Tuesday 22 November 2022

Hadith 70000 umat Nabi saw masuk syurga tanpa hisab

 

 

عَنْ حُصَيْن بْنِ عَبْدِ الرَّ حْـمَنٍ قَالَ كُنْتُ عِنْدَ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ فَقَالَ أَيُّكُمْ رَأَى الْكَوْكَبَ الَّذِي انْقَضَّ الْبَارِحَةَ قُلْتُ أَنَا ثُـمَّ قُلتُ أَمَا إِنِّـي لَـمْ أَكُنْ فِـي صَلاَةٍ وَلَكِنِّـي لُدِغْتُ قَالَ فَمَاذَا صَنَعْتَ قُلْتُ اسْـتَرْقَيْـتُ قَالَ فَمَا حَمَلَكَ عَلَى ذَلِكَ قُلْتُ حَدِيثٌ حَدَّثَنَاهُ الشَّعْبِـيُّ فَقَالَ وَمَا حَدَّثَكُمُ الشَّعْبِـيُّ قُلْتُ حَدَّثَنَا عَنْ بُرَيْدَةَ بْنِ حُصَيْبٍ اْلأَسْلَمِـيِّ أَنَّهُ قَالَ لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْـنٍ أَوْ حُـمَةٍ فَقَالَ قَدْ أَحْسَـنَ مَنِ انْتَهَى إِلَـى مَا سَـمِـعَ وَلَكِنْ حَدَّثَنَا ابْنُ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِـيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ قَالَ عُرِضَتْ عَلَـيَّ اْلأُمَـمُ فَرَأَيْتُ النَّبِـيَّ وَ مَعَهُ الرَّهَيْطُ وَ النَّبِـيَّ وَ مَعَهُ الرَّجُلُ وَ الرَّجُلاَنِ وَ النَّبِـيَّ لَيْسَ مَعَهُ أَحَدٌ إِذْ رُفِعَ لِـي سَوَادٌ عَظِيمٌ فَظَنَنْتُ أَنَّهُمْ أُمَّتِـي فَقِيلَ لِـي هَذَا مُوسَـى عَلَيْهِ السَّلاَمَ وَ قَوْمُهُ وَ لَكِنِ انْظُرْ إِلَـى اْلأُفُقِ فَنَظَرْتُ فَإِذَا سَوَادٌ عَظِيمٌ فَقِيلَ لِـي انْظُرْ إِلَـى اْلأُفُقِ اْلآخَرِ فإِذَا سَـوَادٌ عَظِيمٌ فَقِيلَ لِـي هَذِهِ أُمَّتُكَ وَ مَعَهُمْ سَبْعُونَ أَلْفًا يَدْخُلُونَ الْـجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ وَلاَ عَذَابٍ ثُـمَّ نَهَضَ فَدَخَلَ مَنْزِلَهُ فَخَاضَ النَّاسُ فِـي أُولَئِكَ الَّذِينَ يَدْخُلُونَ الْـجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ وَلاَ عَذَابٍ فَقَالَ بَعْضُهُمْ فَلَعَلَّهُمُ الَّذِينَ صَحِبُوا رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ فَلَعَلَّهُمُ الَّذِينَ وُلِدُوا فِـي اْلإِسْلاَمِ وَ لَـمْ يُشْرِكُوا بِاللهِ وَ ذَكَرُوا أَشْيَاءَ فَـخَرَخَ عَلَيْهِمْ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فَقَالَ مَا الَّذِي تَـخُوضُونَ فِـيهِ فَأَخْبَرُوهُ فَقَالَ هُمُ الَّذِينَ لاَ يَرْقُونَ وَلاَ يَسْتَرْقُونَ وَ لاَ يَتَطَيَّرُونَ وَ عَلَى رَبِّـهِمْ يَتَوَكَّلُونَ فَقَامَ عُكَّاشَةُ بْنُ مِـحْصَنٍ فَقَالَ ادْعُ اللهَ أَنْ يَـجْعَلَنِي مِنْهُمْ فَقَالَ أَنْتَ مِنْهُمْ ثُـمَّ قَامَ رَجُلٌ آجَرُ فَقَالَ ادْعُ اللهَ أَنْ يَـجْعَلَنِي مِنْهُمْ فَقَالَ سَبَقَكَ بِـهَا عُكَّاشَةُ

 

Dari Hushain bin Abdurrahman berkata: “Ketika saya berada di dekat Sa’id bin Jubair, dia berkata: “Siapakah diantara kalian yang melihat bintang jatuh semalam?” Saya menjawab: “Saya.” Kemudian saya berkata: “Adapun saya ketika itu tidak dalam keadaan solat, tetapi terkena sengatan kalajengking.” Lalu ia bertanya: “Lalu apa yang anda kerjakan?” Saya menjawab: “Saya minta diruqyah” Ia bertanya lagi: “Apa yang mendorong anda melakukan hal tersebut?”Jawabku: “Sebuah hadith yang dituturkan Asy-Sya’bi kepada kami.” Ia bertanya lagi: “Apakah hadith yang dituturkan oleh Asy-Sya’bi kepada anda?” Saya katakan: “Dia menuturkan hadith dari Buraidah bin Hushaib: ‘Tidak ada ruqyah kecuali kerana ‘ain  atau terkena sengatan.’” “Sa’id pun berkata: “Alangkah baiknya orang yang beramal sesuai dengan nas yang telah didengarnya, akan tetapi Ibnu Abbas radhiyallâhu’anhu menuturkan kepada kami hadith dari Nabi Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam, Beliau bersabda: ‘Saya telah diperlihatkan beberapa umat oleh Allah, lalu saya melihat seorang Nabi bersama beberapa orang, seorang Nabi bersama seorang dan dua orang dan seorang Nabi sendiri, tidak seorangpun menyertainya. Tiba-tiba ditampakkan kepada saya sekelompok orang yang sangat banyak. Lalu saya mengira mereka itu umatku, tetapi disampaikan kepada saya: “Itu adalah Musa dan kaumnya”. Lalu tiba-tiba saya melihat lagi sejumlah besar orang, dan disampaikan kepada saya: “Ini adalah umatmu, bersama mereka ada tujuh puluh ribu orang, mereka akan masuk syurga tanpa hisab dan azab.” ’Kemudian Beliau bangkit dan masuk rumah. Orang-orang pun saling berbicara satu dengan yang lainnya, ‘Siapakah gerangan mereka itu?’ Ada diantara mereka yang mengatakan: ‘Mungkin saja mereka itu sahabat Rasulullhh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam.’ Ada lagi yang mengatakan: ‘Mungkin saja mereka orang-orang yang dilahirkan dalam lingkungan Islam dan tidak pernah berbuat syirik terhadap Allah.’ dan menyebutkan yang lainnya. Ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam keluar, mereka memberitahukan hal tersebut kepada beliau. Beliau bersabda: ‘Mereka itu adalah orang yang tidak pernah minta diruqyah, tidak meminta di kay dan tidak pernah melakukan tathayyur  serta mereka bertawakkal kepada Rabb mereka.’ Lalu Ukasyah bin Mihshan berdiri dan berkata: “Mohonkanlah kepada Allah, mudah-mudahan saya termasuk golongan mereka!’ Beliau menjawab: ‘Engkau termasuk mereka’, Kemudian berdirilah seorang yang lain dan berkata:’Mohonlah kepada Allah, mudah-mudahan saya termasuk golongan mereka!’ Beliau menjawab:’Kamu sudah didahului Ukasyah.’

 

Takhrij

 

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya no. 5752 dan Muslim no. 220.

 

Keterangan hadith

 

1.       Beramal dengan dalil. Hushain bin Abdurrahman terkena sengatan kalajengking, lalu meminta ruqyah dalam pengubatannya. Beliau lakukan hal itu bukan tanpa dalil. Beliau berdalil dengan hadith dari Buraidah bin al-Husaib:

 

 لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْـنٍ أَوْ حُـمَةٍ

 

“Tidak ada ruqyah kecuali karena ain atau sengatan kalajengking” (HR. Abu Daud no. 3883, sahih).

 

2.       Jumlah Pengikut Nabi. Sa’id mendengar hadith dari Ibnu Abbas radhiyallâhu’anhu, berisi keterangan diperlihatkan kepada Nabi beberapa umat. Beliau melihat seorang nabi beserta pengikutnya yang jumlahnya tidak lebih dari sepuluh. Seorang nabi beserta satu atau dua orang pengikutnya, dan seorang nabi yang tidak memiliki pengikut. Kemudian diperlihatkan kepada beliau sekelompok manusia yang banyak dan ternyata adalah umat Nabi Musa ‘alaihissalam. Kemudian baru diperlihatkan umat Beliau sebanyak 70 ribu orang yang masuk syurga tanpa hisab dan azab. Hal ini menunjukkan kebenaran itu tidak dilihat dari banyaknya pengikut.

 

3.       Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab Dan Azab. Mereka adalah umat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa sallam yang merealisasikan tauhid. Sebagaimana dalam riwayat:

 

وَيَدْخُلُ الْجَنَّةَ مِنْ هَؤُلاَءِ مِنْ أُمَّتِكَ سَبْعُوْنَ أَلْفًا

 

“Dan akan masuk surga diantara mereka 70 ribu orang.” (HR. Ahmad no. 3987, sahih)

 

Demikian juga dalam hadith Abu Hurairah dalam sahihain:

 

 أَنَّهُمْ تُضِيْءُ وُجُوْهُهُمْ إِضَاءَةَ لَيْلَةِ الْبَدْرِ

 

“Wajah-wajah mereka bersinar seperti sinar bulan pada malam purnama”(HR. Bukhari no. 6542 dan Muslim no. 216).

 

Dalam hal yang sama Imam Ahmad rahimahullah dan Baihaqi rahimahullah meriwayatkan hadith Abu Hurairah radhiyallahu’anhu dengan lafaz:

 

 فَاسْتَزَدْتُ رَبِّي فَزَادَنِي مَعَ كُلِّ أَلْفٍ سَبْعِيْنَ أَلْفًا

 

“Maka saya minta tambah (kepada Rabbku), kemudian Allah memberi saya tambahan setiap seribu orang itu membawa 70 ribu orang lagi”(HR. Ahmad no. 8707, al-Baihaqi dalam Ba’ats wal Nusyur no. 614, hasan)

 

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata ketika mengomentari sanad hadith ini: Sanadnya jayyid (Fathul Bari 11/418).

 

Mereka itu adalah orang-orang yang:

 

a.       Tidak minta diruqyah.

Demikianlah yang ada dalam sahihain. Juga pada hadith Ibnu Mas’ud radhiyallahu’anhu dalam Musnad Imam Ahmad rahimahullah. Sedangkan dalam riwayat Imam Muslim (وَلاَ يَرْقُوْنَ ) ertinya yang tidak meruqyah.

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata “Ini merupakan lafaz tambahan dari prasangka rawi dan Nabi Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam tidak bersabda      (وَلاَ يَرْقُوْنَ )   kerana Nabi Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam pernah ditanya tentang ruqyah, lalu beliau menjawab:  “Barangsiapa diantara kalian mampu memberi manfaat kepada saudaranya, maka berilah padanya manfaat” dan bersabda: “Boleh menggunakan ruqyah selama tidak terjadi kesyirikan padanya.” Ditambah lagi dengan amalan Jibril ‘alaihissalam yang meruqyah Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Nabi Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam meruqyah shahabat-sahabatnya. Beliaupun menjelaskan perbezaan antara orang yang meruqyah dengan orang yang meminta diruqyah: “Mustarqi (orang yang meminta diruqyah) adalah orang yang minta diubati, dan hatinya sedikit berpaling kepada selain Allah. Hal ini akan mengurangi nilai tawakkalnya kepada Allah.

 

Sedangkan arraqi (orang yang meruqyah) adalah orang yang berbuat baik.” Beliau berkata pula: “Dan yang dimaksud sifat golongan yang termasuk 70 ribu itu adalah tidak meruqyah kerana kesempurnaan tawakkal mereka kepada Allah dan tidak meminta kepada selain mereka untuk meruqyahnya serta tidak pula minta di kay.”

 

Demikian pula hal ini disampaikan Ibnul Qayyim.

 

b.       Tidak Minta di kay (وَلاَ يَكْتَوُوْنَ)

Mereka tidak minta kepada orang lain untuk mengkay sebagaimana mereka tidak minta diruqyah. Mereka menerima qadha’ dan menikmati musibah yang menimpa mereka. Syaikh Abdurrahman bin Hasan Ali Syaikh berkata: “Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam (لاَ يَكْتَوُوْنَ) lebih umum dari pada sekadar minta di kay atau melakukannya dengan kemahuan mereka. Sedangkan hukum kay sendiri dalam Islam tidak dilarang, sebagaimana dalam hadith yang shahih dari Jabir bin Abdullah:

 

 أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم بَعَثَ إِلَى أُبَيِّ ابْنِ كَعْبٍ طَبِيْبًا فَقَطَّعَ لَهُ عرقًا وَكَوَّاهُ بِالنَّارِ

 

Bahawa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam mengutus seorang tabib kepada Ubay bin Ka’ab, lalu dia memotong uratnya dan mengkaynya. Demikan juga di jelaskan dalam sahih Bukhari dari Anas radhiyallâhu’anhu : Anas berkata, “Bahawasanya aku mengkay bisul yang ke arah dalam sedangkan Nabi Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam masih hidup.” Dan dalam riwayat dari Tirmidzi dan yang lainnya dari Anas: Sesungguhnya Nabi mengkay As’ad bin Zurarah kerana sengatan kalajengking juga dalam sahih Bukhari dari Ibnu Abbas secara marfu’:

 

 اَلشِّفَاءُ فِى الثَّلاَثَةِ : شُرْبَةُ عَسَلٍ وَشرْطَةُ مِحْجَمٍ وَكَيَّةٍ بِالنَّارِ وَأَنَا أَنْهَى أُمَّتِي عَنِ الْكَيِّ

 

“Pengubatan itu dengan tiga cara iaitu dengan berbekam, minum madu dan kay dengan api dan saya melarang umatku dari kay. (Dalam riwayat yang lain: “Dan saya tidak menyukai kay”).

 

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Hadith-hadith tentang kay itu mengandung empat hal aitu: . Perbuatan Rasulullah Shallallâhu ‘Alaihi wa sallam. Hal itu menunjukkan bolehnya melakukan kay. Rasulullah tidak menyukainya. Hal itu tidak menunjukkan larangan. Pujian bagi orang yang meninggalkan. Menunjukkan meninggalkan kay itu lebih utama dan lebih baik. Larangan melakukan kay. Hal itu menunjukkan jalan pilihan dan makruhnya kay.

 

c.       Tidak Melakukan Tathayyur

Mereka tidak merasa pesimis, tidak merasa bernasib sial atau buruk  kerana melihat burung atau binatang yang lainnya. Mereka Bertawakal Kepada Allah Disebutkan dalam hadith ini, perbuatan dan kebiasaan itu bercabang dari rasa tawakkal dan berlindung serta bersandar hanya kepada Allâh. Hal tersebut merupakan puncak realisasi tauhid yang membuahkan kedudukan yang mulia berupa mahabbah (rasa cinta), raja’ (pengharapan), khauf (takut) dan redha kepada Allâh sebagai Rabb dan Ilah serta redha dengan qadha’Nya. Ketahuilah makna hadith di atas tidak menunjukkan bahawa mereka tidak mencari sebab sama sekali. Karena mencari sebab (supaya sakitnya sembuh) termasuk fitrah dan sesuatu yang tidak terpisah darinya. Allah Ta’ala berfirman:

 

 وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

 

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allâh, maka Allah akan cukupi segala keperluannya.” [Ath-Thalaq: 3]

 

Mereka meninggalkan perkara-perkara (ikhtiyar) makruh walaupun mereka sangat perlu dengan cara bertawakkal kepada Allâh. Seperti kay dan ruqyah, mereka meninggalkan hal itu kerana termasuk sebab yang makruh. Apalagi perkara yang haram. Adapun mencari sebab yang bisa menyembuhkan penyakit dengan cara yang tidak dimakruhkan, maka tidak membuat cacat dalam tawakkal. Dengan demikian kita tidaklah meninggalkan sebab-sebab yang disyari’atkan, sebagaimana dijelaskan dalam sahihain dari Abu Hurairah Radhiyallâhu’anhu secara marfu’. ”Tidaklah Allâh menurunkan suatu penyakit kecuali menurunkan obat untuknya, mengetahui obat itu orang yang mengetahuinya dan tidak tahu obat itu bagi orang yang tidak mengetahuinya.”

 

Dari Usamah bin Syarik dia berkata: Suatu ketika saya di sisi Nabi Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam, datanglah orang Badwi dan mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kami saling mengubati?” Beliau menjawab: “Ya, wahai hamba-hamba Allâh saling mengobatilah, sesungguhnya Ta’ala tidaklah menimpakan sesuatu kecuali Dia telah meletakkan ubat baginya, kecuali satu penyakit saja, iaitu nyanyuk.” [HR. Ahmad]

 

Berkata Ibnu Qoyyim rahimahullah: Hadith-hadith ini mengandungi penetapan sebab dan akibat, dan sebagai pembatal perkataan orang yang mengingkarinya. Perintah untuk saling mengubati tidak bertentangan dengan tawakkal. Sebagaimana menolak lapar dan haus, panas dan dingin dengan lawan-lawannya (misalnya lapar dengan makan). Itu semua tidak menentang tawakkal. Bahkan tidaklah sempurna hakikat tauhid kecuali dengan mencari sebab yang telah Allâh Ta’ala jadikan sebab dengan qadar dan syar’i. Orang yang menolak sebab itu malah membuat cacat tawakkalnya. Hakikat tawakal adalah bersandarnya hati kepada Allâh Ta’ala kepada perkara yang bermanfaat bagi hamba untuk diri dan dunianya. Maka bersandarnya hati itu harus diimbangi dengan mencari sebab. Kalau tidak bererti ia menolak hikmah dan syari’at. Maka seseorang hamba tidak boleh menjadikan kelemahannya sebagai tawakkal dan tidaklah tawakkal sebagai kelemahan.

 

Para ulama berselisih dalam masalah berubat, apakah termasuk mubah, lebih baik ditinggalkan atau mustahab atau wajib dilakukan?

 

Yang masyhur menurut Imam Ahmad adalah pendapat pertama, iaitu mubah dengan dasar hadith ini dan yang semakna dengannya. Sedangkan pendapat yang menyatakan lebih utama dilakukan adalah mazhab Syafi’i dan jumhur salaf dan khalaf serta al-Wazir Abul Midhfar, Demikian dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam Syarah Muslim. Sedangkan Mazhab Abu Hanifah menguatkan sampai mendekati wajib untuk berubat dan Mazhab Imam Malik menyatakan sama saja antara berubat dan meninggalkannya, sebagaimana disampaikan oleh Imam Malik: “Boleh berubat dan boleh juga meninggalkannya.” Dalam permasalahan ini, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: “Tidaklah wajib menurut jumhur para imam, sedangkan yang mewajibkan hanyalah sebagian kecil dari murid Imam Syafi’i dan Imam Ahmad.”

 

4.       Kisah ‘Ukasyah bin Mihshan ‘Ukasyah ‘Ukasyah bin Mihshan

 

‘Ukasyah meminta kepada Rasulullah Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam supaya mendoakannya masuk dalam golongan orang yang masuk syurga tanpa hisab dan azab. Lalu Rasûlullâh Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: “Engkau termasuk dari mereka.” Sebagaimana dalam riwayat Bukhari beliau berdo’a: “Ya Allah jadikanlah dia termasuk mereka.”

 

Dari sini diambil sebagai dalil dibolehkan minta doa kepada orang yang lebih utama. Kemudian temannya yang tidak disebutkan namanya meminta Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam mendo’akannya pula, tapi Rasullullah SalAllahu ‘Alaihi Wassalam menjawab: “Engkau telah didahului ‘Ukasyah.”

 

Berkata Al-Qurthubi: “Bagi orang yang kedua keadaanya tidak seperti ‘Ukasyah, oleh kerana itu permintaannya tidak dikabulkan, jika dikabulkan tentu akan membuka pintu orang lain yang hadir untuk minta didoakan dan perkara itu akan terus berlanjut. Dengan itu beliau menutup pintu tersebut dengan jawabannya yang singkat.

 

Berkata Syaikh Abdirrahman bin Hasan Alu Syaikh: “Didalamnya terdapat penggunaan ungkapan sindiran oleh Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam dan keelokkan budi pekerti Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

 

Faedah-faedah hadith:

 

1. Beramal dengan berdasarkan dalil yang ada.

2. Umat-umat telah ditampakkan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam

3. Setiap umat dikumpulkan sendiri-sendiri bersama nabinya.

4. Kebenaran itu tidak dilihat pada banyaknya pengikut tetapi kualitinya.

5. Keistimewaan umat Islam dengan kualitas dan kuantitasnya.

6. Diperbolehkan melakukan ruqyah kerana terkena ain dan sengatan.

7. Di dalam hadith terdapat penjelasan manhaj salaf. Hal ini dapat dipahami dari perkataan Sa’id bin Jubair: “Sungguh telah berbuat baik orang yang mengamalkan hadith yang telah ia dengar.” Dengan demikian jelaslah bahwa hadith yang pertama tidak bertentangan dengan hadith kedua.

8. Tidak minta diruqyah (tidak meminta supaya lukanya ditempel dengan besi yang dipanaskan) dan tidak melakukan tathayyur adalah termasuk pengamalan tauhid yang benar.

9. Sikap tawakkal kepada Allah lah yang mendasari sikap tersebut

10. Dalamnya ilmu para sahabat. Kersna mereka mengetahui orang yang dinyatakan dalam hadith tersebut tidak dapat mencapai derajat dan kedudukan yang demikian kecuali dengan amalan.

11. Gairah dan semangat para sahabat untuk berlomba-lomba mengerjakan amal kebaikan.

 12. Golongan yang masuk syurga tanpa hisab dan adzab adalah yang tidak minta diruqyah, dikay dan tidak melakukan tathayyur serta bertawakkal kepada Rabb dengan sempurna.

 13. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam : “Kamu termasuk golongan mereka,” adalah salah satu tanda kenabian beliau.

14. Keutamaan ‘Ukasyah

15. Penggunaan kata sindiran: “Kamu sudah kedahuluan ‘Ukasyah.” Tidak berkata: “Kamu tidak pantas untuk dimasukkan ke golongan mereka.”

16. Keelokkan budi pekerti Rasulullah Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam

 

Disadur dari: Fathul Majid Syarh Kitabut Tauhid hal. 54-62, karya Syaikh Abdir Rahman bin Hasan Alu Syaikh.

 

Rujukan

 

https://lajnahdakwah.com/hadist/golongan-yang-masuk-surga-tanpa-hisab-dan-adzab/

 

https://archive.org/details/syarah-shahih-al-bukhari/SYARAH%20SHAHIH%20AL-BUKHARI%20JILID%208/page/967/mode/2up

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...