Atsar dari Ash-Shalt bin Bahram
عن الصلت بن بهرام قال : مر ابن مسعود بامرأة معها تسبيح تسبح به فقطعه
وألقاه ، ثم مر برجل يسبح بحصا فضربه برجله ثم قال : لقد سَبقتم ، ركبتم بدعة ظلما
، ولقد غلبتم أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم علما
Ibnu Mas’ud melihat seorang
wanita yang bertasbih dengan menggunakan subhah (biji tasbih), kemudian beliau
memotong tasbihnya dan membuangnya. Beliau juga melewati seorang laki-laki yang
bertasbih menggunakan kerikil, kemudian memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Kamu telah mendahului (Rasulullah) dengan melakukan bidaah yang zalim, dan kamu
lebih tahu dari para sahabatnya.
Takhrij
AR. Ibnu Waddaah Al-Qurthubi
dalam kitab Al-Bida’ Wa An Nahyu ‘Anha 1/40 no. 21.
Tidak sahih (https://islamarchive.cc/H_245006)
Sanad ini sahih sehingga Ash-Shalt
sahaja, kerana beliau tidak pernah mendengar dari Ibnu Mas’ud ra (Silsilah
Hadith Dhaif 1/10).
Sanad riwayat ini dhaif kerana
inqitha' [terputus] menurut pentahqiq Al-Bida’ Wa An Nahyu ‘Anha, dan Syeikh
Mahmud Said Mamduh [Wusul al-Tahani hal. 24], antara Ash Shalt bin Bahram dan
Ibnu Mas’ud, kerana ibnu Mas'ud wafat di Madinah tahun 32 H, sebagaimana dirajihkan
oleh ibnu Hajar dalam kitab al-Ishabah, dan Ash Shalt bin Bahram adalah Tabi'
tabi'in [hidup pada masa selepas tabi'in], maka tidak mungkin ia mendapat
riwayat dari sahabat yang akhir, apalagi dari Ibnu Mas'ud yang wafat pada masa
khalifah Umar bin khathab RA. Hal ini sebagaimana diceritakan Ibnu Hajar dalam
at-Tahdzib 4/432
Manakala menurut pentahqiq
Mathalib Aliyah 12/519, Islamkotob, Dr. Oman Iman bin Abu Bakar pada nota
kakinya, menyatakan atsar ini sahih kepada Ibnu Mas’ud dengan pengumpulan jalan
riwayat.
Kenyataan Imam Ahmad
قلت (للإمام أحمد بن حنبل): يُسبِّح الرجل بالنوى؟
Ishaq bin Manshur al Kausaj Al
Maruzi bertanya kepada Imam Ahmad bin Hanbal, “Bolehkan menghitung tasbih
dengan menggunakan biji?”
قال: قد فعل ذلك أبو هريرة و سعد رضي الله عنهما،
Jawaban Imam Ahmad, “Menghitung
tasbih dengan biji itu pernah dilakukan oleh Abu Hurairah dan Saad.
وما بأس بذلك،
Tidak mengapa melakukan hal
tersebut.
النبي صلى الله عليه وسلم عدَّ.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam sendiri menghitung (tasbihnya)”.
قال إسحاق (بن راهوية): كما قال».
Ishaq bin Rahawaih mengatakan,
“Benar apa yang dikatakan oleh Imam Ahmad”.
“مسائل الإمام
أحمد وإسحاق، رواية الكوسج”
Masail Imam Ahmad dan Ishaq bin
Rahawaih berdasarkan penuturan Ishaq bin Manshur al Kausaj, tahqiq Abul Husain
Khalid bin Mahmud al Ribath, Wiam al Hausyi dan Jumah Fathi 2/601 masalah no.
3507, terbitan Darul Hijrah Riyadh, cetakan pertama, 1425 H.
Rujukan
https://ustadzaris.com/biji-tasbih-bukan-bidah-2
Fatwa Soaljawab Islam no. 3009
https://al-maktaba.org/book/8208/17#p1
No comments:
Post a Comment