Tuesday 22 November 2022

Hadith akhir zaman: golongan berwajah manusia tetapi berhati syaitan

 

Matan hadith

 

Hadith 1

 

عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال، قال رسول الله صلى الله تعالى عليه وسلم يخرج في آخر الزمان أقوام وجوههم وجوه الآدميين وقلوبهم قلوب الشياطين وأمثالهم كأمثال الذئاب الضواري ليس في قلوبهم شيء من الرحمة سفاكون للدماء لايرغبون عن القبيح إن شايعتهم قربوك وإن توانيت عنهم اغتابوك وإن أمنتهم خانوك صبيانهم غارمون وشبانهم شاطرون وشيوخهم فاجرون لايأمرون بالمعروف ولاينهون عن المنكر والإعتزاز بهم ذل وطلب مافي أيديهم فقرالجكم فيهم بدعة والبدعة فيهم سنة فعند ذلك يسلط الله عليهم شرارهم ثم يدعو خيارهم فلايستجاب لهم دعاء

 

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata, Rasulullah Saw. bersabda, “Pada akhir zaman akan muncul golongan-golongan yang berwajah manusia, namun berhati syaitan.”

 

“Mereka seperti serigala buas yang hatinya tidak memiliki belas kasihan sedikit pun. Suka menumpahkan darah dan tidak suka menjauhi yang buruk. Jika engkau mengikuti, mereka akan mendekatimu. Jika engkau menjauhi, mereka akan mengumpatmu. Jika engkau memberi amanat, mereka akan mengkhianatimu.”

 

“Pemuda-pemuda mereka ugal-ugalan dan para orang tuanya suka berbuat maksiat, tidak menyuruh berbuat kebaikan dan tidak melarang berbuat kemungkaran. Membanggakan mereka adalah suatu kehinaan dan meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan.”

 

“Hukum di kalangan mereka adalah bidaah dan bidaah di kalangan mereka adalah sunnah. Sehingga ketika Allah memberikan kuasa kepada orang-orang jahat dari mereka, kemudian orang-orang baik dari mereka berdoa, maka tidak diterima doanya.”

 

 

Berkata Asy-Syekh Muslim Al-Abadani, “Shaleh Al-Muro, Abdul Wahid bin Zaid. Atabah Al-Ghulam, dan Salamah Al-Aswad datang kepada kami lalu pergi ke pantai.”

 

Pada suatu malam, kusiapkan makanan dan ku undang, mereka untuk datang. Ketika datang, dan kuletakkan makanan di hadapan mereka, tiba-tiba terdengar suara keras di tepi pantai, “Awaslah kalian, makanan dan kelazatan telah melalaikan kalian dari tempat yang kekal (akhirat). Keduanya tidak berguna.” Berteriaklah Atabah terus jatuh pingsan dan menangislah orang-orang, lalu kami angkat makanan itu dan tidak kami makan sesuap pun.

 

Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang suatu zaman di mana orang akan menganggap sunnahku sudah usang dan memperbaharui bidaah.”

 

“Barangsiapa mengikuti sunnahku pada waktu itu, ia menjadi asing dan tinggal seorang diri. Barangsiapa mengikuti bidaah ia akan mendapatkan lima puluh orang teman atau lebih.”

 

Para sahabat bertanya, “Apakah ada sesudah kami orang yang lebih utama daripada kami?” Nabi Saw. menjawab, “Ada.”

 

Para sahabat bertanya, “Apakah mereka melihatmu?” Nabi Saw. menjawab, “Tidak.”

 

Para sahabat bertanya, “Apakah turun wahyu kepada mereka.” Nabi Saw. menjawab, “Tidak.”

 

Para sahabat bertanya, “Bagaimana mereka itu?”

 

Nabi Saw. menjawab, “Seperti garam di dalam air, hati mereka meleleh seperti garam dalam air.”

 

Para sahabat bertanya, “Bagaimana mereka hidup di zaman itu?”

 

Nabi Saw. menjawab, “Seperti ular dalam cuka.”

 

Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama?”

 

Nabi Saw. menjawab, “Seperti bara api di tangan, jika engkau letakkan ia akan padam, jika engkau ambil dengan tangan ia akan membakar.”

 

 

Takhrij

 

 

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 6441, dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 2/399, daripada Ibnu Abbas ra.

 

Didhaifkan oleh at-Thabarani, terdapat perawi yang matruk menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 7/329, iaitu Muhammad bin Muawiyyah al-Naisaburi.

 

Palsu menurut Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 3/190.

 

Hadith palsu (https://islamarchive.cc/H_456357).

 

Hadith 2

 

Matan hadith

 

قال معاذ بن جبل رضي الله تعالى عنه قال رسول الله صلى الله تعالى عليه وسلم سيأتي على الناس زمان يخلقون فيه سنتي ويجددون البدعة فمن اتبع سنتي يومئذ صار غريبا وبقي وحيدا ومن اتبع بدعة الناس وجد خمسين صاحبا أو أكثر قالت أصحاب رسول الله هل بعدنا أحد يكون أفضل منا قال نعم قالوا فهل يرونك قال النبي عليه الصلاة والسلام لا قالوا فهل ينزل عليهم الوحي قال لا قالوا كيف يكونون قال كالملح في الماء تذوب قلوبهم كما يذوب الملح في الماء فقالوا كيف يعيشون في ذلك الزمان قال كالدود في الخل قالوا يارسول الله كيف يحفظون دينهم قال كالجمر في اليدين إن وضعته طفئ وإن أخذته باليد أحرق.

 

Terjemahan

 

Mu’adz bin Jabal radliyallahu ‘anhu berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “Akan datang atas manusia suatu zaman dimana mereka menjadikan sunnah-sunnahku usang dan mereka selalu memperbaharui bidaah, barangsiapa yang pada saat itu sentiasa mengikuti sunnah-sunnahku ia akan menjadi asing dan terpencil, barangsiapa yang mengikuti bidaah orang-orang ia akan mendapatkan 50 teman atau lebih”. Sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya; Apakah setelah kami ada orang yang lebih baik dari kami? Beliau menjawab; “Ya”. Mereka bertanya lagi; Apakah orang-orang itu pernah melihat tuan? Nabi ‘alaihishalatu wassalam menjawab; “Tidak”. Mereka bertanya lagi; Apakah wahyu turun kepada mereka? Nabi ‘alaihishalatu wassalam menjawab; “Tidak”. Bagaimanakah keadaan mereka? Tanya mereka. Nabi ‘alaihishalatu wassalam menjawab; “Bagaikan garam dalam air, hatinya lebur bagaikan leburnya garam dalam air”. Bagaimanakah kehidupan mereka? Tanya mereka lagi. Nabi ‘alaihishalatu wassalam menjawab; “Bagaikan ular yang berada dalam cuka”. Mereka berkata; Wahai Rasulallah! Bagaimanakah mereka menjaga Agamanya? Nabi ‘alaihishalatu wassalam menjawab; “Bagaikan bara api dalam genggaman, jika di letakkan padam dan jika di pegang ia akan terbakar”.

 

Takhrij

 

Hadith ini ditemukan dalam kitab Tafsir Ruhul Bayan oleh Ismail al-Haqqi 2/237 daripada Muadz ra.DKi

 

Tanpa sanad

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...