Friday, 23 September 2022

Tasbih Jibril as

 

Telah berkata Abu Thalib Al Makki dalam kitab Quutul Qulub 1/77: Diceritakan kepada kami dari Ibrahim Bin Adham dari sebagian Wali Abdal, bahawasanya pada suatu malam ia solat di tepi laut, Kemudian ia mendengar suara nyaring mengucapkan tasbih tanpa Kelihatan siapa yang mengucapkannya. Ia berkata, Lalu aku Berteriak : “Siapakah anda? saya mendengar suaramu tetapi tidak melihat rupamu?” Jawab: “Aku adalah malaikat penjaga laut ini, aku selalu mengucapkan tasbih ini sejak aku diciptakan” Aku bertanya : “Siapa namamu? Jawab : “Mahlahyaabil” Tanya : “Apa pahala orang yang mengucap tasbih tersebut?” Jawab : “Barang siapa mengucapkannya seartus kali, maka ia tidak akan mati melainkan setelah melihat tempatnya di syurga Atau diperlihatkan kepadanya.

 

سبحا ن الله العلي الد ىا ن سبحا ن الله شد يد الا ر كا ن سبحا ن الله من ىاء تى با لليل و ىذ هب با لنهار سبحا ن من لا يشغله ساءن عن ساءن سبحا ن الله الحنا ن المنا ن سبحا ن الله في كل مكا ن

 

 

Dan di dalam riwayat lain dari Abi Zahra : tukang azan di Masjidil Muqaddis, beliau berkata : suatu ketika saya solat di Baitul Muqaddis, lalu saya solat witir di padang pasir, tiba-tiba datang mengantukku sehingga saya tertidur, akhirnya pintu kota pun ditutup. Saya tidak terjaga sama sekali, melainkan setelah mendengar Suara halus sayap- sayap malaikat yang telah memenuhi padang Pasir. Salah satu malaikat yang denganku berkata :”Apakah anda manusia?”. Saya jawab :”ya”. Lalu saya jelaskan bahawa saya tertidur disitu. Ia berkata :”tidak apa-apa”. Kemudian saya mendengar suatu suara disebelah kananku mengucapkan :

 

سبحا ن القا ئم الدائم سبحا ن الواحدالاحدالفردالصمدالحي القيوم سبحا ن الذى لاىموت سبحان الله وبحمده سبحا ن الملك القدوس سبوح قدوس رب الملا ئكة والروح سبحا ن العلي الا علا سبحا نه و تعال

 

Dan suara disebelah kiriku mengucapkan ucapan yang serupa. Dan akhirnya malaikat-malaikat yang ada di situ semuanya Mengucapkan tasbih tersebut. Maka saya bertanya kepada Malaikat di dekatku :”Siapakah malaikat disebelah kanan itu?” Jawab :”itu adalah Jibril”. Saya bertanya lagi : ”Dan disebelah kiri itu siapa?”. Jawab :”itu Mikail”. Lalu saya berkata kepadanya :”Apa pahala bagi orang yang mengucapkan tasbih seperti yang kalian ucapkan ini?” Ia menjawab :”Barang siapa mengucapkan seperti apa yang kami ucapkan sebanyak hitungan hari dalam setahun, setiap hari satu atau jadikan satu, maka kelak akan melihat tempatnya di syurga”

 

Takhrij

 

Riwayat ini ditemukan dalam Kitab uttul Qulub 1/77, shamela, dan Ithaf Sadatul Muttaqin 5/171, tanpa sanad yang boleh dipertanggungjawabkan.

 

Kitab ini sangatlah bermasalah, banyak mengandungi riwayat-riwayat yang tidak jelas bahkan palsu. Ia telah diperingatkan oleh ulama antaranya Imam Nawawi untuk dijauhi.

 

An-Nawawi rahimahullah berkata dalam kitabnya, al-Majmu 4/56:

 

الصلاة المعروفة بصلاة الرغائب وهي ثنتى عشرة ركعة تصلى بين المغرب والعشاء ليلة أول جمعة في رجب وصلاة ليلة نصف شعبان مائة ركعة وهاتان الصلاتان بدعتان ومنكران قبيحتان ولا يغتر بذكرهما في كتاب قوت القلوب وإحياء علوم الدين ولا بالحديث المذكور فيهما فإن كل ذلك باطل

 

 

Solat yang dikenal dengan istilah solat Raghaib iaitu solat dua belas rakaat yang dilakukan antara Magrib dan Isyak pada malam Jumat pertama di bulan Rejab dan solat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat; keduanya adalah amalan bidaah dan mungkar. Janganlah tertipu kerana disebutkannya dua jenis solat ini dalam kitab Qutul Qulub dan Ihya Ulumuddin. Jangan pula tertipu dengan hadith-hadith yang tersebut di dalam dua kitab tersebut kerana sesungguhnya semua itu batil.

 

Kitab tersebut juga banyak mengajar umat menjauhi Sunnah lalu mendekati sufi dan mengajar kekeliruan dalam beragama, wajib kita jauhi kitab seperti ini:

 

Al-Junaid (salah seorang pemuka Sufi) berkata: “Yang lebih saya sukai bagi para pemula ialah TIDAK menyibukkan hatinya dengan ketiga hal ini; jika tidak, maka keadaan akan berubah. Pertama: Berusaha (mencari rezeki); Kedua: Mencari hadith. Dan ketiga: Menikah. Dan yang saya sukai dari seorang Sufi ialah hendaknya ia tidak membaca dan tidak menulis, supaya lebih konsentrasi.” [Qutul Qulub 3/135. Dinukil dari Qawa’id wa Fawaid hal. 268].

 

 

Antara ucapan palsu yang masyhur ditengah masyarakat ditemukan dari kitab tersebut adalah:

 

أول بدعة حدث بعد رسول الله صلى الله عليه و سلم الشبع , ان القوم لما شبعت بطونهم جمحت بهم نفوسهم الى الدنيا

 

Pertama kali bidaah yang terjadi setelah zaman Rasulullah adalah kenyang. Kerana, sesungguhnya kaum (orang-orang) ketika perut mereka kenyang, mereka dikendalikan oleh hawa nafsu mereka ke arah dunia (Qutul Qulub 2/283, Ihya Ulumuddin 3/86, tanpa sanad)

 

Riwayat tersebut tidak mempunyai asal aka palsu (Fatwa Soaljawab Islam no. 219360)

 

 

Adapun riwayat ini pula:

 

 

عَنْ أَبَانٍ ، عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ قَالَ كُلَّ يَوْمٍ مَرَّةً : سُبْحَانَ الْقَائِمِ الدَّائِمِ , سُبْحَانَ الْحَيِّ الْقَيُّومِ ، سُبْحَانَ الْحَيِّ الَّذِي لا يَمُوتُ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ ، سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَلِيِّ الأَعْلَى ، سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى ، لَمْ يَمُتْ حتى يَرَى مَكَانَهُ مِنَ الْجَنَّةِ أَوْ يُرَى لَهُ ". .

 

Dari Aban, dari anas berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : " Barang siapa setiap hari membaca sekali kalimat : subhanallah al-qaim ad-daim, subhanal hayyil qayyum....dst, maka tidak akan meninggal hingga melihat tempatnya di syurga atau diperlihatkan kepadanya ".

 

Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 4/283 Hadith ini palsu menurut Syeikh Masyhur Bin Hasan al-Salman dalam Sislsilah al-Ahadith Dhaifah wal Maudhuah Mujarradah an al-Takhrij no. 7920.

 

Ia juga telah dihukumi palsu oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6293

 

Zikir tersebut tiada asal menurut Fatwa Syabakah Islamiyah no. 64353.

 

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...