Friday, 23 September 2022

Hadith azan saat bencana

 

Matan hadith

 

اِذَاأَذَّانَ فِى قَرْيَةٍ أَمَّنَهَااللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ عَذَابِهِ ذَلِكَ الْيَوْمَ

 

Terjemahan

 

Ketika seseorang azan di dalam satu kampung. Maka Allah memberikan keamanan pada desa itu dari azabNya (maksudnya dari terjadinya bencana) pada hari itu

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 749, al-Khatib dalam Mawdhih Awham 2/128, daripada Anas bin Malik ra

 

Hadith ini didhaifkan oleh al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 1/148

 

Dalam sanadnya terdapat perawi yang didhaifkan Ibnu Ma’in iaitu al-Rahman bin Sa’id bin Amar (Majma Zawaid 1/333)

 

Al-Dimyathi berkata dalam al-Mutjir al-Rabih no. 34, sanadnya parah

 

Didhaifkan juga oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib no. 165

 

Sehinggakan yang benar, tambahan penggunaan azan diluar solat adalah merupakan pendapat ulama saja, bukan dari Nabi saw. Kerana hadith sandaran amalan ini dhaif.

 

Disebutkan dalam kitab Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyah berikut;

 

شرع الأذان أصلا للإعلام بالصلاة إلا أنه قد يسن الأذان لغير الصلاة تبركا واستئناسا أو إزالة لهم طارئ والذين توسعوا في ذكر ذلك هم فقهاء الشافعية فقالوا : يسن الأذان في أذن المولود حين يولد ، وفي أذن المهموم فإنه يزيل الهم ، وخلف المسافر ، ووقت الحريق ، وعند مزدحم الجيش ، وعند تغول الغيلان وعند الضلال في السفر ، وللمصروع ، والغضبان ، ومن ساء خلقه من إنسان أو بهيمة ، وعند إنزال الميت القبر قياسا على أول خروجه إلى الدنيا

 

Pada dasarnya, azan disyariatkan untuk memberitahu masuknya waktu solat, akan tetapi terkadang adzan disunnahkan untuk selain solat kerana untuk mengambil berkah dan untuk menghilangkan kesusahan yang datang. Ulama yang banyak membahas hal itu adalah ulama Syafiiyah.  Mereka berkata; Azan disunnahkan untuk dikumandangkan pada telinga bayi yang baru lahir, pada telinga orang kesusahan agar kesusahannya hilang, di belakang orang yang bermusafir. Ketika terjadi kebakaran, ketika tentera berdesak-desakan, ketika ada gangguan jin, ketika tersesat dalam perjalanan, pada orang yang kerasukan, ketika marah, pada orang atau haiwan yang buruk perangainya, dan ketika menurunkan jenazah ke dalam kubur kerana disamakan dengan pertama kalinya keluar ke alam dunia (Al Mausu’ah Al Fiqhiyah Al Kuwaitiyah 2/372-373)

 

 

Juga disebutkan dalam kitab Ruhul Bayan 2/410 berikut;

 

ومن فضائل الأذان أنه لو أذن خلف المسافر فإنه يكون في أمان إلى أن يرجع. وإن أذن في أذن الصبي وأقيم في أذنه الأخرى إذا ولد فإنه أمان من أم الصبيان وإذا وقع هذا المرض أيضاً وكذا إذا وقع حريق أو هجم سيل أو برد أو خاف من شيء

 

Di antara keutamaan azan iaitu jika dikumandangkan di belakang orang yang hendak bermusafir, maka dia akan selamat hingga kembali pulang. Jika dikumandangkan azan dan iqamah di telinga bayi saat dilahirkan, maka dia akan aman dari gangguan syaitan pengganggu bayi. Begitu juga saat terdapat orang sakit, kebakaran, tanah runtuh, kedinginan atau takut akan sesuatu.

 

Yang benarnya (Sunnah) apabila berlaku kejadian menakutkan adalah berdoa , istighfar dan taubat

 

Doa mengangkat musibah

 

Selain itu salah satu sikap yang tepat untuk dilakukan ketika terjadi bencana alam adalah dengan berdoa. Imam Zakaria al-Anshari pernah berkata,

 

وَيُسْتَحَبُّ لِكُلٍّ وِفِيْ نُسْخَةٍ لِكُلِّ أَحَدٍ أَنْ يَتَضَرَّعَ بِالدُّعَاءِ وَنَحْوِهِ عِنْدَ الزَّلَازِلِ وَنَحْوِهَا مِنَ الصَّوَاعِقِ وَالرِّيْحِ الشَّدِيْدَةِ

 

Disunnahkan bagi setiap orang untuk merendahkan diri kepada Allah dengan jalan berdoa atau sesamanya ketika terjadi bencana gempa dan semacamnya seperti petir dan angin taufan (Asna al-Mathalib 4/149).

 

Sebagaimana hanya Allah yang mampu menurunkan azab kepada hamba-Nya, maka hanya Allah pula yang mampu mengangkat atau menolak adzab tersebut. Rasulullah saw bersabda,

 

إنَّ الدُّعَاءَ يَنْفَعُ مِمَّا نَزَلَ وَمِمَّا لَمْ يَنْزِلْ فَعَلَيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِالدُّعَاءِ

 

Sesungguhnya doa itu bermanfaat pada apa-apa yang telah terjadi (berupa musibah, dll) dan bermanfaat pada apa-apa yang belum terjadi. Maka wajib atas kalian untuk berdoa wahai hamba-hamba Allah!” (HR. Tirmidzi no. 3548, al-Uqaili dalam Dhuafa’ al-Kabir 2/324, al-Hakim no. 1833, daripada Ibnu Umar ra. Hasan lighairih menurut Syeikh al-Albani dalam Sahih at-Targhib wat Tarhib no. 1634)

 

Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw menjelaskan bahawa doa mampu menolak sesuatu yang tidak diinginkan terjadi oleh hamba,

 

لَا يَرُدُّ الْقَدَرَ إلَّا الدُّعَاءُ

 

Tidak ada yang mampu menolak takdir kecuali doa  (HR. Ahmad no. 22413, hasan menurut Syeikh al-Albani dalam Sahih at-Targhib wat Tarhiib no. 1638)

 

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan,

 

وَالدُّعَاءُ مِنْ أَنْفَعِ الْأَدْوِيَةِ، وَهُوَ عَدُوُّ الْبَلَاءِ، يَدْفَعُهُ، وَيُعَالِجُهُ، وَيَمْنَعُ نُزُولَهُ، وَيَرْفَعُهُ، أَوْ يُخَفِّفُهُ إِذَا نَزَلَ، وَهُوَ سِلَاحُ الْمُؤْمِنِ

 

Doa termasuk obat yang paling mujarab. Ia adalah musuh bagi bala, yang menolaknya, yang memperbaiki kesan buruknya, yang mencegah turunnya, yang mengangkat bala tersebut, atau meringankannya jika ia telah turun, dan ia adalah senjata mukmin (Jawabul Kafir 1/10)

 

Oleh sebab itu, segenap doa dan harapan agar terhindar dari azab Allah, hanya layak dipanjatkan kepada-Nya. Inilah makna ucapan Ali bin Abi Thalib ra,

 

لَا يَرْجُوَنَّ عَبْدٌ إلَّا رَبَّهُ وَلَا يَخَافَنَّ إلَّا ذَنْبَهُ

 

Tidaklah seorang hamba berharap, kecuali hanya kepada Rabb-nya, dan tidaklah seorang hamba takut, kecuali pada dosa-dosanya  (Al-Fatawa al-Kubra 5/231)

 

Taubat dan istighfar mengangkat musibah

 

Allah Ta’ala berfirman,

 

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

 

Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)” (QS. Asy Syura: 30).

 

Oleh kerana itu kita dianjurkan agar memperbanyakkan bertaubat dan beristighfar agar dosa dihapus oleh Allah dan tidak Allah turunkan kepada kita dalam bentuk bala dan musibah.

 

Imam Al-Qurthubi menukil dari Ibnu Shubaih dalam tafsirnya, bahawasanya ia berkata,

 

شَكَا رَجُلٌ إِلَى الْحَسَنِ الْجُدُوبَةَ فَقَالَ لَهُ: اسْتَغْفِرِ اللَّهَ. وَشَكَا آخَرُ إِلَيْهِ الْفَقْرَ فَقَالَ لَهُ: اسْتَغْفِرِ اللَّهَ. وَقَالَ لَهُ آخَرُ. ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَرْزُقَنِي وَلَدًا، فَقَالَ لَهُ: اسْتَغْفِرِ اللَّهَ. وَشَكَا إِلَيْهِ آخَرُ جَفَافَ بُسْتَانِهِ، فَقَالَ لَهُ: اسْتَغْفِرِ اللَّهَ. فَقُلْنَا لَهُ فِي ذَلِكَ؟ فَقَالَ: مَا قُلْتُ مِنْ عِنْدِي شَيْئًا، إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ فِي سُورَةِ” نُوحٍ

 

Ada seorang laki-laki mengadu kepadanya Hasan Al-Bashri tentang kegersangan bumi maka beliau berkata kepadanya, “beristighfarlah kepada Allah!”. Yang lain mengadu kepadanya tentang kemiskinan maka beliau berkata kepadanya, “beristighfarlah kepada Allah!” Yang lain lagi berkata kepadanya, “Doakanlah (aku) kepada Allah, agar Ia memberiku anak!” maka beliau mengatakan kepadanya, “beristighfarlah kepada Allah!”. Dan yang lain lagi mengadu tentang kekeringan kebunnya maka beliau mengatakan pula kepadanya, “beristighfarlah kepada Allah!”. Dan kami pun menganjurkan demikian kepada orang tersebut. Maka Hasan Al-Bashri menjawab: “Aku tidak mengatakan hal itu dari diriku sendiri, tetapi sungguh Allah telah berfirman dalam surat Nuh [ayat 10-12].”(Jami’li Ahkamil Quran 18/302).

 

Imam Ibnul  Qayyim rahimahullah dalam Miftah Daris Sa’adah 1/287 mengatakan,

 

وَمَا نَزَلَ بَلَاءٌ قَطُّ إلَّا بِذَنْبٍ وَلَا رُفِعَ إلَّا بِتَوْبَةٍ

 

Tidaklah suatu bala turun melainkan kerana dosa, dan tidaklah bala tersebut akan diangkat melainkan dengan taubat

 

Imam Al-Qurthubi rahimahullah mengatakan,

 

وَالِاسْتِغْفَارُ وَإِنْ وَقَعَ مِنَ الْفُجَّارِ يُدْفَعُ بِهِ ضَرْبٌ مِنَ الشُّرُورِ وَالْأَضْرَارِ

 

Istighfar jika dipanjatkan oleh orang-orang jahat (sekalipun), mampu menolak terjadinya hal-hal yang buruk dan mampu menepis berbagai kemudaratan (Tafsir al-Qurthubi 7/399)

 

 

Rujukan

 

https://muslim.or.id/38223-bala-dan-musibah-turun-karena-dosa-dan-terangkat-karena-taubat.html

 

https://pengusahamuslim.com/2878-musibah-dan-bencana-1530.html

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...