta, seperti yang disebutkan oleh
Suwaifi.
Ya jelas, Ia adalah
pendapat as-Suwaifi saja.
Rujukan
Kasyifatus Saja
Syarah Safinatun Najah hal. 100, DKI
Taalim Mutaallim hal.
43.
Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil
Qulub hal. 102
No comments:
Post a Comment