Matan hadith
مَنْ قَعَدَ فِي مُصَلَّاهُ حِينَ يَنْصَرِفُ مِنْ صَلَاةِ الصُّبْحِ
حَتَّى يُسَبِّحَ رَكْعَتَيْ الضُّحَى لَا يَقُولُ إِلَّا خَيْرًا غُفِرَ لَهُ
خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ أَكْثَرَ مِنْ زَبَدِ الْبَحْرِ
Terjemahan
Sesiapa yang terus duduk di
tempat dia bersolat setelah dia selesai solat Subuh sehingga dia mengerjakan
dua rakaat Dhuha dan dia tidak berkata apa-apa kecuali yang baik, maka
dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah walaupun dosa itu lebih banyak daripada
buih di lautan
Takhrij
HR. Abu Daud no. 1287, Ahmad no.
15623, daripada Muaz bin Anas al-Juhani ra.
Dhaif menurut Syeikh al-Albani
dan syeikh al-Arnauth, al-Aini dalam Umdatul Qari 7/348, Ibnu Mulaqin dalam
Tuhfatul Muhtaj 1/414, al-Munawi dalam Takhrij Ahadith Mashabih 1/485.
Hasan menurut al-Mundziri dalam
al-Targhib wal Tarhib 1/221
No comments:
Post a Comment