Friday, 23 September 2022

๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถth ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ฏ

 

Apa kata ulama-ulama hadith berkaitan hadith yang tiada dalam kitab?

.

1-      Imam al-Syafie berkata:

 

ูˆู‡ูˆ ุฃู†ّ ุงู„ุฃุญุงุฏูŠุซ ุงู„ุชูŠ ู‚ุฏ ุตุญَّุช ุฃูˆ ูˆู‚ุนุช  ุจูŠู† ุงู„ุตุญุฉ ูˆุงู„ุณู‚ู… - ูˆู‚ุฏ ุฏُูˆِّู†ุช ูˆูƒุชุจุช ููŠ ุงู„ุฌูˆุงู…ุน ุงู„ุชูŠ ุฌู…ุนู‡ุง ุฃุฆู…ุฉ ุฃู‡ู„ ุงุนู„ู… ุจุงู„ุญุฏูŠุซ، ูˆู„ุง ูŠุฌูˆุฒ ุฃู† ูŠุฐู‡ุจ ุดูŠุก ู…ู†ู‡ุง ุนู„ู‰ ุฌู…ูŠุนู‡ู…، ูˆุฅู† ุฌุงุฒ ุฃู† ุชุฐู‡ุจ ุนู„ู‰ ุจุนุถู‡ู…؛ ู„ุถู…ุงู† ุตุงุญุจ ุงู„ุดุฑูŠุนุฉ ุญِูْุธَู‡ุง،

 

Hadith-hadith yang sahih atau yang berada pada kedududkan antara sahih dan lemah telah disusun dan ditulis dalam kitab-kitab hadith oleh ulama hadith, tidak boleh dikatakan ada hadith yang terlepas daripada pandangan semua ulama hadith tersebut walaupun boleh terlepas sesuatu hadith daripada sesetengah mereka. Ini kerana jaminan daripada Allah untuk memeliharanya.

.

 ูู…ู† ุฌุงุก ุงู„ูŠูˆู… ุจุญุฏูŠุซ ู„ุง ูŠูˆุฌุฏ ุนู†ุฏ ุฌู…ูŠุนู‡ู…، ู„ู… ูŠู‚ุจู„ ู…ู†ู‡، ูˆู…ู† ุฌุงุก ุจุญุฏูŠุซ ู‡ูˆ ู…ุนุฑูˆู ุนู†ุฏู‡ู…، ูุงู„ุฐูŠ ูŠุฑูˆูŠู‡ ุงู„ูŠูˆู… ู„ุง ูŠู†ูุฑุฏ ุจุฑูˆุงูŠุชู‡، ูˆุงู„ุญุฌุฉ ู‚ุงุฆู…ุฉ ุจุญุฏูŠุซู‡ ุจุฑูˆุงูŠุฉ ุบูŠุฑู‡

 

Oleh itu, sesiapa yang pada hari ini membawakan sebuah hadith tidak ditemui dalam kitab-kitab ulama hadith, maka tidak diterima hadith tersebut daripadanya. [Manaqib al-Imam al-Syafie, 2/321].

.

2-      Imam al-Sayuti menukilkan dalam Tadrib al-Rawi:

 

ูˆู‚ุงู„ ุงุจู† ุงู„ุฌูˆุฒูŠ ู…ุง ุฃุญุณู† ู‚ูˆู„ ุงู„ู‚ุงุฆู„ ุฅุฐุง ุฑุฃูŠุช ุงู„ุญุฏูŠุซ ูŠุจุงูŠู† ุงู„ู…ุนู‚ูˆู„ ุฃูˆ ูŠุฎุงู„ู ุงู„ู…ู†ู‚ูˆู„ ุฃูˆ ูŠู†ุงู‚ุถ ุงู„ุฃุตูˆู„ ูุงุนู„ู… ุฃู†ู‡ ู…ูˆุถูˆุน

 

Imam Ibnu Jauzi berkata: Indah sungguh ucapan seseorang yang berkata: Seandainya kamu melihat hadith yang menyalahi akal, bercanggah dengan manqul (al-Quran dan al-Sunnah), atau bertentangan dengan al-Usul. Ketahuilah ia adalah palsu.

.

 ู‚ุงู„ ูˆู…ุนู†ู‰ ู…ู†ุงู‚ุถุชู‡ ู„ู„ุฃุตูˆู„ ุฃู† ูŠูƒูˆู† ุฎุงุฑุฌุง ุนู† ุฏูˆุงูˆูŠู† ุงู„ุฅุณู„ุงู… ู…ู† ุงู„ู…ุณุงู†ูŠุฏ ูˆุงู„ูƒุชุจ ุงู„ู…ุดู‡ูˆุฑุฉ

 

Maksud bertentangan dengan usul ialah apabila riwayat tersebut tidak ada di dalam kitab-kitab ulama Islam daripada al-Masanid dan kitab-kitab (hadith) yang masyhur. [Tadrib al-Rawi, 1:277].

.

3-      Al-Shaikh Al-Mar'i bin Yusuf Al-Karmi Al-Hanbali menukilkan bahawa Imam al-Sayuti berkata:

 

ูˆุฃู…ุง ุงู„ุขู† ูุงู„ุนู…ุฏุฉ ุนู„ู‰ ุงู„ูƒุชุจ ุงู„ู…ุฏูˆู†ุฉ ، ูู…ู† ุฌุงุก ุจุญุฏูŠุซ ุบูŠุฑ ู…ูˆุฌูˆุฏ ููŠู‡ุง ูู‡ูˆ ุฑุฏ ุนู„ูŠู‡ ، ูˆุฅู† ูƒุงู† ู…ู† ุฃุชู‚ู‰ ุงู„ู…ุชู‚ูŠู† ،

Sekarang, yang dijadikan pegangan adalah kitab-kitab hadith yang telah disusun. Sesiapa yang datang dengan membawa hadith yang tidak wujud di dalam kitab-kitab hadith, maka ia tertolak walaupun yang membawanya adalah manusia paling bertaqwa. [Al-Fawaid Al-Maudhu'ah, m/s 69]

.

Prof. Dr. Abul Lais Khayr Abadi dalam kitabnya Ulum al-Hadith: Asiluha Wa Muasiruha, ketika menyebutkan tentang petanda hadith palsu, beliau menyebutkan:

 

"Apabila ulama-ulama hadith mencari hadith dengan penuh ketelitian, lalu dia tidak menemuinya di dalam kitab-kitab hadith, kitab-kitab para huffaz, muhaddisin dan para perawi hadith. Maka ini merupakan petunjuk bahawa hadith itu palsu. Ini kerana ketiadaannya di dalam kitab-kitab hadith merupakan bukti bahawa ia tidak ada asalnya. Ini adalah selepas para ulama itu melakukan pembacaan menyeluruh kepada hadith-hadith di dalam kitab-kitab hadith. Imam Al-Sayuti berkata: Adapun sekarang, maka yang menjadi pegangan adalah kitab-kitab yang bertulis. Sesiapa yang datang membawa hadith yang tidak wujud di dalamnya, maka ia tertolak". [hal 291-292]

 

Penulisan Asal

 

https://www.facebook.com/594980651/posts/pfbid0SVgD8zmaqnWD2FDu6dVuZHqWGPD6aHbprA7PQexZdW91ySYuEdq1hGczJqsGoGJSl/

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   ู‚َุงู„َ -ุตู„ู‰ّ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ّู…-: ุฅِุฐَุง ุนَุงุฏَ ุงู„ุฑَّุฌُู„ُ ุฃَุฎَุงู‡ُ ุงู„ْู…ُุณْู„ِู…َ ู…َุดَู‰ ูِูŠْ ุฎِุฑَุงูَุฉِ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ ุญَุชَّู‰ ูŠَุฌْู„ِุณَ...