Friday, 23 September 2022

Hadith doa penghujung umur yang baik (husnul khatimah)

 

Matan doa

 

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ، وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِمَهُ، وَاجْعَلْ خَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ

 

Terjemahan

 

Ya Allah! Jadikanlah sebaik-baik umurku adalah pada penghujungnya, dan sebaik-baik amalanku sebagai penutupnya. Dan jadikanlah sebaik-baik hariku, adalah hari di mana daku berjumpa denganMu kelak

 

Takhrij

 

Matan doa ini ditemukan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dalam al-Yaum wa al-Lailah no. 121, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 9411 daripada Anas bin Malik ra.

 

Hadith ini dhaif jiddan kerana terdapat perawi yang munkarul hadith iaitu Soleh bin Abi Aswad (Mizanul I’tidal 2/288, al-Mughni fi Dhu’afa’ 1/302), matruk iaitu Abdul Malik an-Nakhaie (al-Taqrib, Majma Zawaid 10/110) dan dhaif iaitu Ali bin Ziyad bin Jud’an.

 

Manakala hadith tersebut juga didhaifkan oleh Imam at-Thabarani, Ibnu Hajar al-Asqalani dan al-Haithami.

 

No comments:

Post a Comment

Kebiasaan waktu muda akan menjadi kebiasaan waktu tua, maka peliharalah adab dikala muda

  Berkata hukamak:   من شب على شئ شاب عليه   Barang siapa pada masa mudanya biasa berbuat atas sesuatu, nescaya pada masa tuanya ter...